Tan Sri Robert Kuok Hock Nien iaitu seorang hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong (Pengasas Kuok Group) kekal mendahului senarai 10 orang Malaysia paling kaya bagi kedudukan (ranking) pada tahun 2022
Menurut laporan senarai terkini 50 individu terkaya Malaysia anjuran Forbes (www.forbes.com) tahun 2022 menyaksikan nilai kekayaan 10 individu tersebut ada yang meningkat dan menyusut berbanding tahun sebelumnya (2021)
Secara keseluruhannya, nilai kekayaan mereka menurun sebanyak 10% kepada $80.5 bilion yang disebabkan antara lain atas faktor seperti pasaran saham yang menurun serta nilai ringgit yang jatuh walaupun pertumbuhan ekonomi meningkat 5% pada suku pertama tahun 2022 susulan penularan wabak COVID-19
Mereka yang menduduki senarai 10 individu terkaya di Malaysia merupakan ahli-ahli perniagaan yang berjaya di Malaysia. Malah lima daripada senarai 10 orang paling kaya di Malaysia terlibat dalam bidang hartanah khususnya
Senarai Kedudukan Terkini 10 Orang Paling Kaya Di Malaysia Tahun 2022
Berikut adalah Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2022 yang dikeluarkan pada bulan Jun 2022 berdasarkan kepada jumlah nilai bersih berdasarkan kepada harga saham dan kadar pertukaran pada penutupan pasaran pada 20 Mei 2022 sebagai rujukan
Kekayaan Tan Sri Robert Kuok menurun kepada AS$11 bilion, penurunan daripada AS$12.5 bilion sebelumnya. Tempat kedua adalah Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Group, dengan nilai bersih kekayaan sebanyak AS$10.1 bilion, meningkat sedikit daripada AS$9.6 bilion tahun lepas
Pembuat sarung tangan getah di Malaysia yang sebelum ini meraih keuntungan atas permintaan yang tinggi di peringkat global kini menghadapi cabaran. Kuan Kam Hon daripada Hartalega Holdings turun ke tangga ke 11 dengan jumlah kekayaan AS$1.9 billion manakala Tan Sri Lim Wee Chai daripada Top Glove kini berada di tangga ke 14 dengan nilai kekayaan AS$1.4 billion
Datuk Seri Stanley Thai dan Cheryl Tan yang merupakan pasangan suami isteri pemilik Supermax menyaksikan peratusan kejatuhan kekayaan terbesar sehingga menduduki kedudukan ke 45 dan jumlah kekayaan berkurangan lebih dua pertiga kepada AS$340 juta.
Manakala, Pengerusi Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary kekal sebagai individu Melayu terkaya di Malaysia naik sebanyak 3 anak tangga ke kedudukan ke 15 dalam senarai individu terkaya di Malaysia, di mana nilai kekayaan meningkat kepada US$1.31 bilion berbanding AS$1.2 bilion (2021).
Berikut adalah senarai 10 nama orang terkaya di Malaysia bagi tahun 2022 bersama rekod nilai aset bersih kekayaan masing-masing
Baca juga : Top 50 Senarai Lengkap Individu Terkaya Di Malaysia Tahun 2022
Senarai Terkini Top 10 Orang Paling Kaya Di Malaysia Tahun 2022
1) Robert Kuok
- 2022 : AS$11 bilion
- 2021 : AS$12.2 bilion
- 2020 : AS$11.5 bilion
- 2019 : AS$12.8 bilion
2) Quek Leng Chan
- 2022 : AS$10.1 bilion
- 2021 : AS$9.6 bilion
- 2020 : AS$9.7 bilion
- 2019 : AS$9.4 bilion
3) Koon Poh Keong & Adik beradik
- 2022 : AS$6.2 bilion
- 2021 : AS$6.4 bilion
- 2020 : –
- 2019 : –
4) Teh Hong Piow
- 2022 : AS$5.7 bilion
- 2021 : AS$ 5.5 billion
- 2020 : AS$4.85 bilion
- 2019 : AS$6.7 bilion
5) Ananda Krishnan
- 2022 : AS$5 bilion
- 2021 : AS$5.8 bilion
- 2020 : AS$5.9 bilion
- 2019 : AS$6.2 bilion
6) Lee Yeow Chor & Lee Yeow Seng
- 2022 : AS$4.8 bilion
- 2021 : AS$ 4.9 billion
- 2020 : AS$4.8 bilion
- 2019 : –
7) Chen Lip Keong
- 2022 : AS$2.7 bilion
- 2021 : AS$3.4 bilion
- 2020 : AS$5.3 bilion
- 2019 : AS$5.0 bilion
8) Tan Yu Yeh & Tan Yu Wei
- 2022 : AS$ 2.4 billion
- 2021 : AS$ 2.7 billion
- 2020 : –
- 2019 : –
9) Lim Kok Thay
- 2022 : AS$2.35 billion
- 2021 : AS$2.55 billion
- 2020 : –
- 2019 : –
10) Lau Cho Kun
- 2022 : AS$2 billion
- 2021 : AS$2.2 billion
- 2020 : –
- 2019 : –
Berikut adalah baki senarai 40 orang terkaya di Malaysia yang diterbitkan oleh Forbes bagi tahun 2022 :
11) Kuan Kam Hon & family : AS$1.9 billion
12) Lee Oi Hian & Hau Hian : AS$1.6 billion
13) G. Gnanalingam : AS$1.55 billion
14) Lim Wee Chai : AS$1.4 billion
15) Syed Mokhtar AlBukhary : AS $1.31 billion
16) Jeffrey Cheah : AS$1.3 billion
17) Francis Yeoh & siblings : AS$1.2 billion
18) Surin Upatkoon : AS$1.05 billion
19) Tiong Hiew King & family: AS$1 billion
20) Ninian Mogan Lourdenadin : AS$960 juta
21) Vincent Tan : AS$905 juta
22) Cheah Cheng Hye : AS$885 juta
23) Lim Peng Cheong & Peng Jin : AS$790 juta
24) Lim Kuang Sia & siblings : AS$740 juta
25) Tan Eng Kee : AS$715 juta
26) David Kong : AS$660 juta
27) Syed Azman Syed Ibrahim : AS$650 juta
28) Lim Kang Hoo & family : AS$620 juta
29) Danny Tan Chee Sing : AS$590 juta
30) Wong Teek Son & family : AS$565 juta
31) Azman Hashim : AS$560 juta
32) Yaw Teck Seng & Yaw Chee Ming : AS$550 juta
33) Wen Chiu Chi & family : AS$515 juta
34) Goh Peng Ooi : AS$465 juta
35) Chu Jenn Weng : AS$430 juta
36) Ling Chiong Ho & family : AS$425 juta
37) Ngau Boon Keat : AS$420 juta
38) Lim Han Weng & family : AS$415 juta
39) Gooi Seong Lim & family : AS$405 juta
40) Patrick Grove : AS$400 juta
41) Ong Leong Huat : AS$395 juta
42) Loh Kian Chong : AS$390 juta
43) Loi Tuan Ee & siblings : AS$380 juta
44) Kong Chong Soon : AS$345 juta
45) Stanley Thai and Cheryl Tan : AS$340 juta
46) Desmond Lim Siew Choon : AS$335 juta
47) Steven Siaw Kok Tong : AS$305 juta
48) Wong Thean Soon : AS$300 juta
49) Yong Pang Chaun : AS$265 juta
50) Ng Chai Eng : AS$255 juta
*8 Jun 2022 (Rabu)