Ibubapa atau penjaga yang sebelum ini telah membuat pendaftaran ke tahun satu (1) ambilan tahun 2021 untuk anak / jagaan melalui Sistem Aplikasi Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM) boleh mula membuat semakan keputusan tersebut secara atas talian (Online)
Semakan keputusan murid ke Tahun Satu ambilan 2021 untuk seluruh negeri di Malaysia adalah dijangka diumumkan sekitar bulan Ogos/ September 2020. Pada tahun lepas, keputusan telah dibuka untuk semakan mulai 1 Ogos 2019
Senarai Sub-Topik
Semakan Status Keputusan Murid Ke Tahun 1 Bagi Negeri Di Semenanjung Malaysia Ambilan 2021
Registration untuk kemasukan ke Tahun 1 tahun 2021/ 2022 telah dibuka pada 1 Mac 2020 untuk murid seperti kelayakan berikut :-
- Kemasukan Tahun 2021 > Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015
- Kemasukan Tahun 2022 > Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016
Berikut MYsumber sertakan ringkasan maklumat berkaitan dengan semakan keputusan secara atas talian (online) kemasukan murid ke Tahun Satu Sekolah Rendah Kerajaan bagi negeri di semenanjung Malaysia beserta Sabah dan Sarawak ambilan sesi 2021
Bil | Aktiviti | Tarikh |
1. | Tarikh surat penempatan | 1 Ogos 2020 & 1 Oktober 2020 (Putrajaya) |
2. | Tarikh rayuan di buka dan di tutup. Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dan keputusan juga melalui sistem. Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan | 1 hingga 31 Ogos 2020 |
3. | Tarikh mula dan tamat Pengesahan Penempatan | 1 Ogos 2020 |
4. | Tarikh keputusan rayuan | – |
Semakan Keputusan Pendaftaran Tahun 1 Ambilan 2021 | |||||||||||||||||||||||||||||
Info 1 |
| ||||||||||||||||||||||||||||
Info 2 |
| ||||||||||||||||||||||||||||
Info 3 |
|
Soalan Lazim Darjah 1
- Mengapakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan?
- Memudahkan pendaftaran murid ke tahun 1 dan sekolah kawalan tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual
- Bagaimanakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini berfungsi?
- Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat pendaftaran ke tahun 1 dan ke sekolah kawalan
- Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna?
- Ibu bapa dan penjaga
- Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar sebagai pengguna baru?
- Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar
- Selepas membuat pendaftaran, saya mendapati No. Mykad yang dimasukkan adalah salah, apakah yang harus saya lakukan?
- Sila daftar semula dengan menggunakan No. Mykad yang betul
- Sekiranya telah memohon menggunakan ID Pengguna yang salah atau menggunakan MyKid murid, Pengguna boleh teruskan application dengan menggunakan ID tersebut
- Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?
- Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN
- Mohon semak Email (berdasarkan email yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)
- Bagaimanakah jika Email yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN?
- E-mel kepada pihak admin. (Dengan subjek email: Email tidak sah untuk fungsi katalaluan)
- Bagaimanakah jika hendak mengemaskini maklumat pengguna sistem selain dari ID Pengguna?
- Sila Daftar Masuk terlebih dahulu, kemudian klik butang menu UTILITI
Tahniah kepada ibu bapa atau penjaga yang berjaya dalam semakan penempatan kemasukan anak ke Darjah 1 Semenanjung Malaysia serta Negeri Sabah Sarawak.