Zakat Fitrah amat besar kesannya dalam kehidupan kita kerana Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam
Selain memenuhi keperluan jiwa seseorang yang berpuasa, kewajipan menunaikan Zakat Fitrah yang dilaksanakan di bulan Ramadhan adalah bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya
Hukum membayar Zakat Fitrah adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka (golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak) dan mampu mengeluarkannya pada waktunya
Terlupa Membayar Zakat Fitrah Dan Apa Perlu Buat
Sekiranya terlupa menunaikan Zakat Fitrah pada Ramadhan tahun ini selepas batas waktu terakhir yang ditetapkan maka jangan pula bertangguh atau menunggu hingga Ramadhan tahun depan kerana hukumnya berdosa, maka dengan itu wajib qadha zakat fitrah walaupun telah lewat daripada waktu yang ditentukan dan segera menunaikannya kepada golongan yang berhak menerimanya
Peringatan Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Harus – bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan
Wajib – selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan
Afdhal – selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri
Makruh – selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari
Haram – selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri
Lafaz Akad Zakat Fitrah
Diri sendiri : Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala
Diri sendiri dan tanggungan : Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala
Sebagai Wakil : Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada tahun ini kerana Allah Ta’ala