Harga Proton X70 SUV terkini gambar dan spesifikasi

Kenderaan

Kenderaan

Pasti ramai tertunggu-tunggu dan teruja menanti kemunculan sebuah Kenderaan Utiliti Sukan atau Sport-Utility Vehicle (SUV) yang bakal dikeluarkan oleh pengeluar kereta tempatan pertama di Malaysia iaitu Proton. Spekulasi demi spekulasi yang menjadi perbualan orang ramai telah ditamatkan dengan pengumuman yang dikeluarkan oleh Proton pada 7 September 2018 hari Jumaat yang lalu.

Pada sesi pratonton secara tertutup itu, Proton telah mendedahkan nama bagi SUV pertama syarikat berkenaan iaitu X70. Menurut Proton, nama ini telah dipilih hasil dari peraduan yang diadakan April lepas. Huruf X sememangnya sinonim dengan nama kenderaan jenis crossover atau SUV manakala nombor 70 pula menggambarkan saiz atau kelas segmen SUV.

Buat masa ini, tiada lagi pengumuman harga dikeluarkan oleh pihak Proton berkenaan SUV ini, cuma beberapa ciri-ciri dan spesifikasi kenderaan telah dipamerkan kepada media dalam pratonton ekslusif tersebut. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu gusar dan khuatir kerana Proton bakal mengadakan siri jelajah pratonton bertemu pelanggan pada  19 September hingga 4 November ini di 7 bandar utama Malaysia iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuantan, Ipoh, Sabah dan kuching.

Berdasarkan respon oleh beberapa pihak media terkenal dalam industri automotif, rata-rata memberikan respon atau sambutan yang menarik terhadap SUV yang dibangunkan bersama oleh Proton dan Geely, sebuah jenama antarabangsa berasal dari China dan memilik Volvo Cars. Ini sudah tentu menambahkan keyakinan orang ramai apabila kolaborasi bersama syarikat terkemuka dijalankan.

Mengenai ciri rekaannya, Ketua Rekabentuk Proton, Azlan Othman mengatakan X70 mempunyai elemen Malaysia yang tersendiri seperti gril di bahagian depan kenderaan yang mengambil inspirasi batik dan ukiran kayu di Malaysia. Rekaan yang sama juga turut dibawa ke bahagian dalam kabin seperti di pembesar suara membuatkannya tampak lebih unik dan unggul. 

Proton X70 ini bukan sahaja diolah dari segi rupanya sahaja malah turut mendapat sentuhan Proton dalam bahagian gaya perjalanan dan pengendalian atau ride and handling. Ini disokong lagi dengan prototaip X70 sudah pun menjalani ujian menyeluruh di Malaysia untuk menyesuaikannya dengan jalanraya dan persekitaran negara ini

SUV Premium Pertama

Dipetik dari Laman web rasmi Proton, Proton X70 adalah model pertama yang dihasilkan bersama oleh PROTON dan Geely serta merupakan SUV premium pertama dikeluarkan oleh sebuah jenama automotif Malaysia. Model ini juga telah membawa PROTON ke segmen pasaran baharu dan bertindak sebagai pemangkin untuk memberi nafas baharu kepada jenama

Untuk menghasilkan Proton X70, PROTON dan Geely perlu bekerjasama dalam pelbagai peringkat. Ianya termasuklah dari pengaturan kerja antara kakitangan di China dan Malaysia, untuk membuat ujian dalam iklim panas dan lembap di Malaysia sehinggalah kolaborasi antara pembekal tempatan dan antarabangsa dengan tujuan untuk memastikan penghasilan produk yang sesuai dengan keperluan pembeli kereta di Malaysia dan ASEAN

Dalam persediaan bagi pengenalan produk ini, PROTON telah memulakan pelan pemasaran komprehensif untuk mewujudkan keterujaan yang tidak pernah dirasai sebelum ini di kalangan pembeli kereta iaitu menerusi pelbagai aktiviti, pelancaran portal tempahan dalam talian dan membuat penampilan awam di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018. Usaha-usaha yang dilakukan ini telah dijalankan pada bulan September lalu dan diperhangatkan lagi dengan kempen di media sosial termasuklah pertandingan memberi nama dan pelbagai video teaser di Facebook dan YouTube

Pada masa yang sama, pelaburan penting dalam rangkaian PROTON juga dilakukan bagi menyambut kedatangan Proton X70. Aktiviti-aktiviti latihan dan kursus untuk kakitangan jualan dan servis serta pelancaran Pertandingan Servis Selepas Jualan PROTON (PASSC) telah menjadi sebahagian daripada usaha untuk memastikan setiap pekerja mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai model ini. Syarikat juga telah memulakan pelan pengembangan rangkaian dengan mempelawa pelabur-pelabur baharu membuka cawangan PROTON dan menawarkan insentif yang memberangsangkan kepada pengedar sedia ada bagi menambahbaik kemudahan mereka kepada pusat 3S dan 4S. Sehingga kini, sebanyak 115 pelan penambahbaikan cawangan telah diluluskan, dengan sebanyak 71 cawangan berjaya dilancarkan pada tahun ini

“Proton X70 adalah hasil kerja keras lebih daripada setahun jurutera PROTON dan Geely, pereka bentuk dan beratus-ratus pekerja yang lain yang bekerjasama membangunkan SUV premium pertama oleh pengeluar kereta Malaysia. PROTON berbangga dengan pencapaian ini dan kami percaya bahawa pembeli kereta Malaysia akan turut sama berbangga memiliki SUV ini yang akan membantu mengubah jenama Proton. Dengan lebih 10,000 tempahan yang diterima, ia menunjukkan satu permulaan yang baik, justeru, kami akan berusaha dengan lebih lagi untuk menghasilkan produk dan jenama seperti yang dijanjikan,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON

“Penyerahan Proton X70 akan bermula pada minggu-minggu akan datang kerana Syarikat mahu pelanggan mendapatkan kereta mereka secepat mungkin. Ada di antara mereka yang telah menunggu lebih dari enam bulan, dengan memberikan nama kepada pengedar sebelum tempahan dibuka secara rasmi, jadi, PROTON berterima kasih atas kesabaran dan kesetiaan mereka terhadap Syarikat,” tambahnya

Harga, Spesifikasi Dan Gambar Kereta Proton X70 Baharu

Proton X70 akan didatangkan sebagai unit Completly Built Up (CBU) pada permulaannya. Namun begitu, pengeluaran versi Completely Knocked Down (CKD) dijangka akan dijalankan mulai tahun hadapan dan diharapkan dengan lebih banyak perubahan pada SUV itu. Bagi aspek mekanikal, semua varian akan dipacu oleh enjin 1.8 TGDi turbo petrol dengan bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan dan mampu menjana kuasa 181hp pada 5,500rpm dan tork 285Nm (1,500 – 4,000rpm).

Untuk pasaran tempatan, ianya akan didatangkan dalam empat (4) pilihan varian dan juga lima (5) pilihan warna yang akan dinyatakan di bawah. Selain itu, ianya juga mempunyai ciri-ciri unik yang dibangunkan untuk SUV pertama Proton ini seperti berikut:

Kenderaan

Harga Terkini Proton X70 Versi CKD

Pada 12 Februari 2020, PROTON telah melancarkan Proton X 70 SUV pemasangan tempatan (CKD) dengan harga berikut:

  • Proton X70 1.8 TGDi Standard 2WD : RM 94,800
  • 1.8 TGDI Executive 2WD : RM 106,800
  • 1.8 TGDi Premium 2WD : RM 119,800
  • 1.8 TGDi Premium X 2WD :RM 122,800

*Semua harga atas jalan (OTR) tidak termasuk insurans

Harga Rasmi Proton X70 Mengikut Varian

Tempahan boleh dilakukan dengan bayaran deposit RM 1,000 di pengedar yang sah bermula 8 September 2018

  • Proton X70 1.8 TGDi Standard 2WD : RM 99,800
  • 1.8 TGDI Executive 2WD : RM 109,800
  • 1.8 TGDi Premium 2WD : RM 115,800
  • 1.8 TGDi Premium X 2WD :RM 123,800

*Semua harga atas jalan (OTR) tidak termasuk insurans

Variasi Warna

MerahCoklat
KelabuPerak
Putih

Ciri Unik

  • Pengesan Titik Buta (BSD)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Kamera 360º 3D
  • Amaran Lencong (LDW)
  • Penulen Udara Pintar (sama seperti Volvo)
  • Kawalan Suluh Tinggi Pintar (i-HBC)
  • Kawalan Jauh Telefon Pintar
  • Sambungan Internet 4G
  • 5 USB port 2 di hadapan, 2 di tengah, 1 di belakang(Untuk kegunaan Dashcam)
  • Kemasan kulit Nappa di dalam kabin
  • Enjin ditutupi dengan alas penutup
  • Pengelap Cermin Tersembunyi

Kini ianya sudah boleh menerima tempahan bermula 8 September 2018, (Sabtu) di Kedai Pameran atau Pengedar Sah Proton dengan deposit sebanyak RM1,000. Bagi mereka yang masih tertanya-tanya tentang rupa dan imej Proton SUV ini, MySumber membawakan khas untuk anda gambar-gambar terkini Proton SUV yang telah dikeluarkan.

Kenderaan

Kenderaan

Kenderaan

Kenderaan

Spesifikasi Proton X70

Standard 2WD

  • Enjin Petrol 1.8 liter TGDi
  • Automatik 6 kelajuan dengan mod peralihan manual
  • Rim aloi 17-inci
  • Lampu Hadapan Halogen
  • Kemasan Fabrik bagi tempat duduk
  • Sistem Audio Skrin Sesentuh 8-inci
  • Kamera Pandangan Belakang
  • Pilihan Warna:
Putih (Snow White)Perak (Armour Silver)

Executive 2WD

Semua ciri dan kelengkapan seperti yang terdapat pada Standard 2WD cuma ditambah dengan ciri lain seperti di bawah

  • Enjin Petrol 1.8 liter TGDi
  • Rim aloi 18-inci
  • Lampu Hadapan LED dengan DRL
  • Kemasan Leatherette bagi tempat duduk
  • Power Seat bagi tempat duduk pemandu
  • Kamera 360 º darjah
  • Pilihan Warna:
Putih (Snow White)Perak (Armour Silver)
Kelabu (Jet Grey)Coklat (Cinnamon Brown)

Executive AWD

Semua ciri dan kelengkapan seperti yang terdapat pada Standard 2WD / Executive 2WD cuma ditambah dengan ciri lain seperti di bawah

  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar
  • Pilihan Warna:
Putih (Snow White)Kelabu (Jet Grey)

Premium 2WD

Semua ciri dan kelengkapan seperti yang terdapat pada Standard 2WD / Executive 2WD / Executive AWD cuma ditambah dengan ciri lain seperti di bawah

  • Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan
  • Bumbung tembus cahaya panorama
  • Power Seat  bagi kerusi penumpang hadapan
  • Kemasan Kulit Nappa berwarna coklat bagi tempat duduk
  • Pilihan Warna:
Putih (Snow White)Perak (Armour Silver)
Kelabu (Jet Grey)Coklat (Cinnamon Brown)
Merah (Flame Red)

Kenderaan

Kenderaan

Kenderaan

Kenderaan

Kenderaan

Kenderaan

Kenderaan

Kenderaan

Kenderaan

Kenderaan

Kenderaan

Related : infotainment system, 2,000 units, 2020 proton x70 ckd, 2021 proton x70, x70 special edition, nappa leather, officially launched, geely boyue, air purifier system, 7-speed dual clutch transmission, head unit, usb ports, locally assembled,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan