Sukan Olimpik 2020 di Tokyo (Tokyo 2020) yang ditangguhkan sebelum ini akan membuka tirai kejohanan bermula pada tarikh 23 Julai 2021 dan melabuhkah tirai kejohanan pada 8 Ogos 2021 mengikut tarikh di Malaysia
Malaysia adalah antara negara yang menghantar atlet ke kejohanan sukan terbesar dunia ini. Pada temasya Olimpik 2020, Malaysia akan menghantar seramai 30 orang atlet dan akan bertanding dalam 10 acara sukan yang berjaya disertai
Olimpik 2020, harapan utama seluruh rakyat Malaysia bagi meraih pingat emas negara di kejohanan ini tentunya pada jaguh berbasikal negara iaitu Azizulhasni Awang. Beliau akan bertanding dalam acara kegemarannya iaitu Keirin dan juga pecut lelaki. Selain itu, bintang muda bulu tangkis negara, Lee Zii Jia turut memberikan harapan setelah memenangi kejohanan All England baru-baru ini.
Selain bulu tangkis dan berbasikal, atlet Malaysia turut bertanding dalam acara memanah, terjun, golf, pelayaran, menembak, renang, gimnastik dan olah raga. Berikut merupakan acara sukan yang disertai atlet Malaysia pada Olimpik 2020.
Sukan Olympics 2020 Tokyo Jepun | |
Upacara Majlis Pembukaan Rasmi Sukan Olimpik Tokyo Jepun 2020 | 23 Julai 2021 |
Upacara Majlis Penutupan Rasmi Sukan Olimpik Tokyo Jepun 2020 | 8 Ogos 2021 |
Senarai Nama Atlet Malaysia Sukan Olimpik Tokyo Jepun 2020 | ||
Sukan | Atlet | Acara / Kategori |
Gimnastik | Farah Ann Abdul Hadi | All-Round Wanita |
Jeremiah Loo Phay Xing | All-Round Lelaki | |
Berbasikal | Mohd Azizulhasni Awang | Keirin & Pecut Lelaki |
Muhammad Shah Firdaus Shahrom | Keirin & Pecut Lelaki | |
Bulu Tangkis | Lee Zii Jia | Perseorangan Lelaki |
Aaron Chia | Beregu Lelaki | |
Soh Wooi Yik | Beregu Lelaki | |
Chan Peng Soon | Beregu Campuran | |
Goh Liu Ying | Beregu Campuran | |
Soniia Cheah | Perseorangan Wanita | |
Chow Mei Kuan | Beregu Wanita | |
Lee Meng Yean | Beregu Wanita | |
Golf | Gavin Kyle Green | Lelaki |
Kelly Tan | Wanita | |
Memanah | Khairul Anuar Mohamad | Recurve Individu Lelaki |
Syaqiera Mashayikh | Recurve Individu Wanita | |
Menembak | Nur Suryani Mohamed Taibi | 50m Rifle 3 Positions Wanita |
Olahraga | Lee Hup Wei | Lompat Tinggi Lelaki |
Azreen Nabila Alias | 100m Wanita | |
Pelayaran | Khairulnizam Mohd Afendy | Laser Standard Lelaki |
Nur Shazrin Latif | Laser Radial Wanita | |
Nuraisyah Jamil & Juni Karimah Noor Jamali | 470 Wanita | |
Renang | Welson Sim Wee Sheng | 200m, 400m Gaya Bebas Lelaki |
Phee Jing En | 100m, 200m Kuak Dada Wanita | |
Terjun | Ng Yan Yee | 3m Papan Anjal Individu Wanita |
Leong Mun Yee | 10m Platform Seirama Wanita | |
Pandelela Rinong | 10m Platform Individu, 10m Platform Seirama Wanita | |
Cheong Jun Hoong | 10m Platform Individu Wanita | |
Nur Dhabitah Sabri | 3m Papan Anjal Individu Wanita |
SUKAN OLIMPIK 2020 KEDUDUKAN JUMLAH PUNGUTAN PINGAT TERKINI DAN KEPUTUSAN MALAYSIA
Berikut ialah senarai acara yang disertai oleh kontinjen Malaysia dalam Sukan Olimpik edisi 2020 di Tokyo Jepun dan jumlah pungutan atau kutipan pingat Emas, Perak dan Gangsa yang berjaya diraih bagi semua acara hanya melibatkan Atlet Malaysia.
Acara / Sukan | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah Pingat |
Gimnastik | 0 | 0 | 0 | 0 |
Berbasikal | 0 | 1 | 0 | 0 |
Bulu Tangkis | 0 | 0 | 1 | 1 |
Golf | 0 | 0 | 0 | 0 |
Memanah | 0 | 0 | 0 | 0 |
Menembak | 0 | 0 | 0 | 0 |
Olahraga | 0 | 0 | 0 | 0 |
Pelayaran | 0 | 0 | 0 | 0 |
Renang | 0 | 0 | 0 | 0 |
Terjun | 0 | 0 | 0 | 0 |
Jumlah Keseluruhan | 0 | 1 | 1 | 2 |
Kedudukan Ranking Negara Mengikut Jumlah Keseluruhan Pungutan Pingat Bagi Malaysia | ||||
No | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
1. USA | 39 | 41 | 33 | 113 |
2. China | 38 | 32 | 18 | 88 |
3. Jepun | 27 | 14 | 17 | 58 |
4. Great Britain | 22 | 21 | 22 | 65 |
5. ROC (Russia) | 20 | 28 | 23 | 71 |
74. Malaysia | 0 | 1 | 1 | 2 |
*Kedudukan setakat jam 900pm, 8 Ogos 2021 (Hari Ahad)