Calon ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi 2 2022 boleh membuat semakan serta mendapatkan keputusan MUET 2022 (Sesi 2) masing-masing pada bulan September jika berdasarkan kepada rekod keputusan tahun-tahun sebelumnya
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) akan memaklumkan tarikh sebenar (rasmi) keputusan MUET sesi 2 2021 dikeluarkan menerusi portal rasmi MPM
Semakan Keputusan MUET Sesi 2 2022 Secara Online Dan SMS
Dalam pada itu, calon yang berkenaan boleh juga mendapatkan maklumat bila tarikh rasmi Result MUET Sesi 2 2022 akan dikeluarkan serta kaedah yang disediakan untuk membuat semakan iaitu secara aplikasi atas talian dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS), sila rujuk kepada ruangan yang disediakan di bawah
Tarikh Semakan Keputusan MUET Sesi 2
- Semakan Dibuka : 15 September 2022
- Jam : 1000 pagi
Sistem Aplikasi Semakan Online MUET Sesi 2 2022 Result
1. Sistem aplikasi semakan Ujian MUET bagi sesi 2 2022 akan diaktifkan pada 15 September 2022
Semakan secara atas talian (online) boleh dibuat selepas jam 10:00 pagi
2. Pada hari pertama semakan boleh dibuat, calon berkemungkinan akan menghadapi kesukaran untuk mengakses laman sistem aplikasi semakan berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server
3. Calon disarankan melayari laman sistem aplikasi semakan online berkenaan bukan di waktu puncak
Semakan Keputusan MUET Sesi 2 2022 Secara SMS
Semakan keputusan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut:
- Taip: MUET (jarak) RESULT (jarak) No. Kad Pengenalan dan SMS ke 15888
- Contoh: MUET RESULT 931029084444 sms ke 15888
Semakan secara SMS boleh dibuat selepas jam 10:01 pagi
Keputusan Ujian MUET Sesi 2 2022
Keputusan ujian MUET bagi calon sekolah / institusi juga akan dihantar kepada Pengetua sekolah / institusi yang berkenaan melalui SPP JPN. Manakala bagi calon persendirian individu, keputusan akan dihantar kepada calon melalui pos
Permohonan Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET Sesi 2 2022
Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan ujian MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan ujian.
Caj bagi rayuan penyemakan semula ini ialah RM70.00. Tarikh tutup rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan
Sila rujuk Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk maklumat lebih lanjut
Maklumat Lanjut
Sebarang keterangan dan maklumat lanjut adalah dengan sewajarnya melayari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di pautan http://www.mpm.edu.my