JPA Gaji Baru – Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 1 Januari 2023

JPA Naik Gaji Baru Penjawat Awam

JPA Naik Gaji Baru Penjawat Awam JPA Gaji Baru - Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 1 Januari 2023

Kakitangan awam atau penjawat awam akan menikmati kenaikan satu gaji tahunan berkuat kuasa 1 Januari 2023 sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Selasa – 30 Ogos 2022

Pemberian kenaikan gaji menurut PM adalah sebagai menghargai jasa dan pengorbanan serta penat lelah para penjawat awam seramai 1.28 juta sebagai kawan setia kerajaan. Kenaikan gaji akan melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM1.5 bilion

Dalam perkembangan sama, kerajaan juga tidak melupakan jasa pesara kerajaan, apabila kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM350 secara “One Off” pada Januari 2023

Intipati Amanat PM Pada MAPPA Kali Ke 18 – Kenaikan Gaji Penjawat Awam 1 Januari 2023

Berikut dikongsikan maklumat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon semasa Majlis Amanat Perkhidmatan Awam yang ke 18

1. Menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai (GCR) daripada 160 hari ke 180 hari

2. Tambahan kadar Cuti Rehat Khas sebanyak 5 Hari menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.

3. Perluasan tafsiran ahli keluarga demi kemudahan Cuti Tanpa Rekod untuk urusan kematian ahli keluarga terdekat

4. Penambahbaikan pemberian gaji tahunan kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum

5. Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awam gred 11 hingga gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023

6. Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023, semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah akan mendapat RM700 dan RM350 bagi pesara kejayaan dan veteran tidak berpencen pada Januari 2023

Maklumat yang lebih lanjut mengenai kenaikan gaji penjawat awam tahun 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa, berikut dikongsikan ucapan penuh Perdana Menteri di MAPPA ke -18 yang berlangsung pada 30 Ogos 2022 :

Intipati MAPPA Kali Ke 16

1. GAJI – Pemberian kenaikan gaji menurut PM adalah sebagai menghargai jasa dan pengorbanan serta penat lelah para penjawat awam sebagai kawan setia kerajaan dan kenaikan ini akan melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM1.46 bilion

“Ini bermakna penjawat awam mendapat tambahan satu lagi kenaikan gaji tahunan di samping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi tahun 2018”

2. PENCEN – Kenaikan kadar pencen sebanyak 1% bagi semua pesara kerajaan mulai Julai 2018 secara one – off. Faedah persaraan pada tahun 2018 adalah sebanyak RM 24 billion.

3. GRED DG56 – Penubuhan Gred DG56 bagi membolehkan pergerakan tangga gaji and pangkat bagi yang telah memegang Gred DG54 dalam tempoh lama

4. KENAIKAN PANGKAT – Memendekan Time Based Service untuk Kumpulan Pelaksana dari 13 tahun kepada 10 tahun bagi urusan kenaikan pangkat

5. PERUBATAN – Memanjangkan atau meluaskan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak melibatkan sebanyak 42,800 pegawai

6. CUTI : Kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan selama 7 hari bagi tujuan umrah kepada umat Islam. Dan juga kepada bukan beragama Islam untuk tujuan keagamaan masing masing bagi sepanjang perkhidmatan

7. AKTIVITI PESARA – Memberikan geran khas sebanyak RM 1 juta setiap satu badan pesara kerajaan

8. KEBAJIKAN PESARA – Pesara pesara kerajaan akan ditentukan tambahan quota haji bergantung kepada allocation kerajaan Arab Saudi kepada kerajaan Malaysia

9. CUEPACS – Sumbangan dana tahunan ke CEUPACS sekurang-kurangnya RM3 juta setahun
Untuk paparan yang jelas manfaat dan faedah yang bakal dinikmati oleh kakitangan awam, rujuk Grafik berikut :-

Berita Gembira Buat Penjawat Awam – 2018

kenaikan gaji kakitangan awam julai 2018 JPA Gaji Baru - Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 1 Januari 2023

Status Terkini Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Di Bawah Kerajaan Baharu Pakatan Harapan

status kenaikan gaji tahunan kerajaan 1 JPA Gaji Baru - Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 1 Januari 2023
TAHUN 2016

Maklumat Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia tahun 2016 adalah seperti berikut:-

JPA Gaji Baru – Kenaikan Gaji Penjawat Awam 1 Julai 2016

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016: Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia turut menyatakan bahawa Gred 17 dan Gred 27 diseragamkan atau dinaikkan kepada Gred 19 dan 29

Gred 17 diberikan kepada pekerja yang memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala Gred 27 kepada mereka yang mempunyai Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Diploma

Kakitangan awam yang berada di Gred 17 dengan gaji semasa RM935 akan menikmati kadar gaji minimum RM1,350 sebulan selepas dinaikkan ke Gred 19

Bagi penjawat awam dengan Gred 27 yang menerima gaji permulaan sebanyak RM1,362 akan memperolehi sekurang-kurangnya RM1,493 selepas naik ke Gred 29

Skim saraan baharu berkenaan juga memperlihatkan 252 skim perkhidmatan awam sedia ada di naik taraf

Secara umumnya, di bawah skim baru, mereka yang mempunyai sijil politeknik akan diiktiraf setanding dengan mereka yang mempunyai kelulusan Diploma atau STPM berbanding sebelum ini, mereka yang mempunyai sijil politeknik diletakkan pada tahap yang sama dengan lepasan SPM

Penjawat awam juga diberi pilihan untuk menerima atau menolak tawaran terhadap 252 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik berkuat kuasa 1 Julai 2016

Penambahbaikan itu akan memperlihatkan kenaikan tahunan kepada kesemua 1.6 juta penjawat awam, manakala penambahbaikan skim yang bermula dari gred 11 hingga 40 akan membabitkan 1.3 juta kakitangan kerajaan

Langkah rasionalisasi skim perkhidmatan awam bertujuan untuk memastikan perkhidmatan tersebut mempunyai tenaga kerja yang kompeten selain mampu membantu merealisasikan visi dan agenda negara selaras dengan produktiviti dan daya usaha dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat

Maklumat lengkap, sila rujuk kepada

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan