Berikut adalah harga bayaran keseluruhan Pembelajaran dan Latihan untuk mendapatkan lesen memandu bagi kategori kelas lesen motosikal atau kereta pada tahun ini (2021) berdasarkan struktur kadar harga yuran pembelajaran dan latihan pemanduan di Institut Memandu
Individu yang sudah mencapai umur 16 tahun (melepasi usia tersebut mengikut tarikh lahir) dan ke atas boleh mendapatkan lesen motosikal B2 ataupun superbike BFull kuasa 500cc
Manakala bagi individu yang mahu mendapatkan lesen memandu kereta sama ada transmisi automatik ataupun manual hendaklah mencapai umur 17 tahun (melepasi usia tersebut mengikut tarikh lahir) dan ke atas
Sementara, individu yang berhasrat ingin memohon lesen E (bas/lori) haruslah berumur 21 tahun (melepasi usia tersebut mengikut tarikh lahir) dan ke atas
HARGA TERKINI BUAT LESEN MEMANDU KERETA ATAU MOTOSIKAL TAHUN 2021
Berikut adalah harga terkini buat lesen memandu kereta atau motosikal berdasarkan tahun 2020. Kemaskini bagi tahun 2021 akan dibuat dari semasa ke semasa.
Harga keseluruhan struktur kadar yuran pembelajaran dan latihan pemanduan serta harga pakej yang ditawarkan oleh Institut Memandu bagi mendapatkan lesen motosikal ataupun kereta adalah masih berbeza mengikut Institut Memandu di setiap negeri |
Disebabkan perbezaan harga yang ditawarkan oleh Institut Memandu, MYsumber tidak dapat memberikan maklumat harga keseluruhan struktur kadar yuran pembelajaran dan latihan pemanduan bagi mendapatkan lesen motosikal ataupun kereta secara tepat |
Bagaimanapun, maklumat harga anggaran dapat disertakan berdasarkan tinjauan (survey) yang telah dibuat |
KELAS LESEN MOTOSIKAL DAN KERETA | |
Kategori | Kelas |
Lesen Motosikal Tidak Melebihi 250 cc | B2 |
Lesen Motosikal Melebihi 500 cc | B |
Lesen Kereta Transmisi Manual | D |
Lesen Kereta Transmisi Automatik | DA |
ANGGARAN KADAR BAYARAN YURAN AMBIL LESEN KERETA ATAU MOTOSIKAL |
Berikut adalah anggaran kadar bayaran yuran keseluruhan untuk mengambil lesen kereta atau motosikal mengikut Kelas |
Sebagai makluman, harga maksimum (harga munasabah) adalah tidak melebihi RM450 (lesen motosikal B2), RM1,100 (lesen motosikal B), RM1,300 (lesen kereta D) dan RM1,500 (lesen kereta DA) |
Sekiranya Institut Memandu yang dikunjungi oleh anda menetapkan harga melebihi paras anggaran harga maksimum seperti dinyatakan atau tidak munasabah lebih baik anda membuat tinjauan harga di Institut Memandu lain yang mungkin lebih murah kadar bayarannya |
Kebanyakan Institut Memandu menerima bayaran secara ansuran untuk yuran pembelajaran dan latihan pemanduan mengikut peringkat. Bayaran juga boleh dibuat secara penuh (lump-sum). Manakala tarikh jadual pembelajaran dan latihan boleh dipilih (ditempah) oleh anda sendiri |
ANGGARAN KADAR HARGA YURAN PEMBELAJARAN DAN LATIHAN PEMANDUAN DI INSTITUT MEMANDU | |
Kategori | Harga Anggaran |
Lesen Motosikal Tidak Melebihi 250 cc (B2) | |
Lesen Motosikal Melebihi 500 cc (B) | |
Lesen Kereta Transmisi Manual (D) | |
Lesen Kereta Transmisi Automatik (DA) | |