Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka sistem aplikasi secara atas talian (online) untuk Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM pengambilan pelajar baharu bagi tahun 2023 kepada calon yang berminat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
Permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara adalah terbuka kepada pelajar tahun enam 2022 dan Tingkatan Tiga 2022 yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Pada ambilan tahun 2023, walaupun peperiksaan UPSR dan PT3 dibatalkan, permohonan tetap dibuka dan keterangan lanjut seperti di bawah
Permohonan Online MRSM Form 1 (Tingkatan 1) Maktab Rendah Sains MARA Tahun 2023
Berikut MYsumber sertakan maklumat berkaitan antaranya seperti prosedur cara untuk membuat permohonan secara online, tempoh permohonan dan syarat umum juga tambahan bagi pemilihan kemasukan ke tingkatan 1 Maktab Rendah Sains MARA untuk pengambilan tahun 2023.
Tarikh Permohonan MRSM 2023 Tingkatan 1
- Dibuka Mulai : 1 September 2022
- Ditutup : 4 November 2022
Syarat Umum Kelayakan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 Tahun 2023
a. Pemohon adalah warganegara Malaysia
b. Ibu atau bapa merupakan warganegara Malaysia
c. Pemohon perlu mengisi borang permohonan online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
d. Pemohon adalah sihat tubuh badan dan boleh berdikari
e. Pemohon lahir pada 2 Jan 2010 hingga 1 Jan 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023 atau pemohon lahir pada 2 Jan 2007 hingga 1 Jan 2008 bagi calon Tingkatan 4 2023
- Maklumat Berkaitan Kelayakan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 Sesi 2023
- Maklumat Aliran/ Program Yang Ditawarkan Untuk Kemasukan Ke MRSM Tingkatan Satu 2023
Syarat Khusus
Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar. Pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah :
a. Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang
b. Calon juga hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum
c. Keutamaan diberikan kepada pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah
d. Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan kepada merit
Cara Dan Langkah Buat Permohonan Online MRSM Tingkatan 1
Pemohon baru hendaklah mendapatkan kata laluan (percuma) terlebih dahulu sebelum dapat mengakses sepenuhnya sistem borang permohonan online
Kata laluan boleh didapati dengan mendaftarkan sebagai pengguna untuk permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 1 menerusi sistem pada judul pautan berikut:
Setelah berjaya mendapatkan kata laluan, pemohon boleh mula mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online dengan menggunakan kata laluan tersebut untuk mengisi dan melengkapkan setiap maklumat yang diperlukan
- Sistem Aplikasi Borang Permohonan Online MRSM Tingkatan 1 Tahun 2023
- Panduan Mengisi Borang Permohonan Online MRSM Tingkatan 1 Tahun 2023
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
Bagi kemasukan ke MRSM pada tahun ini, calon diwajibkan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) untuk menguji potensi serta minat calon dan perlu lulus keempat-empat UKKM untuk melayakkan diri dipertimbangkan memasuki maktab yang dimohon
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) melibatkan subjek Matematik, Sains dan juga Bahasa Inggeris serta Ujian Keperibadian untuk mengenal pasti potensi calon dan minat
Sebagai syarat tambahan, calon yang memohon MRSM program Ulul Albab adalah diwajibkan untuk menduduki Ujian Hafazan selain calon perlu lulus keempat-empat UKKM untuk melayakkan diri dipertimbangkan
Nota :
- Pemohon disarankan memahami dan meneliti senarai panduan yang disertakan dan perlu juga merujuk kepada maklumat sistem pendidikan MRSM sebelum melengkapkan butiran permohonan online
- Ditegaskan, sila luangkan masa bagi memahami, meneliti dan membaca dahulu langkah-langkah untuk membuat permohonan
- Saranan adalah bertujuan untuk mengelakkan pemohon daripada membuat sebarang kesilapan yang berpotensi menyebabkan permohonan akan ditolak
- Sila ikuti arahan-arahan yang telah diberitahu dan apa tindakan selanjutnya melalui maklumat-maklumat yang disertakan dalam sistem permohonan online
Semua pelajar tahun 6 (2022) yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak boleh membuat permohonan kemasukan ke tingkatan 1 MRSM 2023 sekiranya berminat dengan sistem pendidikan MRSM walaupun peperiksaan UPSR dibatalkan. Bagaimanapun, hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan selain mengambil kira result Ujian Khas Kemasukan ke MRSM serta syarat keutamaan lain yang telah ditetapkan
Info Berkaitan
Sila klik pada judul pautan di bawah bagi mendapatkan maklumat tambahan berkaitan dengan Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM:
- MRSM Program SPMRSM Ulul Albab
- MRSM Program SPMRSM Cambridge – IGCSE
- MRSM Program SPMRSM IB-Middle Years Programme (MYP)
- MRSM Program SPMRSM Teknikal
Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka sistem aplikasi secara atas talian (online) untuk Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) pengambilan pelajar baharu bagi tahun 2023 kepada calon atau pelajar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
Permohonan adalah terbuka kepada pelajar tingkatan tiga 2022 yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
Permohonan Online MRSM Form 4 (Tingkatan 4) Maktab Rendah Sains MARA Tahun 2023
Berikut MYsumber sertakan maklumat berkaitan antaranya seperti prosedur cara untuk membuat permohonan atas talian (online), tempoh permohonan dan syarat umum juga tambahan bagi pemilihan kemasukan ke tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MARA untuk pengambilan tahun 2023.
Tarikh Permohonan MRSM 2023 Tingkatan 4
Tarikh adalah rasmi seperti dimaklumkan oleh Portal Rasmi MARA
- Dibuka Mulai : 1 September 2022
- Ditutup : 4 November 2022
Syarat Umum Kelayakan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 4 Tahun 2023
a. Pemohon adalah warganegara Malaysia
b. Ibu atau bapa merupakan warganegara Malaysia
c. Pemohon perlu mengisi borang permohonan online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
d. Pemohon adalah sihat tubuh badan
e. Pemohon yang kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain
Syarat Khusus
Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar. Pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah :
a. Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang
b. Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum
c. Keutamaan diberikan kepada pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah
d. Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan kepada merit
Cara Dan Langkah Buat Permohonan Online MRSM Tingkatan 4
Pemohon baru hendaklah mendapatkan kata laluan (percuma) terlebih dahulu sebelum dapat mengakses sepenuhnya sistem borang permohonan online
Kata laluan boleh didapati dengan mendaftarkan sebagai pengguna untuk permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 4 menerusi sistem pada judul pautan berikut
Setelah berjaya mendapatkan kata laluan, pemohon boleh mula mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online dengan menggunakan kata laluan tersebut untuk mengisi dan melengkapkan setiap maklumat yang diperlukan
- Sistem Aplikasi Borang Permohonan Online MRSM Tingkatan 4 Tahun 2023
- Panduan Mengisi Borang Permohonan Online MRSM Tingkatan 4 Tahun 2023
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
Bagi kemasukan ke MRSM pada tahun ini, calon diwajibkan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) untuk menguji potensi serta minat calon dan lulus keempat-empat UKKM bagi dipertimbangkan memasuki MRSM
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) melibatkan keempat-empat subjek Matematik, Sains dan juga Bahasa Inggeris serta Ujian Keperibadian untuk melayakkan diri.
Nota :
Pemohon disarankan memahami dan meneliti senarai panduan yang disertakan dan perlu juga merujuk kepada maklumat sistem pendidikan MRSM sebelum melengkapkan butiran permohonan online
Ditegaskan, sila luangkan masa bagi memahami, meneliti dan membaca dahulu langkah-langkah untuk membuat permohonan
Saranan adalah bertujuan untuk mengelakkan pemohon daripada membuat sebarang kesilapan yang berpotensi menyebabkan permohonan akan ditolak
Sila ikuti arahan-arahan yang telah diberitahu dan apa tindakan selanjutnya melalui maklumat-maklumat yang disertakan dalam sistem permohonan online
Semua pelajar tingkatan 3 (2022) yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak boleh membuat permohonan kemasukan ke tingkatan 4 MRSM 2023 sekiranya berminat dengan sistem pendidikan MRSM walaupun peperiksaan PT3 2022 dibatalkan. Bagaimanapun, hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan selepas mengambil kira syarat keutamaan lain yang telah ditetapkan
Penting: Maklumat Lengkap Permohonan
Sila klik pada judul pautan di bawah bagi mendapatkan maklumat tambahan berkaitan dengan Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM
Related : rayuan mrsm hafazan sebagai syarat tambahan untuk menduduki ujian kecenderungan mewajibkan calon untuk menduduki memohon program ulul albab calon untuk menduduki ujian rayuan ujian hafazan sebagai syarat, ukkm bagi menguji potensi, mrsm ulul albab, tiada butang pautan rayuan, berikut dikongsikan maklumat, mula dibuka, disenarai hitam blacklisted, ibu bapa dan penjaga, penjamin yang bukan disenarai, calon sihat tubuh badan hitam, blacklisted oleh mara, https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/,