Tarikh mula puasa bulan Ramadhan 2022 di Malaysia

Tarikh Puasa Bulan Ramadan Malaysia

Seluruh umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini (2022) mulai pada tarikh 3 April 2022 (Masihi) Bersamaan 1 Ramadhan 1443 (Hijrah)

Pemakluman berhubung dengan perkara ini adalah berdasarkan rujukan MYsumber terhadap tarikh-tarikh penting dalam Islam terbitan Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tahun 2022 Masihi / 1443-1444 Hijrah bagi Malaysia

Tarikh penetapan permulaan puasa bulan Ramadhan 2022 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad secara langsung melalui radio dan televisyen sekitar jam 8 malam pada hari yang akan dikemaskini bersamaan 29 Syaaban 1443H

Tarikh Permulaan Puasa Bulan Ramadhan 2022 Di Malaysia 

Menerusi rujukan terhadap senarai tarikh penting dalam Islam yang diterbitkan oleh Panel Pakar Falak Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia seperti di bawah, 1 Ramadhan 1443 Hijrah adalah bersamaan dengan tarikh 3 April 2022

Untuk maklumat kemaskini terkini:

Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2022 / 1443-1444H Malaysia

Tarikh Hijri (1443)Tarikh Masihi (2022)Hari Perayaan / Kebesaran Islam
27 Rejab1 MacIsrak dan Mikraj
1 Ramadhan*3 AprilAwal Ramadhan / Berpuasa
17 Ramadhan19 AprilNuzul Al-Quran
1 Syawal*3 MeiHari Raya Puasa / AidilFitri
1 Zulhijjah1 JulaiAwal Zulhijjah
10 Zulhijjah*10 JulaiHari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharam 144430 JulaiAwal Muharam / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 14449 OktoberMaulidur Rasul

Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan