Guru-guru yang telah mengemukakan permohonan pertukaran guru antara bahagian / negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi pertukaran sesi sepanjang tahun (2023)
Sistem pengurusan guru (EGtukar) bagi modul pertukaran guru sepanjang tahun 2022/ 2023 iaitu yang terkini Sesi Januari 2023 di seluruh negeri Malaysia akan dibuka kepada capaian atas tujuan semakan keputusan status kelulusan dan penempatan kepada guru-guru yang telah membuat pertukaran ke negeri atau daerah pilihan
Untuk makluman, proses pertukaran guru melalui modul e-GTukar bagi tahun 2022 akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu sesi September 2022 dan sesi Januari 2023
Semakan Keputusan Permohonan eGTukar Pertukaran Guru Sesi September/ Januari 2023
Semakan keputusan permohonan pertukaran guru terlibat bagi sesi September 2022 (Sesi Jun) & Januari 2023 membabitkan Antara Negeri / Bahagian, Antara Daerah Dan Dalam Daerah adalah untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred seperti berikut
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
- GRED DG29, DG32 (KUP TIME-BASED)
- DG34 (KUP TIME-BASED)
- DG38 (KUP TIME-BASED)
- DG41, DG42, DG44 (KUP TIME-BASED)
- DG48 (KUP TIME-BASED)
- DG52 (KUP TIME-BASED)
- DG54 (KUP TIME-BASED)
Tarikh Semakan Status Kelulusan di Modul eGTukar
Semakan status kelulusan permohonan pertukaran guru serta penempatan bagi sesi Januari 2023 boleh dibuat mengikut ketetapan seperti tarikh di bawah :
Sesi Januari 2023
Tarikh semakan keputusan pertukaran guru Sesi Januari 2023 :
- Antara Negeri/Bahagian : 9 Disember 2022
- Antara Daerah/Dalam Daerah : 9 Disember 2022
Tarikh semakan penempatan bagi guru yang lulus pertukaran Sesi Januari 2023 :
- Antara Negeri / Bahagian / Daerah / Dalam Daerah : 9 Disember 2022
Sesi September 2022
- Antara Negeri/Bahagian : 2 September 2022
- Antara Daerah/Dalam Daerah : 2 September 2022
Tarikh semakan penempatan bagi guru yang lulus pertukaran Sesi September 2022 :
- Antara Negeri / Bahagian / Daerah / Dalam Daerah : 2 September 2022
Sistem Aplikasi Modul Pengurusan Guru – Pertukaran Guru
Semakan status kelulusan serta penempatan guru bagi sesi September 2022/ Januari 2023 boleh dibuat di laman Sistem Pertukaran Guru Secara Atas Talian Online
Sila Log Masuk ke sistem Modul Pengurusan Guru (EGtukar) dengan menggunakan ID Pengguna, kata laluan dan kad pengenalan masing-masing bagi mengakses sepenuhnya menu capaian bagi semakan keputusan kelulusan permohonan dan penempatan
Tarikh Kuat Kuasa Pertukaran Diluluskan
- 3 Januari 2022 (Guru Bukan Kelas Peperiksaan) & 21 Mac 2022 (Guru Kelas Peperiksaan SPM/ STPM)
Pertukaran yang telah diluluskan adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan. Semua pertukaran sesi September 2022/ Januari 2022 yang tidak berjaya akan dipertimbangkan pada sesi berikutnya iaitu pada Januari 2023
Maklumat Analisa / Statistik Pertukaran Guru Sesi Jun 2021/ Januari 2021 Mengikut Negeri
Pertukaran guru melalui modul e-GTukar bagi tahun 2021 akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu Jun 2021 dan sesi Januari 2021 dengan sekali permohonan sahaja
Soalan Yang Sering Ditanya Dan Jawapan (Pertukaran Guru)
Nota :
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjelaskan bahawa pertukaran dan penempatan guru ke sekolah di seluruh negara adalah berdasarkan kepada kepentingan-kepentingan Perkhidmatan
Prinsip yang digunakan KPM dalam melaksanakan proses Penempatan dan Pertukaran guru adalah berdasarkan kepada lebihan guru, kekurangan pengisian perjawatan guru dan keperluan opsyen di sesebuah negeri
- Lebihan guru : Bermaksud terdapat lebihan pengisian guru di sesebuah negeri jika dibandingkan dengan perjawatan yang telah diluluskan oleh agensi pusat
- Kekurangan Pengisian Perjawatan Guru : Bermaksud adanya sejumlah perjawatan guru yang masih kosong dan boleh diisi jika dibandingkan dengan jumlah perjawatan yang telah diluluskan oleh agensi pusat
- Keperluan Opsyen : Bermaksud guru mengajar berdasarkan kepada bidang pengkhususan mereka
MYsumber difahamkan kementerian sentiasa berusaha memenuhi permohonan guru pulang berkhidmat di negeri masing-masing atau mengikut pasangan
Namun perkara itu tidak dapat dilaksanakan dalam jangka pendek kerana permohonan terutama untuk sesetengah negeri kebiasaannya akan mengalami ketidakseimbangan perjawatan atau kepentingan perkhidmatan dan kekosongan keperluan opsyen di negeri terbabit
Related : membuat permohonan, memohon pertukaran, pentadbir sistem, https epgo.moe.gov.my, untuk sesi,