Maktab Tentera Diraja (MTD) mempelawa pelajar lelaki Tingkatan Tiga yang memiliki kelulusan yang berkelayakan untuk membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja (MTD) bagi tahun pengambilan sesi 2023
Tawaran permohonan adalah terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2022 dan permohonan tersebut boleh dikemukakan secara atas talian (online) melalui laman sesawang (web) rasmi Maktab Tentera Diraja (MTD)
Permohonan Online Maktab Tentera Diraja (MTD) Tahun 2023 Tingkatan 4
Berikut MYsumber sertakan maklumat berkaitan antaranya seperti cara untuk membuat permohonan, tarikh sistem permohonan dibuka / ditutup dan syarat pemilihan kemasukan Putera Maktab Tentera Diraja, Tingkatan 4 bagi tahun pengambilan sesi 2023
TERKINI : Semakan Menghadiri Sesi Pemilihan MTD 2022 – Akan Dikemaskini
Pihak MTD memaklumkan pemohon yang berjaya terpilih untuk menghadiri sesi pemilihan akan dihubungi melalui emel pada 21 hingga 24 Februari 2022. Semak emel pemohon atau penjaga di bahagian Inbox, Junk atau Spam Folder dan berikan maklum balas kehadiran dengan mengisi borang atas talian di pautan Kembaran B Surat Tawaran.
Cara Membuat Permohonan Online Kemasukan Ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja (MTD) Sesi 2023
Mulai ambilan tahun 2021, permohonan ke MTD telah diselaraskan di bawah satu sistem yang dibangunkan oleh KPM iaitu Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
Tarikh Permohonan MTD
Di bawah adalah tarikh rasmi permohonan kemasukan ke Maktab Tentera Diraja bagi tahun 2023 :
- Permohonan Dibuka : 30 September 2022
- Permohonan Ditutup : 30 November 2022
Semakan menduduki ujian PKSK rujuk pautan berikut:
Syarat Kemasukan
Tawaran terbuka kepada warganegara Malaysia LELAKI sahaja (ibu bapa mestilah warganegara Malaysia) serta memenuhi kelayakan syarat-syarat seperti di bawah :
Syarat Kelayakan Akademik
- Keputusan Pentaksiran Kemasukan ke Sekolah Khusus secara dalam talian melalui KPM
- Lulus Ujian Pemilihan Putera Maktab Tentera Diraja
Syarat Fizikal
- Tinggi Minimum : 152 sm
- Berat Minimum : 40.5 kg
- BMI : 18 – 27
- Ukuran Dada Minimum : 74 sm (biasa) / 79 sm (tarik nafas)
- Kesihatan : Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti seperti di bawah:
- Flat foot
- Impacted earwax
- Asthma
- Scoliosis (tulang belakang bengkok)
- Varicose vein
- G6PD – deficiency
- Haemorrhoids (buasir)
- Inguinal hernia
- Tinea (Jangkitan kulat pada kulit)
- Bahu tidak sekata
- Tidak memakai pendakap gigi
- Temujanji rawatan susulan yang berpanjangan
- Penglihatan : Tidak rabun warna dan jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi jarak penglihatan 6/12
- Emel : Wajib mempunyai emel persendirian yang sah dan aktif
Panggilan Menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal – Akan Dikemaskini
Panggilan temuduga boleh disemak bermula tarikh yang akan dimaklumkan. Pada tahun seblum ini pada 23 Mac 2021 melalui laman semakan sekolah khusus KPM : spskt4.moe.gov.my
Senarai calon yang layak dipanggil menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal akan disiarkan menerusi laman Facebook Rasmi MTD (Maktab Tentera Diraja) dan laman web rasmi MTD iaitu seminggu (7 hari) selepas tarikh tutup permohonan
Tambang / kos perjalanan bagi menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal adalah atas tanggungan calon-calon. Manakala keperluan penginapan dan sajian akan disediakan oleh pihak MTD
Tawaran Kemasukan
Semakan mereka yang berjaya menerima tawaran boleh disemak pada 7 Mac 2023. Surat tawaran kepad acalon yang berjaya akan dihantar melalui emel pada 7 hingga 12 Mac 2023. Calon dikehendaki diingatkan untuk menyemak emel di inbox/ junk/ spam folder.
Calon-calon yang lulus Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal DIKIRA BERJAYA apabila memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam Peperiksaan (sebenar) PT3 tahun 2020 serta lulus Ujian Kepimpinan dan Temuduga akhir oleh Lembaga Panel Pengambilan MTD
Surat tawaran kemasukan (Berjaya / Gagal) akan dimaklumkan kepada calon-calon selepas Temuduga Akhir dan akan disiarkan menerusi Facebook dan laman web rasmi Maktab Tentera Diraja (MTD)Keputusan berjaya atau gagal dijangka boleh diketahui pada penghujung bulan Disember 2020
Pembiayaan Pengajian
Kos pengajian di Maktab sepanjang sesi 2023 yang meliputi penginapan, sajian, uniform, buku teks, buku kerja, buku tulis serta alat tulis akan diberikan secara PERCUMA di bawah pembiayaan Kementerian Pertahanan Malaysia. Walau bagaimanapun, Putera MTD dikehendaki membayar Yuran PIBG, Yuran Kecemerlangan Akademik, Insuran Putera dan Yuran Kebajikan
Elaun Putera
- Putera MTD akan dibayar elaun bulanan sebanyak RM100 sepanjang tempoh pengajian
Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Promosi dan pengambilan di:
- Unit Pengambilan & Promosi
Jabatan Pendidikan Tentera,
Maktab Tentera Diraja
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur - Tel : 03-89465562/5565 Isnin-Jumaat (8.15 pagi-5.00 petang)
- Faks : 03-8946 5530
- Maklumat Lanjut Permohonan Tingkatan 4 (MTD) Sesi 2023