Senarai terkini orang melayu Malaysia paling kaya 2017

22:55 Redaksi Admin

Maklumat terkini untuk artikel ini telah dikemaskini pada 12 Mei 2017 jam 11:11 PM

Orang Melayu Malaysia Kaya 2017

Berdasarkan kedudukan (ranking) senarai 50 orang terkaya di Malaysia pada tahun 2017 yang diterbitkan oleh majalah perniagaan popular Forbes, (www.forbes.com) terdapat tujuh individu melayu tersenarai dalam ranking tersebut

Kesemua mereka telah tersenarai sebagai individu berbangsa melayu Islam terkaya di Malaysia pada tahun 2017

SENARAI KEDUDUKAN TERKINI ORANG MELAYU PALING KAYA DI MALAYSIA TAHUN 2017

Menurut laporan senarai terkini 50 individu terkaya Malaysia tahun 2017 menyaksikan nilai kekayaan tujuh individu Melayu Islam terkaya itu ada yang meningkat dan menyusut berbanding tahun sebelumnya (2016)

Tan Sri Syed Mokhtar

1. Tan Sri Syed Mokhtar 
Al­bu­­khary
Tan Sri Syed Mokhtar 
Al­bu­­khary merupakan orang melayu paling kaya di Malaysia pada tahun 2017 dengan nilai kekayaan sebanyak AS$1.8 bilion menyaksikan peningkatan berbanding AS$1.45 bilion pada tahun 2016
Beliau yang berusia 65 tahun memulakan karier perniagaannya sebagai pedagang beras dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi
Bagaimanapun usaha beliau sepanjang bergelar seorang ahli perniagaan, kini beliau menjalankan pelbagai perniagaan terutamanya menerusi syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, iaitu MMC Corp. dan DRB-Hicom
Beliau juga pengerusi pengerusi Yayasan Al-Bukhary merupakan individu yang kekal dalam senarai top 10 orang terkaya di Malaysia dan daripada 50 tersenarai itu, beliau berada di kedudukan kesepuluh

Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim

2. Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim
Individu melayu kedua terkaya di Malaysia adalah Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim. Menurut Forbes nilai kekayaan yang dicatat beliau pada tahun 2017 adalah sebanyak AS$600 juta, (meningkat) berbanding AS$245 juta (2016)
Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim merupakan pemilik syarikat perkhidmatan helikopter, Weststar Aviation yang memberi tumpuan kepada sektor O&G
Antara syarikat-syarikat yang menggunakan perkhidmatannya ialah Petronas Carigali, Shell dan Tullow Oil selain mengimport / mengedar kenderaan perdagangan dan kereta mewah
Berikutan nilai kekayaan beliau meningkat, dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia pada tahun 2017, kedudukan telah naik ke-26 berbanding ke-42, tahun sebelumnya (2016)

Ahmayuddin bin Ahmad

3. Ahmayuddin bin Ahmad
Ahmayuddin bin Ahmad merupakan orang melayu ketiga paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$570 juta (2017), menurun berbanding AS$575 juta pada tahun 2016
Beliau merupakan salah seorang daripada pengasas syarikat pelabuhan di Pelabuhan Klang, Westports Holdings
Disebabkan nilai kekayaan Ahmayuddin menurun pada tahun 2017, dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia 2017 Forbes meletakkan beliau di kedudukan ke-27 berbanding ke-24 (2016)

Tan Sri Azman Hashim

4. Tan Sri Azman Hashim
Orang melayu keempat terkaya di Malaysia adalah Tan Sri Azman Hashim dengan nilai kekayaan yang dicatat sebanyak AS$490 juta (2017), meningkat berbanding AS$465 juta pada tahun 2016
Beliau berusia 77 tahun mengetuai perbankan AmBank Group, yang diasaskannya pada 1976 dengan nama Arab-Malaysian Merchant Bank
Selain itu, beliau juga memiliki kepentingan dalam bank pelaburan ECM Libra RCE Capital
Dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia beliau berada pada kedudukan ke-31

Tan Sri Shahril Shamsuddin

5. Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin
Orang melayu kelima terkaya di Malaysia adalah adik-beradik Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin
Nilai kekayaan yang terkumpul oleh mereka pada tahun 2017 adalah sebanyak AS$475 juta, menurun berbanding AS$485 juta (2016)
Mereka merupakan taikun minyak dan gas (O&G) menerusi syarikat penyedia perkhidmatan O&G, SapuraKencana Petroleum Bhd. (SapuraKencana)
Untuk 50 individu terkaya di Malaysia Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin berada di kedudukan ke-32 berbanding ke-27 (2016)

Tan Sri Mokhzani Mahathir

6. Tan Sri Mokhzani Mahathir
Orang melayu keenam terkaya di Malaysia pada tahun 2017 adalah anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mokhzani Mahathir
Menurut Forbes nilai kekayaan beliau adalah sebanyak AS$420 juta, menurun berbanding AS$480 juta (2016)
Forbes meletakkan kedudukan Mokhzani di tempat ke-34 dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia. Pada tahun 2016 kedudukan beliau di tempat ke-28

Datuk Kamarudin Meranun 1

7. Datuk Kamarudin Meranun
Individu melayu ketujuh terkaya di Malaysia adalah Datuk Kamarudin Meranun. Menurut Forbes nilai kekayaan yang dicatat beliau pada tahun 2017 adalah sebanyak AS$340 juta, meningkat berbanding AS$225 juta (2016)
Beliau mengasaskan jenama penerbangan AirAsia bersama Tan Sri Tony Fernandes pada 2001
Beliau memulakan kerjayanya sebagai pengurus portfolio di Arab-Malaysian Merchant Bank dengan tumpuan perkhidmatan kepada individu berpendapatan tinggi
Dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia pada tahun 2017, beliau berada di kedudukan ke-38 meningkat berbanding ke-46 (2016)
Info
Secara keseluruhannya, berdasarkan semakan MYsumber bagi senarai penuh 50 individu terkaya di Malaysia anjuran Forbes pada tahun 2017 menyaksikan Tan Sri Robert Kuok berada di kedudukan teratas dengan nilai kekayaan aset bersih AS$11.4 bilion
Dalam senarai 50 individu tersebut, majoriti mereka (ahli perniagaan) yang tersenarai adalah kaum berbangsa cina
Facebook ShareTwitter ShareGoogleplus Share