Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe, Harimau Malaya kini dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk kelayakan ke Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023. Setelah tewas dalam dua perlawanan terakhir sebelum ini, Malaysia akan bertemu seteru tradisi iaitu Thailand yang dijadualkan berlangsung pada 16 jun 2021 bertempat di Stadium Al Maktoum, Dubai
Perlawanan ini dijangka merupakan satu laluan yang sukar buat skuad negara kerana perbezaan ranking dunia Thailand jauh kehadapan berbanding Malaysia. Terkini, Thailand menghuni ke-106 dunia berbanding Malaysia yang menghuni tangga ke-153 dunia
Kali terakhir Malaysia bertemu Thailand adalah pada dua tahun lalu. Pada perlawanan itu Malaysia berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan dua berbalas satu gol. Namun begitu, skuad Gajah Putih dijangka akan menampilkan barisan pemain terbaik. Antara pemain bintang yang harus diberi tumpuan ialah Adisak Kraisorn dan Supachai Chaided yang dijangka akan menjadi tonggak untuk merobek gawang Malaysia
Oleh itu, percaturan pemain dan strategi yang terbaik perlu dilaksanakan oleh pasukan Harimau Malaya bagi menundukkan skuad Gajah Putih sekali lagi. Kudrat duo serangan Malaysia, Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh diharap dapat mempamerkan aksi sebenar dalam perlawanan ini bagi memastikan Malaysia mendapat kemenangan.
Keputusan Kelayakan Piala Dunia 2022 Malaysia Vs Thailand
Buat masa ini, pasukan Malaysia berada pada tangga keempat kumpulan G, dengan tiga kemenangan dan empat kekalahan berbanding Thailand yang berada di tangga ketiga kumpulan dengan sembilan mata dari tujuh perlawanan
Justeru, perlawanan peringkat kumpulan yang keempat ini amat penting bagi Malaysia bagi memperbaiki kedudukan dalam kumpulan G
Keputusan Terkini Malaysia VS Thailand 16.6.2021 Kelayakan Piala Dunia 2022
Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 di antara pasukan Malaysia menentang Thailand berlangsung di Stadium Al Maktoum pada jam 12:45 pagi waktu Malaysia, Rabu dan akan disiarkan secara langsung di Astro Arena dan RTM 1
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan keempat Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 diantara Malaysia lawan (lwn) Thailand yang akan dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh
Malaysia | 1 – 0 | Thailand |
Safawi Rasid 52′ (Pen) | 12.45 AM | . |
Kesebelasan Pemain Malaysia Vs Thailand 16.6.2021 Kelayakan Piala Dunia 2022
MALAYSIA: 21. Khairulazhan Khalid (GK); 4. Syahmi Safari, 5. Cools, 7. Aidil Zafuan Abd Radzak (C), 2. Matthew Davies; 15. Brendan Gan, 8. Nor Azam Abdul Azih, 12. Nazmi Faiz; 16. De Paula, 18. Arif Aiman, 19. Akhyar Rashid.
Subs: 1. Farizal Marlias (GK), 23. Somerville (GK), 3. Rizal Ghazali, 14. Adam Nor Azlin, 9. Norshahrul Idlan Talaha, 10. Liridon, 6. Dominic Tan, 11. Safawi Rasid, 13. Luqman Hakim, 17. Irfan Zakaria, 20. Syafiq Ahmad
THAILAND: 1. Chatchai (GK), 3. Sathaporn, 4. Manuel Bihr, 7. Supachok Sarachat, 8. Thitiphan (C), 10. Thanawat, 12. Ernesto, 13. Jaroensak, 15. Narubadin Weerawatnodom, 16. Phitiwat, 17. Suphanat.
Subs: 23. Siwarak (GK), 2. Suphan, 5. Pansa Hemviboon, 6. Sarach, 9. Adisak 11. Peeradol, 14. Nattawut, 18. Ekanit, 19. Tristan Do, 20. Jakkaphan, 21. Sumanya, 22. Suphacai
Info Berkaitan