Pemakluman kepada calon-calon Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) sesi 2021 / 2022, pengumuman serta keputusan peperiksaan calon boleh diperolehi mulai pada tarikh yang dinyatakan dalam ruangan di bawah
Mereka yang terlibat adalah calon-calon Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) serta Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester II dan IV sesi 2021/2022
Semakan keputusan Peperiksaan Semestar Program Matrikulasi (PSPM) boleh dibuat secara atas talian menerusi laman web khas yang diselenggara oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ianya boleh diakses pada tarikh yang akan dinyatakan di bawah
Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Bagi Program Satu Tahun (PST) Semester II Dan Program Dua Tahun (PDT) Semester II & IV Sesi 2021/2022
Berikut ialah perincian dan maklumat berkaitan tarikh, bersertakan cara untuk mendapatkan keputusan (result) dan kaedah yang disediakan untuk membuat semakan keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM)
Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi
Tarikh pengumuman keputusan result PSPM 2021/2022 adalah seperti berikut
- 28 Julai 2022 (Khamis) : Masa 10 pagi
- Maklumat Pengumuman Keputusan PSPM KPM
Kaedah Semakan Keputusan PSPM
Keputusan peperiksaan bagi calon PST (Semester II) dan PDT (semester II dan IV) boleh disemak melalui kaedah berikut
A) Kolej Matrikulasi Masing-Masing
Edaran slip keputusan peperiksaan
B) Online
Semakan secara atas talian (online) boleh dibuat sekiranya sistem aplikasi semakan keputusan peperiksaan dibuka.
Masukkan No. Matrik + 6 Digit terakhir No. KP (calon boleh muat turun slip keputusan peperiksaan)
C) Telefon
- Kolej Matrikulasi masing-masing
- Sektor Pengurusan Peperiksaan, Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-8884 4083/ 4020
D) SMS
- Taip MOE<jarak>MAK<jarak>NoKP & SMS ke 15888
Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM
Calon-calon PSPM yang mahu membuat rayuan semak semula keputusan boleh mendapatkan maklumat berkaitan seperti di bawah
Syarat dan peraturan serta borang permohonan Semak Semula Keputusan PSPM boleh didapati melalui mana-mana saluran seperti berikut atau menerusi pautan maklumat yang turut disertakan
- Di kaunter Aras 6, Bahagian Matrikulasi KPM, Blok E15, Kompleks E, Putrajaya
- Melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) www.moe.gov.my bagi mendapati maklumat berkaitan
- Kolej Matrikulasi yang berdekatan