Siaran Langsung Sukan Olimpik France 2024 & Keputusan Atlet Malaysia

Sukan

Sukan

Maklumat bagi Live Streaming Olympic France 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Live Streaming Olympic Tokyo 2020. Kejohanan sukan paling berprestij di dunia kini kembali bagi edisi ke-32. Acara yang dilangsungkan empat tahun sekali ini akan dianjurkan di Tokyo, Jepun pada tahun 2020. Namun, pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah membuatkan kejohanan ini ditangguhkan ke tahun 2021. Oleh itu, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Siaran Langsung Sukan Olimpik Tokyo 2020 (pautan live) dan Keputusan Atlet Malaysia di kejohanan ini

Temasya Sukan Olimpik edisi ke -32 akan bermula secara rasmi pada 23 Julai 2021 sehingga 8 Ogos 2021. Dengan penyertaan lebih 11,000 peserta daripada 206 buah negara, acara ini pastinya mendapat perhatian penonton dari seluruh pelusuk dunia kerana masih banyak negara yang berada di dalam perintah berkurung atau lockdown bagi mengelakkan penularan COVID-19

Malaysia juga tidak ketinggalan untuk menghantar seramai 30 orang atlet negara untuk bertanding di peringkat tertinggi ini. Pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang sekali lagi akan cuba untuk mendapatkan pingat emas sulung negara dengan bertanding di dalam acara kegemaran beliau iaitu perlumbaan Keirin

Stesen televisyen RTM, Astro Arena dan juga UnifiTV telah mendapat hak untuk menjadi penyiar rasmi Sukan Olimpik Tokyo di Malaysia. Dengan pelbagai cabaran dan norma baharu yang perlu atlet-atlet hadapi pada hari ini, wajar untuk kita berikan sokongan terbaik dengan menonton acara-acara yang bakal memberikan pingat dan kebanggaan buat negara

Tonton Live Streaming Sukan Olimpik Tokyo 2020 & Keputusan Atlet Malaysia

Di bawah adalah informasi terkini berkaitan siaran langsung olimpik Tokyo 2020 untuk rujukan peminat sukan tanah air. Jangan lepaskan peluang untuk menonton dan bersorak menyokong kontinjen negara bagi misi membawa pulang sebutir pingat emas berjaya

Cabaran Malaysia di temasya sukan terbesar dunia ini akan bermula Jumaat ini, 23 Julai 2021 dalam acara memanah dengan Syaqiera Mashayikh memulakan bidikan busurnya untuk pusingan ranking individu wanita pada pukul 9 pagi waktu Jepun (8 pagi waktu Malaysia). Ianya kemudian diikuti oleh Khairul Annuar Mohamad untuk pusingan ranking individu lelaki 1 tengah hari waktu Jepun (12 tengah hari waktu Malaysia)

Acara pembukaan dijadualkan pada pukul 8 malam (7 malam waktu Malaysia) Jumaat ini dengan perbarisan pegawai dan atlet dengan jumlah terhad di dalam Stadium Olimpik yang hampir kosong di tengah-tengah kebimbangan terhadap pandemik COVID-19

Siaran Langsung Sukan Olimpik Tokyo 2020

Penonton sukan di Malaysia boleh mengikuti acara-acara yang dipertandingkan di Olimpik Tokyo khususnya yang melibatkan atlet negara secara langsung di televisyen melalui siaran berikut:

1) RTM – Percuma

  • Saluran TV1, TV2, TV Okey dan Sukan RTM (Percuma)
  • Sukan RTM di saluran 111 (HD) TV digital my Freeview

2) Astro – Berbayar dan mengikut pakej 

  • Astro Arena (802 HD & 801)
  • Saluran Khas Olimpik (785, 786, 787, 788, 789, 790, 791, 792, 793, 794)

3) Unifi – Berbayar

  • Saluran unifiSports 1 hingga unifiSports 13

Penonton akan disajikan rancangan highlight secara harian, siaran langsung acara-acara yang dipertandingkan dan juga temubual bersama atlet negara yang bertanding di sana.

Pautan Live Streaming

Temasya Olimpik Tokyo boleh ditonton secara Online menggunakan aplikasi seperti:

Jadual Atlet Malaysia Olympic 2020

*Waktu Malaysia

Jumaat, 23 Julai

  • 8:00am Memanah Recurve Individu Wanita (Ranking Round)- Syaqiera Mashayikh
  • 12:00pm Memanah Recurve Individu Lelaki (Ranking Round) – Khairul Anuar Mohamad

Sabtu, 24 Julai

  • 8:00am Beregu Wanita – Chow Mei Kuan / Lee Meng Yean
  • 9:00am Gimnastik Artistik Lelaki (Kelayakan) – Jeremiah Loo Phay
  • 5:00pm Beregu Lelaki – Aaron Chia / Soh Wooi Yik
  • 6:20pm Beregu Campuran – Chan Peng Soon / Goh Liu Ying
  • 6:44pm Renang 400m Gaya Bebas Lelaki (Heat 2) – Welson Sim

Ahad, 25 Julai

  • 9:00am Gimnastik Artistik Wanita(Kelayakan) – Farah Ann Abdul Hadi
  • 10:20am Beregu Campuran – Chan Peng Soon / Goh Liu Ying
  • 11:05am Pelayaran Laser Wanita (Race 1-2) – Nur Shazrin Mohd Latif
  • 1:35pm Pelayaran Laser Lelaki (Race 1-2) – Khairulnizam Mohd Afendy
  • 5:40pm Perseorangan Lelaki – Lee Zii Jia
  • 6:17pm Renang 200m Gaya Bebas Lelaki (Heat 2) – Welson Sim
  • 6:20pm Beregu Wanita – Chow Mei Kuan / Lee Meng Yean
  • 6:37pm Renang 100m Kuak Dada (Heat 2) – Phee Jinq En

Isnin, 26 Julai

  • Perseorangan Lelaki – Lee Zii Jia
  • Perseorangan Wanita – Soniia Cheah
  • Beregu Lelaki – Aaron Chia / Soh Wooi Yik
  • Beregu Wanita – Chow Mei Kuan / Lee Meng Yean
  • 11:05am Pelayaran Laser Lelaki (Race 3-4) – Khairulnizam Mohd Afendy
  • 1:35pm Pelayaran Laser Wanita (Race 3-4) – Nur Shazrin Mohd Latif

Selasa, 27 Julai

  • 9.40am Beregu Wanita – Chow Mei Kuan / Lee Meng Yean
  • 11:05am Pelayaran Laser Wanita (Race 5-6) – Nur Shazrin Mohd Latif
  • 11:15am Pelayaran Laser Lelaki (Race 5-6) – Khairulnizam Mohd Afendy
  • 12.57pm Memanah Recurve Individu Wanita (1/32) – Syaqiera Mashayikh
  • 1:00pm Perseorangan Wanita – Soniia Cheah Vs Laura Sarosi (Cancelled)
  • 2:00pm Terjun 10m Platform Seirama Wanita – Pandelela Rinong Pamg, Leong Mun Yee
  • 7:00pm Beregu Lelaki – Aaron Chia / Soh Wooi Yik

Rabu, 28 Julai

  • 8.43am Memanah Recurve Individu Lelaki (1/32) – Khairul Anuar Mohamad vs A. Vikstrom (Finland). Round 1/16 : Vs DP Wang (China)
  • 10.40am Perseorangan wanita Soniia Cheah vs Ratchanok Ithanon
  • 1:50pm Pelayaran International 470 Wanita – Nuraisyah Jamil, Juni Karimah Noor Jamali
  • 6:34pm Renang 200m Kuak Dada (Heat 1) – Phee Jinq En
  • 7:40pm Perseorangan Lelaki – Lee Zii Jia vs Brice Leverdez

Khamis, 29 Julai

  • 6:30am Golf Individu Lelaki (Round 1) : Gavin Green
  • 9:35am Beregu Lelaki Suku Akhir – Aaron Chia / Soh Wooi Yik vs GIDEON Marcus Fernaldi/ SUKAMULJO Kevin Sanjaya (INA) :
  • 11:05am Pelayaran International 470 Wanita (Race 3-4) – Nuraisyah Jamil, Juni Karimah Noor Jamali
  • 11:05am Pelayaran Laser Wanita (Race 7-8) – Nur Shazrin Mohd Latif
  • 11:15am Pelayaran Laser Lelaki (Race 7-8) – Khairulnizam Mohd Afendy
  • 6:15pm Single Lelaki Round of 16 – Lee Zii Jia Vs Chen Long (CHN):

Jumaat, 30 Julai

  • 6:30am Golf Individu Lelaki (Round 2) : Gavin Green
  • 8:07am Olahraga 100m Pecut Wanita (Preliminary Round Heat 2) : Azreen Nabila Alias
  • 8:15am Olahraga Lompat Tinggi Lelaki (Kelayakan) : Lee Hup Wei
  • 11:05am Pelayaran Laser Wanita (Race 9-10) – Nur Shazrin Mohd Latif
  • 11:15am Pelayaran International 470 Wanita (Race 5-6) – Nuraisyah Jamil, Juni Karimah Noor Jamali
  • 11:55am Olahraga 100m Pecut Wanita (Round 1 Heat 6) : Azreen Nabila Alias
  • 1:35pm Pelayaran Laser Lelaki (Race 9-10) – Khairulnizam Mohd Afendy
  • 2:00pm Terjun 3m Papan Anjal Wanita Individu Kelayakan : Nur Dhabitah Sabri & Ng Yan Yee
  • 6:00pm Beregu Lelaki Separuh Akhir – Aaron Chia / Soh Wooi Yik vs Li Jun Hui/ Liu Yu Chen (CHN)

Sabtu, 31 Julai

  • 6:30am Golf Individu Lelaki (Round 3) : Gavin Green
  • 8.56am Memanah Recurve Individu Lelaki (1/8) – Khairul Anuar Mohamad vs Kim Woojin (Korea Selatan)
  • 11:00am Menembak 50m Rifle 3 Position Wanita : Nur Suryani
  • 2:00pm Terjun 3m Papan Anjal Wanita Individu Semi Final : Nur Dhabitah Sabri
  • 6:40pm Beregu Lelaki Penentuan Pingat Gangsa – Aaron Chia / Soh Wooi Yik vs Mohammad Ahsan/ Hendra Setiawan (INA):

Ahad, 1 Ogos

  • 6:30am Golf Individu Lelaki (Round 4) : Gavin Green
  • 11:05am Pelayaran International 470 Wanita (Race 7-8) : Nuraisyah Jamil, Juni Karimah Noor Jamali
  • 2:00pm Terjun 3m Papan Anjal Wanita Individu Final : Nur Dhabitah Sabri

Isnin, 2 Ogos

  • 11:05am Pelayaran International 470 Wanita (Race 9-10) : Nuraisyah Jamil, Juni Karimah Noor Jamali

Rabu, 4 Ogos

  • 6:30am Golf Individu Wanita (Round 1) : Kelly Tan
  • 2:00pm Terjun 10m Platform Individu Wanita (Kelayakan) : Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong
  • 2:30pm Berbasikal Trek Sprint Lelaki (Kelayakan) : Azizulhasni Awang & Shah Firdaus Sahrom
  • 3:35pm Berbasikal Trek Sprint Lelaki (1/32 & 1/16) : Azizulhasni Awang & Shah Firdaus Sahrom

Khamis, 5 Ogos

  • 6:30am Golf Individu Wanita (Round 2) : Kelly Tan
  • 9:00am Terjun 10m Platform Individu Wanita (Semi Final) : Pandelela Rinong
  • 2:00pm Terjun 10m Platform Individu Wanita (Final) : Pandelela Rinong
  • 2:48pm Berbasikal Trek Sprint Lelaki (1/8) : Azizulhasni Awang & Shah Firdaus Sahrom

Jumaat, 6 Ogos

  • 6:30am Golf Individu Wanita (Round 3) : Kelly Tan

Sabtu, 7 Ogos

  • 6:30am Golf Individu Wanita (Round 4) – Kelly Tan
  • 2:53pm Berbasikal Trek Keirin Lelaki (Round 1) – Heat 2 Shah Firdaus Sahrom
  • 2:58pm Berbasikal Trek Keirin Lelaki (Round 1) – Heat 3 Azizulhasni Awang
  • 3:19pm Berbasikal Trek Keirin Lelaki (Round 1 Repechages) – Heat 1 Shah Firdaus Sahrom

Ahad, 8 Ogos

  • 9:29am Berbasikal Trek Keirin Lelaki (Suku Akhir) – Azizulhasni Awang (Heat 3) & Shah Firdaus Sahrom (Heat 2)
  • 10:14am Berbasikal Trek Keirin Lelaki (Separuh Akhir) – Azizulhasni Awang (Heat 2)
  • 11:00am Berbasikal Trek Keirin Lelaki (Separuh AkhirFinal) – Azizulhasni Awang

**Akan dikemaskini

Keputusan Atlet Malaysia Di Sukan Olimpik Tokyo 2020

Keputusan bagi acara sukan yang disertai oleh kontinjen Malaysia akan dikemaskini mengikut jadual tarikh diadakan.

Ringkasan Keputusan Atlet Malaysia

AcaraAtletKeputusan

Memanah

Recurve IndividuKhairul Anuar Mohamad23/7 : 661 mata pada pusingan kelayakan recurve individu lelaki dan menduduki ranking ke 20. Layak ke 1st round recurve individu bertemu Antti Vikstrom (Finland).
28/7 – Pusingan 1/32 eliminations : Menang 6-5 vs Antti Vikstrom (Finland)

Pusingan 1/16 eliminations : Menang 6-5 vs DP Wang (China)
31/7 : 1/8 eliminations vs Kim Woojin (Korea Selatan). Tewas 0-6
Recurve IndividuSyaqiera Mashayikh23/7 : Rekod 630 mata pada pusingan kelayakan recurve individu wanita dan menduduki ranking 43 daripada 64 pemanah
27/7 – Tewas 4-6 di pusingan 1/32 eliminations kepada wakil Russia, Elena Osipova

Menembak

50m RifleNur Suryani Mohamed TaibiN0. 34 di kelayakan dengan mata 1142. Gagal ke final

Renang

400m Gaya BebasWelson SimTangga ke 6 Heat 2 dengan catatan masa 3:58.25
200m Gaya BebasWelson SimTangga ke 7 Heat 2 dengan catatan masa 1:49.24
100m Kuak Dada WanitaPhee Jing EnTangga ke 2 Heat 2 dengan catatan masa 1:08.40
200m Kuak Dada WanitaPhee Jing EnTangga ke 8 Heat 1 dengan catatan masa 2:32.57

Terjun

3m Papan Anjal Individu WanitaNur Dhabitah SabriKelayakan : No 10 dari 27 peserta. Semi final : N0. 6 dari 18 peserta. Final : Kedudukan No 4
3m Papan Anjal Individu WanitaNg Yan YeeKelayakan : No 20 dari 27 peserta
10m Platform Seirama WanitaPandelela Rinong & Leong Mun YeeFinal : Tangga ke 8 (terakhir)
10m Platform Individu WanitaPandelela RinongKelayakan : No. 18. Layak ke semi final
10m Platform Individu WanitaCheong Jun HoongKelayakan : No. 24. Gagal ke semi final

Pelayaran

Laser Standard LelakiKhairulnizam Mohd AfendyKedudukan ke 28 keseluruhan
Laser Radial WanitaNur Shazrin LatifKedudukan ke 26 keseluruhan
International 470Nuraisyah Jamil & Juni KarimahKedudukan ke 19 keseluruhan

Gimnastik

All Round WanitaFarah Ann Abdul HadiMenduduki tangga ke 68 daripada 85 peserta. Gagal ke pusingan akhir
All Round LelakiJeremiah Loo Phay XingMenduduki tangga ke 62 daripada 66 peserta. Gagal ke pusingan akhir

Golf

LelakiGavin Kyle GreenR1 (+3), R2 (+1), R3 (-1), R4 (+1) Total +4 untuk kedudukan ke 57 daripada 60 peserta
WanitaKelly TanR1 (+2), R2 (+2), R3 (+1), R4 (-7) Total -2 untuk kedudukan ke 34 daripada 60 peserta

Olahraga

Lompat Tinggi LelakiLee Hup WeiNM (Tiada catatan)
100m WanitaAzreen Nabila AliasPreliminary Round : 11.77s (No 2 Heat 2)
Round 1 : 11.91s (No 7 Heat 6)

Bulu Tangkis

Perseorangan WanitaSoniia CheahKlik Full Result
Beregu WanitaChow Mei Kuan / Lee Meng Yean
Beregu CampuranChan Peng Soon / Goh Liu Ying
Beregu LelakiAaron Chia / Soh Wooi Yik
Perseorangan LelakiLee Zii Jia

Berbasikal

Keirin / Pecut LelakiMuhammad Shah FirdausPecut Lelaki :

  • 4 Ogos (2.30 petang) :
    • Men Sprint Qualifying – No. 23 dengan catatan masa 9.700
    • Pusingan 1/32 Heat 2 : vs Harrie Lareysen (NED). Tewas
    • Pusingan 1/32 Repechages Heat 2. Menang
    • Pusingan 1/16 Heat 3 : vs Jack Carlin (GBR). Tewas
    • Pusingan 1/16 Repechages Heat 3 vs Patryk Rajkowski (POL) : Menang
  • 5 Ogos (2.51 petang) : 
    • Pusingan 1/8 Heat 2 vs Harrie Lareysen (NED): Tewas
    • Pusingan 1/8 Repechages Heat 2 : Kedudukan ke 3, gagal ke suku akhir

Keirin Lelaki

  • 7 Ogos (2.50 petang) :
    • Round 1 Heat 2: DNS
    • Repechages Heat 1 : Kedua, layak ke suku akhir
  • 8 Ogos (9.24 pagi) :
    • Suku Akhir Heat 2: No. 6. Gagal ke semi final
Keirin / Pecut LelakiMohd Azizulhasni AwangPecut Lelaki

  • 4 Ogos (2.30 petang) :
    • Men Sprint Qualifying No. 17 dengan catatan masa 9.626
    • Pusingan 1/32 Heat 8 : vs Jason Kenny (GBR). Tewas
    • Pusingan 1/32 Repechages Heat 1. Menang
    • Pusingan 1/16 Heat 4 : vs Nicholas Paul (TTO). Tewas
    • Pusingan 1/16 Repechages Heat 4 vs Nick Wammes (CAN): Menang
  • 5 Ogos (2.48 petang) : 
    • Pusingan 1/8 Heat 1 vs Jeffrey Hoogland (NED): Tewas
    • Pusingan 1/8 Repechages Heat 1 : Kedudukan ke 2, gagal ke suku akhir

Keirin Lelaki

  • 7 Ogos (2.50 petang) :
    • Round 1 Heat 3: No 1, layak ke suku akhir
  • 8 Ogos (9.24 pagi) :
    • Suku Akhir Heat 3: No. 2
    • Separuh Akhir Heat 2: No. 1
    • Final : No. 2 Pingat Perak

Diharapkan semua peminat sukan tanah air dapat mengikuti Siaran Langsung Sukan Olimpik Tokyo 2020 sekaligus menyokong atelet yang bertanding demi negara

Related : bola baling, 2 ogos, 24 julai, lawan pedang, bola sepak

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan