Cara Buat Permohonan Rayuan Matrikulasi 2023-2024

UPU

UPU

Lepasan SPM yang telah membuat permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia kini boleh melakukan semakan tawaran kemasukan

Calon (pemohon) yang gagal mendapat tawaran ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2023 / 2024 ambilan pertama boleh mengemukakan permohonan rayuan mulai tarikh keputusan diumumkan

Untuk membuat permohonan rayuan, pemohon boleh membuat permohonan rayuan secara atas talian (online) di mana rayuan hendaklah dilakukan secara dalam talian di matrikulasi.moe.gov.my bermula dari 26 Jun 2023 hingga 7 Julai 2023 bagi sesi 2023/2024.

Cara Buat Rayuan Kemasukan Ke Kolej Matrikulasi Sesi 2023 / 2024

Maklumat berkaitan cara buat rayuan kemasukan ke Kolej Matrikulasi Sesi 2023/2024 akan dikemaskini. Butiran permohonan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2022 adalah seperti berikut

Kaedah Permohonan Rayuan Program Matrikulasi 2022

UPU

Cara untuk membuat permohonan rayuan secara atas talian adalah seperti berikut:

Rayuan boleh dibuat secara dalam talian sahaja melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my selepas keputusan calon jaya diumumkan secara rasmi

1. Secara Online 

Rayuan boleh dikemukakan terus secara atas talian (online) dari tarikh yang akan dikemaskini menerusi

Berikut dikongsikan contoh surat rasmi rayuan Matriks :-

Menulis Surat Rasmi

Tidak disediakan tahun ini, sila buat rayuan secara atas talian/ online sahaja

Menulis surat permohonan rayuan secara rasmi dan perlu dilampirkan satu salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan. Surat Rasmi Permohonan Rayuan Perlu Dihantar Ke Alamat Berikut

Pengarah
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Telefon: 03-8884 4083
Faks: 03-8884 4028

E-mel: info.matrikulasi@moe.gov.my

Contoh Surat Rasmi Permohonan Rayuan Kolej Matrikulasi 

Alif Akasyah Bin Abdul Hamid,
No, 18 Taman Desa Kota,
50050, Kuala Lumpur.
Email:
No TEL:

Pengarah,
Bahagian Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 6-7, Blok E15,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
24 April 2018

Tuan / Puan,

PER: Rayuan Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2021/ 2022

Nama: Alif Akasyah Bin Abdul Hamid (No K/P: 123456-02-1234)

Merujuk perkara di atas, saya merayu kepada pihak tuan / puan bagi mempertimbangkan Permohonan Rayuan saya Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2021/2022 berdasarkan jurusan pengajian yang dipilih oleh saya iaitu Perakaunan (Kod M003).

2. Permohonan rayuan ini dibuat adalah disebabkan perkara-perkara berikut:
i. Saya tidak berjaya ditawarkan ke Program Matrikulasi Sesi 2021/ 2022 bagi ambilan pertama
ii. Saya berpotensi dan meminati jurusan pengajian Perakaunan
iii. Keputusan SPM yang diperolehi menepati dan memenuhi syarat kelayakan program

3. Untuk makluman pihak tuan / puan, saya telah memperolehi 5A dan 4B dalam Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ), dengan A dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan A- dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu . Selain itu,saya juga memperolehi keputusan A+ dalam mata pelajaran Matematik dan B+ dalam Matematik Tambahan.

4. Di samping itu, saya aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh pihak-pihak tertentu. Saya pernah menyertai Rover Moot Antarabangsa (Kesenian,Kebudayaan Dan Warisan). Saya juga pernah menyertai Program Pendidikan Kepelbagaian Biologi peringkat Kebangsaan dan menjadi fasilitator dalam Kursus Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sekolah Menengah peringkat daerah dan peringkat sekolah. Pada tahun 2019, saya mencapai kejayaan tempat ketiga dalam Pertandingan Kawad Kaki peringkat Daerah.

5. Tahun akhir sesi persekolahan, saya pernah menjawat jawatan Pengerusi dalam Pasukan Pengakap Sekolah dan menjawat jawatan Naib Pengerusi dalam Kelab Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah serta memegang jawatan Bendahari dalam Kelab Permainan Petanque Sekolah dan menjadi Penolong Setiausaha dalam Lembaga Pengawas Sekolah.

6. Bersama-sama surat rayuan ini disertakan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk rujukan tuan / puan.

7. Pertimbangan pihak tuan amat dihargai. Dengan tulus ikhlasnya saya memohon kepada jasa baik tuan / puan supaya memberi peluang kepada saya untuk meneruskan pelajaran saya di mana-mana Kolej Matrikulasi.

Sekian dimaklumkan, atas jasa baik tuan / puan didahului dengan ribuan terima kasih.

Yang Berharap,

………………………….
(ALIF AKASYAH BIN ABDUL HAMID)

  • Contoh surat permohonan rayuan adalah sebagai rujukan pemohon sahaja

Pemohon boleh menyatakan sebab munasabah lain berkaitan dengan pencapaian akademik atau perkara berhubungkait seperti minat ataupun sebagainya supaya pemohonan rayuan dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan