Ibu bapa atau penjaga boleh mendaftarkan anak/jagaan yang lahir pada 2 Januari 2018 hingga 15 Januari 2020 untuk kemasukan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun prasekolah 2024. Buat makluman semua, permohonan kemasukan murid prasekolah KPM bagi tahun 2025 akan diumumkan kelak
Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, KPM telah membangunkan sistem aplikasi e-Prasekolah bagi memudahkan ibubapa atau penjaga mendaftarkan kemasukan pra-sekolah anak jagaan mereka secara atas talian online
Pendaftaran Permohonan Online/ Manual Kemasukan Pra Sekolah Tahun 2024
Ibu bapa atau penjaga mempunyai pilihan (kaedah) untuk mendaftarkan anak / jagaan ke kelas prasekolah tahun 2024 sama ada secara online ataupun manual (melalui sekolah yang dipohon).
Berikut MYsumber sertakan maklumat berkaitan dengan pendaftaran dan permohonan secara atas talian (online) dan manual kemasukan ke Pra Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2024.
Permohonan Pendaftaran Pra Sekolah 2024
- Permohonan Online Dibuka : 1 Mac 2023
- Permohonan Ditutup : 30 April 2023
- Permohonan Manual Dibuka : 1 Mac 2023
- Permohonan Ditutup : 31 Mei 2023
Tarikh permohonan buka / tutup adalah rasmi. Sila buat permohonan mengikut ketetapan tempoh tarikh yang dinyatakan
Aplikasi Sistem Pendaftaran Dan Permohonan Online Pra Sekolah Sesi 2024
Panduan Penggunaan Sistem
Penting – semua maklumat lengkap terkandung dalam lampiran. Sila baca dengan teliti sebelum membuat permohonan
Pengguna yang baru (Pertama Kali) menggunakan sistem e-Prasekolah ini perlu mendaftar terlebih dahulu (Daftar Pengguna) bagi membolehkan sistem borang permohonan online dapat diakses sepenuhnya. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar
Syarat Kelayakan Permohonan Ke Prasekolah KPM (Sesi 2024)
- Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2018 hingga 15 Januari 2020 sahaja yang layak untuk memohon
Pemilihan Murid : Pemilihan murid dilaksanakan di peringkat sekolah oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah dan keputusan adalah muktamad
Pemilihan Sekolah : Pemohon hanya boleh memohon satu pilihan sekolah sahaja
Nota: Bagi ibubapa atau penjaga yang memilih untuk membuat permohonan secara manual, sila kunjungi pusat (sekolah / institusi) prasekolah KPM yang dipohon bermula tarikh yang dinyatakan seperti di atas. Carian senarai institusi boleh dilakukan oleh pengguna yang berdaftar sahaja melalui sistem aplikasi e-Prasekolah
Tindakan (Sesi 2024) : Ibubapa penjaga yang telah berjaya membuat pendaftaran permohonan secara atas talian (online) dengan mengisi butiran diperlukan dalam Sistem Aplikasi E-Prasekolah serta mencetak bukti permohonan online berkenaan perlu menghantarkan cetakan borang permohonan beserta dokumen yang berkaitan ke sekolah yang dipohon selewat-lewatnya 30 April 2023. Tarikh bagi tujuan semakan status keputusan permohonan boleh di buat dengan Log Masuk sistem aplikasi yang sama (e-Prasekolah) atau hadir ke sekolah yang dimohon mulai tarikh yang akan dikemaskini (tertakluk kepada pindaan)
Maklumat Dan Tarikh Penting Permohonan & Semakan ePrasekolah 2024
- Membuat hebahan/ siaran/ iklan kepada ibu bapa/ penjaga dan masyarakat sekitar : –
- Membuat permohonan samada secara atas talian atau secara manual : 1 Mac 2023 – 30 April 2023 (Online)
- Semakan keputusan permohonan : 5 Ogos 2023
- Membuat permohonan rayuan sekiranya perlu. Rayuan kepada JPN/ PPD : 5 – 20 Ogos 2023
- Semakan keputusan rayuan : –
- Maklum keputusan permohonan rayuan kepada ibu bapa/ penjaga : –