Permohonan Kemasukan Program Kolej Matrikulasi 2023-2024

UPU

UPU

Permohonan secara atas talian (online) untuk kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun sesi pengajian pengambilan 2023 / 2024 dijangka dibuka sekitar bulan Januari 2023 melalui sistem Matrikulasi KPM.

Pelajar yang berminat dan berkelayakan terutamanya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang ingin melanjutkan pengajian untuk menyambung pengajian tinggi selain Universiti Awam, sila ambil maklum bahawa tarikh tutup permohonan adalah dijangka sekitar April 2023. Sila buat permohonan sebelum tarikh tutup sepertimana yang telah dinyatakan

Permohonan Online Kemasukan Program Kolej Matrikulasi Sesi 2023/ 2024

Sebagai makluman, permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi 2023 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di kolej-kolej Matrikulasi bagi tahun pengambilan sesi 2023 / 2024 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) yang dibuka kepada capaian calon bermula pada tarikh sepertimana telah ditetapkan

Tarikh Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2023/ 2024

Berikut adalah tarikh rasmi yang diumumkan oleh KPM:

  • Dibuka : 16 Januari 2023
  • Ditutup : 16 April 2023

Permohonan ke Program Matrikulasi KPM sesi 2023-2024 untuk pelajar lepasan SPM Tahun 2022 akan dibuka semula mulai

  • Dibuka : 8 Jun 2023
  • Ditutup : 12 Jun 2023

Pemohon yang telah mendaftar turut boleh mengemaskini maklumat. Permohonan adalah PERCUMA dan tidak memerlukan pembelian nombor PIN

Permohonan Program Matrikulasi Secara Online

Bagi tahun 2023, permohonan kemasukan ke program Matrikulasi di seluruh Malaysia boleh dibuat melalui Portal Matrikulasi KPM :

Berikut adalah maklumat lanjut cara membuat Permohonan Program Matrikulasi bagi sesi 2021/2022 yang dikendalikan oleh KPM. Maklumat bagi sesi 2023/2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa :

Syarat Kelayakan AM

Pemohon mestilah melepasi syarat kelayakan umum iaitu:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak melebihi 20 tahun semasa memohon
  3. Calon SPM tahun semasa

Setelah melepasi syarat kelayakan am, pemohon mestilah melepasi syarat minimum SPM mengikut jurusan yang ingin dipilih

Syarat Kelayakan Minimum Subjek SPM

A. Jurusan Sains (Sistem Dua Semester)

  1. Bahasa Melayu : C
  2. Bahasa Inggeris : C
  3. Matematik : B
  4. Matematik Tambahan : C
  5. Kimia : C
  6. Fizik / Biologi : C
  7. Sejarah : Lulus

B. Jurusan Sains (Sistem Empat Semester)

  1. Bahasa Melayu : C
  2. Bahasa Inggeris : C
  3. Matematik : C
  4. Matematik Tambahan : Lulus
  5. Kimia : Lulus
  6. Sejarah : Lulus
  7. Fizik / Biologi / Sains Komputer : Lulus

C. Jurusan Kejuruteraan

  1. Bahasa Melayu : C
  2. Bahasa Inggeris : C
  3. Matematik : B
  4. Matematik Tambahan : C
  5. Fizik : C
  6. Kimia : Lulus
  7. Sejarah : Lulus
  8. Mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut:
    Biologi/ Sains / Sains Tambahan/ Asas Kelestarian Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik : C

D. Jurusan Perakaunan

  1. Bahasa Melayu : C
  2. Bahasa Inggeris : C
  3. Matematik : C
  4. Matematik Tambahan : C
  5. Sejarah : Lulus
  6. Mana-mana DUA (2) mata pelajaran berikut:
    Fizik / Kimia / Biologi / Sains / Sains Tambahan/ Asas Kelestarian Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik : C

E. Jurusan Perakaunan Professional

  1. Bahasa Melayu : C
  2. Bahasa Inggeris : A
  3. Matematik : A
  4. Matematik Tambahan : A
  5. Sejarah : Lulus
  6. Mana-mana TIGA (3) mata pelajaran berikut:
    Fizik / Kimia / Biologi / Sains / Sains Tambahan/ Asas Kelestarian Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik : A
  7. Serta lulus Ujian Aptitud dan temuduga

Cara Buat Permohonan Kemasukan Ke Kolej Matrikulasi Secara Online

Permohonan adalah melalui internet dan boleh dibuat secara online dan percuma

Langkah-langkah permohonan akan dikemaskini.

Sila klik pada judul pautan berikut bagi mendapatkan maklumat lengkap tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum dapat membuat permohonan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) dengan email kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4035 atau melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan https://www.moe.gov.my atau Soalan Lazim (FAQ)

Kemaskini Borang Permohonan Matrikulasi

Pelajar SPM tahun 2022 yang telah membuat pendaftaran ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2023 / 2024 melalui internet (online) tidak perlu membuat pengemaskinian maklumat dalam borang berkenaan kerana sistem akan kemaskini result SPM pelajar secara automatik

Related : pengajian tinggi, kad pengenalan, perlu membeli, syarat kemasukan, laman web, menyambung pengajian, pelajar lepasan sijil pelajaran malaysia spm, berikut dikongsikan

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan