Jadual Waktu Tarikh Peperiksaan UPSR 2020 Tahun 6

Sekolah

Sekolah

Murid Tahun 6 akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada sekitar bulan September. Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM) akan mengeluarkan perincian jadual waktu peperiksaan UPSR untuk tahun 2020 yang boleh dimuat turun oleh pelajar dalam format PDF

Jadual waktu peperiksaan UPSR yang diterbitkan memaparkan jadual waktu serta garis panduan dan arahan peperiksaan bertulis UPSR yang boleh dibuat panduan dan rujukan buat semua calon sekolah di seluruh negeri di Malaysia

Pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), antara sekolah terbaik di Malaysia

Jadual Waktu Tarikh Peperiksaan UPSR 2020 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Tahun Enam (6) 

TERKINI:  KPM mengumumkan pada 28 April 2021 bahawa:

  • Pentaksiran Tingkatan 3 PT3 2021 dibatalkan
  • UPSR dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun 2021

KEMASKINI:

Menteri Kanan Pendidikan telah mengumumkan dalam Sidang Media pada 15 April 2020 mengenai persekolahan iaitu:

  • UPSR Dan PT3 Dibatalkan

Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (USPR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2020 dibatalkan

  • SPM, SVM Dan STAM Ditunda

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ditunda kepada suku pertama tahun 2021

  • STPM Semester 2 & 3 Ditunda

Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) diubah kepada bulan Ogos 2020, manakala peperiksaan Semester 3 akan diadakan dalam suku pertama tahun 2021

 

Berikut adalah jadual waktu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2020 yang boleh di muat turun di Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai rujukan.

Arahan AM

1. Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis sama ada kertas peperiksaan objektif aneka pilihan atau kertas peperiksaan subjektif akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan UPSR 2020

2. Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos

3. Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2020 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon

Tarikh Penting Peperiksaan UPSR Tahun 2020

Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

  • Peperiksaan bertulis : Dibatalkan

Tarikh rasmi akan dikeluarkan oleh KPM dan tertakluk kepada sebarang pindaan.

Selain pencapaian akademik, keputusan peperiksaan UPSR turut mengambil kira komponen lain iaitu pentaksiran bilik darjah, pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta pentaksiran psikometrik

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan