Keputusan pemenang DFKL 2019 Anugerah Drama Festival

DFKL

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 Rangkaian Televisyen Media Prima TV3 dan TV9 serta ntv7 dan 8TV berlangsung di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari Ahad 7 April 2019 dengan menyaksikan sembilan kategori pilihan utama dan satu kategori drama pendek pilihan dipertandingkan

Malam kemuncak Anugerah DFKL 2019 turut bersiaran secara siaran langsung di TV3 bermula jam 9 malam dengan pengacara, Awal Ashaari

KEPUTUSAN PEMENANG ANUGERAH DRAMA FESTIVAL KUALA LUMPUR (DFKL) 2019

Objektif penganjuran Anugerah DFKL adalah bertujuan mengiktiraf drama-drama pilihan penonton yang dipilih berdasarkan kadar tontonan tertinggi di semua slot drama TV3 dan TV9 dan karyawan terbaik sepanjang tahun 2018

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 sepertimana yang telah diumumkan oleh penyampai Anugerah DFKL 2019 bagi setiap kategori dipertandingkan.

Kategori AnugerahPemenangDrama
Aktor PilihanSyafiq KyleNur
Aktres PilihanJanna NickSemerah Cinta Humairah
Antagonis PilihanAzhan RaniNur
Drama PilihanRadius One S/BNur
Lagu PilihanHaqiem Rusli (Jatuh Bangun)Shah & Zam
Penulisan Skrip PilihanShahrulezadNur
Pasangan PilihanSyafiq Kyle & Amyra RosliNur
Pengarah PilihanShahrulezadNur
Drama Pendek PilihanMohd EdzuanOrang Kita
Drama Rantaian Bahasa CinaMedia Corp Studio S/BMy Sensei Nyonya
Pautan Info
sila klik Siaran Langsung DFKL 2019 TV3 Anugerah Drama Festival
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan