Senarai Menteri Besar dan Ketua Menteri seluruh negeri di Malaysia

Informasi

Informasi

Setelah episod pergolakan politik yang melanda negara bermula 23 Februari 2020, Yang di-Pertuan Agong telah menamatkannya dengan melantik Tan Sri Muhyidin bin Md Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu. Sebelum itu Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah mengumumkan keluar dari Pakatan Harapan (PH) beserta beberapa ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipecat dan keluar parti menyebabkan kerajaan PH tumbang

Kini, kerajaan telah diterajui dengan gabungan politik baharu yang diberi nama Perikatan Nasional. Ianya terdiri daripada Bersatu, Barisan Nasional, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Berikutan itu, pentadbiran kerajaan negeri turut terkesan dengan perubahan yang berlaku di kerajaan persekutuan. Ianya termasuklah beberapa negeri yang dahulunya ditadbir oleh Pakatan Harapan kini telah beralih kuasa

Oleh itu, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Perikatan Nasional telah mengambil alih pentabiran bagi kerajaan negeri Perak, Melaka, Perlis, Pahang, Sarawak, Sabah dan Johor. PH masih mengekalkan pentadbirannya di Negeri Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Negeri Sembilan. PAS juga masih memerintah di Kelantan dan Terengganu

Susulan berakhirnya episod politik yang dialami negara, berikut adalah senarai Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk setiap negeri di Malaysia yang memaparkan maklumat Negeri, Nama MC/ CM dan Parti. Ianya juga akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan

Senarai Nama Menteri Besar & Ketua Menteri 

NEGERI NAMA PARTI
jata perlis  PERLISDato’ Seri Azlan ManUMNO
jata kedah  KEDAHTuan Haji Muhammad Sanusi Bin Md NorPAS
 jata pulau pinang PULAU PINANGChow Kon YeowDAP
jata perak  PERAKDato’ Saarani Bin MohamadUMNO
jata selangor SELANGORDato’ Seri Amirudin ShariParti Keadilan Rakyat (PKR)
jata negeri sembilan NEGERI SEMBILANDato’ Seri Haji Aminuddin HarunParti Keadilan Rakyat (PKR)
jata melaka MELAKADatuk Hj. Sulaiman Bin Md. AliUMNO
 jata johor JOHORDatuk Ir. Haji Hasni Bin Haji MohammadUMNO
jata pahang PAHANGDatuk Seri Wan Rosdy Wan IsmailUMNO
jata terengganu TERENGGANUDato’ Seri Dr Ahmad Samsuri MokhtarPAS
 jata kelantan KELANTANDato’ Haji Ahmad Bin YakobPAS
jata sarawak SARAWAKDatuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman ZohariParti Pesaka Bumiputera Bersatu
jata sabah SABAHDatuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji NoorBERSATU

Nota

* Ketua Menteri Sarawak dipilih selepas Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak tahun 2017

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan