Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun 1443H/ 2022M akan berlangsung bermula tarikh 9 hingga 17 Jun 2022 bersamaan dengan 9 hingga 17 Zulkaedah 1443H dengan tema “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”
Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran kali ke 64 akan diadakan di Johor Bahru, Johor. Seramai 29 orang peserta yang diwakili oleh qari dan qariah yang akan bertanding dalam kategori Majlis Tilawah Al-Quran
Untuk kategori menghafaz al-Quran, seramai 81 peserta yang berumur diantara 7 hingga 25 tahun akan bertanding dalam tiga kategori yang dipertandingkan
Siaran Langsung Majlis Tilawah Al-Quran 2022 Peringkat Kebangsaan
Kategori Menghafaz Al-Quran
Kategori Pertama = Juzuk 1 hingga 10 (14 lelaki dan 14 wanita)
Kategori Kedua = Juzuk 1 hingga 20 (14 lelaki dan 14 wanita)
Kategori Ketiga = Juzuk 1 hingga 30 (14 lelaki dan 14 wanita)
Semua peserta kategori tilawah adalah diwajibkan untuk membaca al-Quran secara bertaranum dengan dua (2) jenis lagu yang ditetapkan secara berturut-turut dan ianya hanya akan diketahui oleh peserta ketika proses pengundian ayat
Senarai hadiah untuk pemenang Qari dan Qariah adalah seperti berikut :-
Hadiah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-64
- Johan Qari dan Qariah akan menerima wang tunai: RM15,000, tambahan tunai RM10,000 untuk menunaikan ibadah haji, piala iringan dan cenderamata serta sijil penyertaan
- Naib johan qari dan qariah akan menerima wang tunai RM10,000, tambahan tunai RM10,000 untuk menunaikan ibadah haji, cenderamata dan sijil penyertaan
- Tempat ketiga, mereka akan menerima wang tunai RM7,500, tambahan tunai RM10,000 untuk menunaikan ibadah haji, cenderamata dan sijil penyertaan serta hadiah saguhati iaitu wang tunai RM3,000, cenderamata dan sijil penyertaan
TV Al Hijrah akan menyiarkan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan secara langsung bermula jam 8.30 malam sepanjang tarikh program Tilawah Al-Quran berlangsung. Selain itu, MTHQK juga akan disiarkan secara langsung menerusi RTM serta beberapa stesen radio seperti Nasional FM dan IKIM FM pada pukul 8.30 malam sehingga 11 malam
Untuk menonton program Tilawah Al-Quran secara online di internet boleh membuat demikian dengan merujuk kepada info berikut
Program: Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-64
Tarikh: 12 hingga 18 Jun 2022
Masa: Jam 8.30 malam
Siaran Langsung: TV AlHijrah
Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan #MTHQK 2022
Keputusan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2022
Johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-64