Semak Kadar Tol Secara Online Lebuhraya Malaysia

Informasi

Informasi

Terdahulu, Belanjawan 2020 yang telah dibentangkan menjanjikan pelbagai jenis inisiatif dan bantuan seperti Program Subsidi Petrol (PSP) secara bersasar, eTunai Rakyat sebanyak RM30 yang dikreditkan ke eWallet terpilih dan penurunan kadar tol sebanyak 18 peratus. Bantuan yang dilaksanakan ini sudah pasti menarik perhatian rakyat dan menimbulkan persoalan khususnya berkaitan harga tol Lebuh Raya PLUS terkini selepas pengurangan diskaun

Buat makluman semua, penurunan tol sebanyak 18 peratus di semua lebuhraya kendalian PLUS Malaysia Berhad telah berkuatkuasa mulai jam 12 tengah malam pada 1 Februari 2020 (hari Sabtu)

Menurut Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng, pengurangan kadar tol ini adalah langkah berperingkat yang dilaksanakan kerajaan sebagai usaha untuk mencapai matlamat akhir untuk menghapuskan tol secara terus. Langkah yang diambil ini adalah selaras dengan pengumuman yang dibuat pada Belanjawan 2020

Bagi pengurangan tol sebanyak 18 peratus yang baru dilaksanakan ini, diskaun diberikan kepada kategori kenderaan yang merangkumi bas, teksi dan kenderaan penumpang. Dan yang menariknya, kadar ini tidak akan meningkat sehingga tempoh konsesi tamat pada tahun 2058

Walau bagaimanapun, tempoh konsesi di semua lebuh raya PLUS akan dilanjutkan selama 20 tahun dari tahun 2038 ke 2058 susulan dari pengurangan kadar tol yang dibuat. Ianya bagi memastikan PLUS mampu meneruskan penyelenggaraan dan operasi lebuh raya mereka tanpa bergantung kepada kerajaan

Antara lebuhraya yang terlibat pula adalah Lebuhraya Utara Selatan termasuk Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Utara Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH) dan Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) serta kenderaan kelas 2, 3, 4 dan 5 bagi Jambatan Pulau Pinang

Kadar Tol Lebuh Raya PLUS Selepas Pengurangan 18 Peratus (PLUS Highway)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Harga Tol Plus Terkini Selepas Pengurangan sebanyak 18 peratus yang merangkumi lebuhraya, laluan dan plaza tol yang terlibat, kelas kenderaan yang dapat menikmati pengurangan, serta harga tol selepas diskaun. Dikongsikan juga cara untuk semak kadar tol secara online bagi Lebuhraya Malaysia:

TERKINI: Tol Percuma Sempena Tahun Baharu Cina 2023

Kerajaan mengumumkan tol percuma untuk semua kenderaan di seluruh Malaysia pada 20 & 21 Januari 2023 sempena Tahun Baru Cina – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Sumber: Facebook

Cara Semak Kadar Tol Secara Online Bagi Lebuhraya Malaysia

Untuk semak harga tol di setiap lebuhraya di seluruh Malaysia, ikuti langkah berikut:

1. Layari laman sesawang rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia dan pilih bahagian Kalkulator Tol atau seperti pautan berikut:

2. Pilih Lebuhraya yang ingin dilihat kadar tol tersebut. Contohnya: PLUS

3. Untuk lebuhraya dengan sistem tol terbuka atau yang mempunyai bayaran masuk sahaja, pilih Plaza Masuk (Lokasi mula perjalanan atau memasuki tol) dan tekan butang Cari. Kadar tol akan dipaparkan mengikut kelas kenderaan.

4. Bagi lebuhraya sistem tol tertutup, sila pilih Plaza Masuk dan Plaza Keluar (lokasi terakhir untuk keluar tol) dan tekan Cari. Paparan kadar tol yang perlu dibayar serta jarak perjalanan antara 2 tol tersebut akan ditunjukkan.

Informasi

 

Tarikh Penurunan Kadar Tol 18%

  • Tarikh Pelaksanaan Diskaun : 1 Februari 2020

Fakta Penurunan Tol 18 %

Pelaksanaan pengurangan tol ini akan berkuatkuasa bagi semua kenderaan penumpang (kelas 1), teksi (kelas 4) dan bas (kelas 5) serta kekal sehingga tamat konsesi

kelas kenderaan

Kadar harga tol untuk lori (kelas 2 dan 3) akan kekal pada kadar sedia ada dan tidak akan dinaikkan sehingga tamat konsesi PLUS pada tahun 2058

Sebanyak lebih kurang 1.7 juta pengguna PLUS dapat menikmati penjimatan saban hari

Senarai Lebuhraya Yang Mengalami Penurunan Tol 

  1. Lebuhraya Utara Selatan
  2. Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
  3. Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE)
  4. Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA)
  5. Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)
  6. Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
  7. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2)
  8. Jambatan Pulau Pinang (JPP) (Kelas 2, 3, 4 dan 5)

Jadual Bayaran Plaza Tol Kenderaan Kelas 1

Plaza Tol Sistem Tertutup

LALUANHARGA SEMASA (RM)SELEPAS DISKAUN 18% (RM)
Jalan Duta – Juru43.3035.51
Sg. Besi – Skudai40.5033.21
Damansara – KLIA7.406.07
Cheneh – Kuala Terengganu (LPT2)19.7016.15

Plaza Tol Sistem Terbuka

LALUANHARGA SEMASA (RM)SELEPAS DISKAUN 18% (RM)
Mambau (SPDH)3.202.62
Kubang Semang (BKE)1.601.31
Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor)2.902.37

Jadual Bayaran Plaza Tol Kenderaan Kelas 4 

Plaza Tol Sistem Tertutup

LALUANHARGA SEMASA (RM)SELEPAS DISKAUN 18% (RM)
Jalan Duta – Juru21.6017.71
Sg. Besi – Skudai20.2016.56
Damansara – KLIA3.903.20
Cheneh – Kuala Terengganu (LPT2)9.908.08

Plaza Tol Sistem Terbuka

LALUANHARGA SEMASA (RM)SELEPAS DISKAUN 18% (RM)
Mambau (SPDH)3.202.62
Kubang Semang (BKE)0.800.65
Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor)1.401.14

Jadual Bayaran Plaza Tol Kenderaan Kelas 5

Plaza Tol Sistem Tertutup

LALUANHARGA SEMASA (RM)SELEPAS DISKAUN 18% (RM)
Jalan Duta – Juru32.4026.57
Sg. Besi – Skudai30.3024.85
Damansara – KLIA5.604.59
Cheneh – Kuala Terengganu (LPT2)19.7016.15

Plaza Tol Sistem Terbuka

LALUANHARGA SEMASA (RM)SELEPAS DISKAUN 18% (RM)
Mambau (SPDH)6.305.16
Kubang Semang (BKE)1.601.31
Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor)2.301.88

Related : secara online, lebuhraya di malaysia, semak kadar, tol lebuhraya, jalan raya, pilih plaza masuk, kad touch n go, toll fares, kadar bayaran tol, pengguna lebuhraya, dibangunkan oleh lembaga lebuhraya malaysia llm, memudahkan pengguna, semakan harga tol, pembayaran tol, lebuh raya utama, laman web, memulakan perjalanan, salah satu,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan