Semakan Keputusan e-Rayuan UPU 2024-2025 Lepasan STPM

UPU

UPU

Calon (pemohon) yang telah mengemukakan permohonan rayuan melalui UPU Online bagi Kemasukan ke Universiti Awam (UA) Lepasan STPM / Setaraf Sesi Akademik 2024 / 2025 boleh membuat semakan keputusan secara atas talian (online) ataupun menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS)

Semakan keputusan rayuan pertama (1) boleh dibuat mulai minggu kelima bulan Ogos lazimnya. Sekiranya gagal dalam permohonan rayuan pertama, calon boleh membuat semakan keputusan rayuan kedua (2) pada minggu ketiga bulan September

Sebagai makluman, sekiranya calon gagal dengan permohonan rayuan pertama, calon tidak perlu mohon semula dan pastikan menyemak keputusan rayuan kedua. Keputusan rayuan kedua adalah muktamad serta proses rayuan juga ditutup

Semakan Keputusan e-Rayuan UPU 2023-2024 Lepasan STPM/ Setaraf Secara Online Dan SMS

Untuk membuat semakan keputusan rayuan tahun 2023-2024, calon yang berkenaan boleh mendapatkan maklumat tarikh rasmi hebahan keputusan serta pautan saluran semakan menerusi ruangan yang tersedia seperti berikut. Maklumat bagi tahun 2024-2025 akan dikemaskini

Tarikh Semakan Keputusan Rayuan Dan Tawaran UA

Keputusan Rayuan Pertama ( Fasa 1)

  • Semakan Dibuka : 16 Oktober 2023 (12 Tengah Hari)
  • Semakan Ditutup : 20 Oktober 2023 (5 petang)

Keputusan Rayuan Kedua (Fasa 2)

  • Semakan Dibuka : –
  • Semakan Ditutup : –

Sistem Aplikasi semakan secara online ataupun SMS hanya akan diaktifkan bermula tarikh hebahan keputusan rayuan pertama dan kedua UPU diumumkan secara rasmi.

Bagi rayuan berjaya, maklumat untuk pengesahan dan cetakan surat tawaran mengikut Universiti Awam (UA) yang telah ditetapkan kepada calon berjaya akan dipaparkan dalam sistem aplikasi semakan tersebut setelah semakan dibuat

Mekanisme Semakan Keputusan Rayuan UPU Online Lepasan STPM Setaraf

Semakan Secara Online

Pada hari pertama semakan boleh dibuat, calon berkemungkinan akan menghadapi kesukaran untuk mengakses laman sistem aplikasi semakan saluran utama berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server

  • Sistem Aplikasi Semakan Saluran Utama Keputusan Rayuan UPU Online Lepasan STPM Setaraf

Oleh itu, calon boleh juga membuat semakan dengan menggunakan mana-mana saluran alternatif semakan UPUonline seperti di bawah

Semakan Secara SMS

Adalah dengan menaip format penghantaran mesej seperti berikut

  • UPU (jarak) RESULT (jarak) NO KAD PENGENALAN sms ke 15888

Semakan Secara Aplikasi UPUPocket

Muat turun aplikasi UPUPocket melalui peranti telefon pintar seperti pautan berikut

Permohonan E-Rayuan yang dibuka adalah hanya untuk permohon tidak berjaya mendapat sebarang tawaran program sahaja dan telah mengemukakan permohonan awal kepada UPU.

Difahamkan, dasar pemilihan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat selepas pendaftaran pelajar baharu di Universiti Awam yang terbabit

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan