Pelajar Tingkatan 3 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) (PT3), Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) tahun 2020 boleh membuat permohonan KV/ SMT iaitu kemasukan ke program Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) ambilan Januari 2021 secara dalam talian
Terdahulu permohonan oleh pelajar yang berminat dan berkelayakan boleh dibuat melalui capaian secara atas talian (online) dengan menggunakan aplikasi dalam talian eSPTV, Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Pada tahun sebelum ini, permohonan dibuka pada hari Isnin, 15 Oktober 2019
Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik merupakan sekolah yang mengutamakan latihan kemahiran dalam silibus akademik mereka berbanding sekolah biasa. KV dan SMT terdapat di seluruh negara dan hampir di setiap daerah dalam sesebuah negeri serta merupakan sekolah bantuan kerajaan.
Terkini pada 23 Ogos 2020 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pengenalan kaedah pentaksiran baharu untuk tujuan pengambilan murid ke Sekolah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV), dan Maktab Tentera Diraja (MTD). Sistem permohonan kemasukan ke tingkatan 1 dan 4 secara single entry point adalah secara berpusat dan menggunakan kaedah pentaksiran standard secara berpusat
Senarai Sub-Topik
Permohonan Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tahun 2021 Secara Online
Untuk makluman, pemohon boleh mengikuti kemaskini maklumat berkaitan seperti tarikh sebenar (rasmi) permohonan dibuka, pautan dan cara untuk membuat permohonan menerusi informasi yang telah dilengkapkan dalam ruangan berikut
TARIKH PENTING PERMOHONAN KV & SMT | |
Dibuka | Ditutup |
7 September 2020 | 2 Oktober 2020 |
PERMOHONAN KV & SMT AMBILAN 2021 | |
Layari pautan di atas untuk membuat permohonan. Pautan akan diaktifkan pada tarikh permohonan seperti dinyatakan di atas. | |
1. Syarat Asas Kelayakan Permohonan KV Dan SMT 2021 | |
a. Warganegara Malaysia | |
b. Bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan/ Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM pada Tahun 2020 | |
c. Mesti mengambil Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK) | |
d. Wajib menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) | |
e. Calon Sihat tubuh badan | |
f. Tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali | |
g. Tidak rabun warna/ burta warna | |
h. Berminat dengan program yang dipohon |
Info: Program KV dan SMT |
Lepasan Tingkatan 3 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) / Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) |
i. Program KV (menjurus kepada Diploma) di KV / ILKA / ILKS |
ii. Sekolah Menengah Teknik (SPM) |
iii. Program Kemahiran / Apprenticeship di KV /WISDEC / GIATMARA |
2. Cara Membuat Permohonan Online KV Dan SMT 2021 | |
Permohonon kemasukan program Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) ambilan Januari tahun 2021 adalah percuma tidak perlu sebarang pembelian nombor pin dan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan Sistem Aplikasi dalam talian eSPTV, Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional di https sptv.moe.gov.my | |
Permohonan hendaklah dibuat berdasarkan aliran murid atau pelajar Tingkatan 3 tahun 2020 melalui sistem aplikasi permohonan online (murid lepasan tingkatan tiga 3) | |
Maklumat aliran adalah seperti berikut | |
JENIS ALIRAN MURID | |
Aliran PAV (Pelajar Lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) | |
Pelajar telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan Satu (1) di SMK yang menawarkan PAV | |
Sila dapatkan maklumat info kursus yang ditawarkan di bahagian Info Kemasukan yang terdapat dalam laman sistem aplikasi permohonan | |
Pelajar Lepasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) – Aliran Perdana / Akademik / Agama | |
Pelajar menduduki PBS yang merangkumi 4 Komponen iaitu | |
1. Pentaksiran Sekolah (PS) | |
2. Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) | |
3. Pentaksiran Psikometrik (PPsi) | |
4. Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) | |
Murid Yang Bersekolah Swasta/ Negeri Di Luar Kawalan KPM | |
Sila dapatkan maklumat info kursus yang ditawarkan di bahagian Info Kemasukan yang terdapat dalam laman sistem aplikasi permohonan |
SISTEM APLIKASI eSPTV – PERMOHONAN KV & SMT | ||||
PERMOHONAN KV & SMT
|
Sebarang maklumat lanjut, pemohon disarankan melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan, https://www.moe.gov.my |
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi : Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia Hubungi 03-80008000 atau (u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094) |
Bil | Perkara | Tarikh | Tindakan / Nota | ||||
1. | Sistem permohonan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) dibuka dan ditutup | 7 September 2020 hingga 2 Oktober 2020 | Pemohon | ||||
2. | Pelaksanaan PKSK | 15 – 26 Februari 2021 | Pemohon | ||||
3. | Semakan keputusan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) | Pemohon murid Aliran Perdana, semakan tawaran boleh dibuat secara online di laman sesawang KPM· Bagi murid Aliran PAV, surat tawaran akan diserahkan kepada guru SMK PAV oleh KV yang terlibat | |||||
4. | Pendaftaran Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS 2020 (Aliran Perdana) | Pemohon Aliran Perdana | |||||
5. | Rayuan / Walk-in Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS 2020 ke mana-mana KV/ SMT/ GIATMARA/ WISDEC | Calon (pemohon rayuan) boleh hadir terus ke institusi yang terlibat atau yang dipohon untuk membuat rayuan bermula pada tarikh yang akan dinyatakan | |||||
6. | Pendaftaran Murid Tingkatan 3 Lepasan PAV 2020 (Aliran PAV) | Pemohon Aliran PAV | |||||
7. | Rayuan / Walk-in Murid Tingkatan 3 Lepasan PAV 2020 ke mana-mana GIATMARA/ WISDEC | Calon (pemohon rayuan) boleh hadir terus ke institusi yang terlibat atau yang dipohon untuk membuat rayuan bermula pada tarikh yang akan dinyatakan | |||||
Walk-in / rayuan adalah bergantung kepada kekosongan tempat dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid |
Info Berkaitan |