Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil (Paralympics Games Rio 2016) untuk atlet kurang upaya akan membuka tirai kejohanan bermula pada tarikh 7 September dan melabuhkan tirai kejohanan pada 18 September 2016
Temasya sukan berprestij dan terbesar untuk atlet kurang upaya, Sukan Paralimpik Rio de Janeiro edisi 2016 membabitkan 4,300 atlet kurang upaya dari 161 buah negara
Malaysia tidak ketinggalan menghantar atlet paralimpik kebangsaan ke kejohanan sukan terbesar dunia ini, iaitu seramai 21 orang untuk bertanding dalam 8 acara sukan yang berjaya disertai
Kontinjen Malaysia diketuai Dr Ang Kean Koo dan pembawa Jalur Gemilang Abdul Latif Romly yang akan membawa cabaran Malaysia memburu pingat emas dalam sukan terbesar untuk atlet kurang upaya ini
Acara sukan yang disertai oleh atlet paralimpik 2016 Malaysia adalah Olahraga, Berbasikal, Memanah, Angkat Berat, Ping Pong, Pelayaran, Renang dan Tenis Kerusi Roda
Sukan Paralympics 2016 Rio Brazil | |
Upacara Majlis Pembukaan Rasmi Sukan Paralimpik Rio Brazil 2016 | 7 September |
Upacara Majlis Penutupan Rasmi Sukan Paralimpik Rio Brazil 2016 | 18 September |
Senarai Nama Atlet Malaysia Sukan Paralimpik Rio Brazil 2016 | |
Sukan | Atlet |
Olahraga | Abdul Latif Bin Romly |
Amir Firdauss Bin Jamaluddin | |
Krishna Kumar Hari Dass | |
Mohammad Faizal Aideal Bin Suhaimi | |
Mohamad Ridzuan Bin Mohamad Puzi | |
Muhammad Ziyad Bin Zolkefli | |
Nasharuddin Bin Mohd | |
Siti Noor Lasah Binti Mohammad Ariffin | |
Siti Noor Radiah Binti Ismail | |
Berbasikal | Mohd Afiq Afify Bin Rizan |
Mohd Faizal Bin Mohamad Noh | |
Mohd Khairul Hazwan Bin Wahab | |
Mohd Rauf Nur Bin Misbah | |
Memanah | Hasihin Bin Sanawi |
Yuhaizam Bin Yahya | |
Angkat Berat | Jong Yee Khie |
Mohd Shamil Bin Md Saad | |
Ping Pong | Mohd Azwar Bin Bakar |
Pelayaran | Al Mustakim Bin Matrin |
Renang | Jamery Anak Siga |
Tenis Kerusi Roda | Abu Samah Bin Borhan |
SUKAN PARALIMPIK 2016 KEDUDUKAN JUMLAH PUNGUTAN PINGAT TERKINI DAN KEPUTUSAN MALAYSIA
Berikut ialah senarai acara disertai oleh kontinjen Malaysia dalam Sukan Paralimpik edisi 2016 di Rio Brazil dan jumlah pungutan atau kutipan pingat Emas, Perak dan Gangsa yang berjaya diraih bagi semua acara hanya melibatkan Atlet Malaysia
Sukan | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah Pingat |
Olahraga | 3 | 0 | 1 | 4 |
Berbasikal | 0 | 0 | 0 | 0 |
Memanah | 0 | 0 | 0 | 0 |
Angkat Berat | 0 | 0 | 0 | 0 |
Ping Pong | 0 | 0 | 0 | 0 |
Pelayaran | 0 | 0 | 0 | 0 |
Renang | 0 | 0 | 0 | 0 |
Tenis Kerusi Roda | 0 | 0 | 0 | 0 |
Jumlah Keseluruhan | 3 | 0 | 1 | 4 |
Kedudukan Ranking Negara Mengikut Jumlah Keseluruhan Pungutan Pingat Bagi Malaysia | ||||
No | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
36 | 3 | 0 | 1 | 4 |
![]() |
Keputusan bagi acara sukan yang berjaya meraih pingat oleh Atlet Paralimpik Malaysia akan dinyatakan |
Jumlah pungutan pingat Emas, Perak dan Gangsa yang berjaya diraih akan dikemaskini dalam jadual pingat diatas |
Ringkasan Keputusan Atlet Paralimpik Malaysia | |||
Acara | Atlet | Keputusan | Medal |
Olahraga | |||
100M T36 | Mohamad Ridzuan Bin Mohamad Puzi | Juara (12.07s) | Emas |
Lontar Peluru F20 | Muhammad Ziyad Bin Zolkefli | Juara (16.84M) | Emas |
Lompat Jauh T20 | Abdul Latif Bin Romly | Juara (7.60M) | Emas |
Lompat Jauh T20 | Siti Noor Radiah Binti Ismail | Ketiga (5.20M) | Gangsa |
PENCAPAIAN PUNGUTAN PINGAT ATLET PARALIMPIK MALAYSIA PADA PENYERTAAN SUKAN PARALIMPIK
Tahun | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah Pingat |
2016 | 3 | 0 | 1 | 4 |
2012 | 0 | 1 | 1 | 2 |
2008 | 0 | 0 | 1 | 1 |
1992 | 0 | 1 | 2 | 3 |
1988 | 0 | 0 | 1 | 1 |
Jumlah Keseluruhan | 3 | 2 | 6 | 11 |