Sukan SEA 2023 carta kedudukan pungutan pingat Malaysia terkini

sukan sea kemboja 2023

sukan sea kemboja 2023

Temasya Sukan SEA ke-32 Kemboja, (Kemboja 2023 32th SEA Games) secara rasminya berlangsung bermula 5 Mei 2023 hingga 17 Mei 2023 dengan memperlihatkan Kontinjen negara kini sudah bersedia menghadapi cabaran dalam acara sukan dwi-tahunan ini dengan mensasarkan kutipan lebih 40 pingat emas

Dalam pada itu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah mengumumkan sasaran kontinjen Malaysia yang akan dihantar pada Sukan SEA ke-32 adalah seramai 677 atlet dan pegawai (677 atlet dan 237 pegawai), jumlah yang sedikit jika dibandingkan dengan edisi sebelum ini

Majlis Olimpik Malaysia, berkata jumlah saiz kontinjen negara yang dihantar ke Sukan SEA Kemboja ini menjadi penyertaan ketiga terbesar kontinjen Malaysia di luar negara berbanding Sukan Sea 2007 Korat, Thailand dan Sukan Sea edisi 2019 Filipina

Daripada 37 jenis sukan yang dipertandingkan di temasya sukan ini, kontinjen Malaysia dijadual untuk menyertai sebanyak 34 sukan. Tiga jenis sukan yang tidak disertai adalah bola baling, gusti dan vovinam.

Cabaran besar bakal dihadapi oleh Malaysia dan juga negara-negara lain kerana pada temasya Sukan SEA di Kemboja kali ini, tuan rumah menggugurkan beberapa acara yang dikenali sebagai lubuk emas bagi kontinjen Malaysia sebelum ini

Info Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Kemboja 2023
Logo – Reka bentuk logo temasya Sukan SEA 2023 telah dipersembahkan di hadapan Majlis Olimpik Asia (OCA). Ia diinspirasikan daripada Seni warisan Angkor Wat dan sejarah-sejarah di Kemboja. Warna emas dipilih sebagai warna utama logo untuk melambangkan kemajuan yang berterusan dalam kekayaan, kesihatan dan kebahagiaan negera Kemboja.

Naga berada dalam logo kerana ia adalah pelindung dan memberikan kestabilan bagi negara Kemboja. Empat naga berwarna hijau, merah, merah, biru dan kuning, yang disatukan sebagai satu, menandakan perpaduan dan kepelbagaian dalam masyarakat Asia Tenggara. Empat warna tersebut mewakili kepelbagaian Komuniti Asia Tenggara yang bersatu sebagai satu melalui empat naga.

Logo sukan sea 2023
Maskot – Maskot yang diberi nama Borey & Romdoul yang merupakan dua ekor arnab berpakaian busana tradisional Bokator
maskot-sukan-sea-2023
Tema – Tema dan moto yang dipilih untuk temasya Sukan SEA Kemboja 2023 adalah Sports Live In Peace
Upacara PembukaanUpacara Penutup
5 Mei 202317 Mei 2023
Dirasmikan OlehRaja Kemboja
Penyertaan Negara (11)11 negara
Jumlah Penyertaan Atlet Malaysia677 atlet (403 wanita dan 274 lelaki)
Jumlah Acara Sukan Dipertandingkan608 acara dari 37 jenis sukan
Jumlah Sasaran Pingat Emas Malaysia40 pingat emas

Carta Senarai Kedudukan Dan Jumlah Pungutan Pingat Emas Perak Gangsa Malaysia Sukan SEA 2023

Berikut adalah senarai acara sukan disertai oleh barisan Atlet Malaysia dengan jumlah pungutan / kutipan pingat emas, perak dan gangsa yang berjaya diraih pada Sukan SEA 2023

SukanEmasPerakGangsaJumlah
Olahraga531119
Pencak Silat45413
Karate42410
Acara Terjun4217
Taekwondo3238
Wushu22610
Billiards/ Snuker2225
Pelayaran2147
Hoki Padang2002
Renang1348
Petanque1135
Golf1124
Berbasikal
1225
Sepak Tinju
1012
Hoki Dewan0202
Ping Pong0325
Obstacle Race0134
Badminton
0235
Sepak Takraw/ Chinlone0448
Kriket0336
e-sports0224
Catur Xiangqi0123
Lumba Bot Tradisional0123
Gimnastik0055
Lawan Pedang0033
Tenis0022
Floorball0022
Jiujitsu0011
Kun Khmer0055
Triathlon/ Duathlon 00 0 
Finswimming
0011
Bola Keranjang
0011
Tinju
0033
Bola Sepak
0000
Judo
0022
Angkat Berat0011
Bola Tampar Dewan0000
Dancesport1001
Catur Ouk Chaktrang0000
Jumlah Keseluruhan Pingat344596175

Kedudukan Terkini Malaysia Dalam Carta Senarai Negara Bagi Jumlah Pungutan Pingat Keseluruhan

Kedudukan pingat di bawah dikemaskini setakat Hari Rabu, 17 Mei 2023, 1045PM

Pos.NegaraEmasEmasGangsaJumlah
1.Vietnam136105118359
2.Thailand10896108312
3.Indonesia8780109276
4.Kemboja8174127282
5.Filipina5885117260
6.Singapura514364158
7.Malaysia344596175
8.Myanmar212568114
9.Laos6226088
10.Brunei2169
11.Timor Leste0088
JUMLAH5845768812041
Petunjuk
Pingat Emas
Pingat Perak
Pingat Gangsa
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan