Permohonan Pegawai Kadet Graduan 2024 Secara Online (Lepasan Ijazah)

Kakitangan Awam

Kakitangan Awam

Dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda, para pelajar bukan sahaja dapat memohon pekerjaan di sektor awam ataupun swasta, malah mereka boleh menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat Master. Di samping itu, mereka juga boleh membuat Permohonan Pegawai Kadet Graduan 2024 Secara Online (Lepasan Ijazah)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuka peluang buat warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan terutamanya calon-calon lepasan Ijazah Sarjana Muda untuk menyertai Skim Pegawai Kadet Lepasan Ijazah yang kemudiannya dapat menjadi salah seorang Pegawai Tentera dalam salah satu perkhidmatan TDM, Laut (TLDM) atau Udara (TUDM)

Buat makluman semua, permohonan ini terbuka kepada calon lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam apa-apa bidang. Permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang secara online atau atas talian. Tarikh permohonan ditutup adalah pada 29 Februari 2024.

Sekiranya calon berjaya menjadi salah seorang yang terpilih, mereka akan dilantik menjadi Pegawai Kadet Lepasan Ijazah yang akan menjalani latihan Pegawai Kadet di Akademi TD (ATD), Kapal DiRaja Sultan Idris 1 (KDSI 1) dan Kolej Tentera Udara (KTU)

Permohonan Pegawai Kadet Graduan (Lepasan Ijazah) Tahun 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Pegawai Kadet Graduan 2024 Secara Online (Lepasan Ijazah) yang merangkumi syarat kelayakan, syarat lantikan, panduan permohonan dan tarikh tutup permohonan.

Tarikh Permohonan 

  • Tarikh Permohonan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah Dibuka: 18 Disember 2023
  • Tarikh Tutup Permohonan: 29 Februari 2024

Syarat Lantikan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah

Syarat lantikan Pegawai Kadet Graduan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Terbuka untuk lelaki dan wanita
  3. Umur 27 tahun atau ke bawah pada 31 Disember 2024
  4. Melepasi Kriteria Fizikal seperti berikut:
    KRITERIA FIZIKAL
    KRITERIA ASASLELAKIWANITA
    Ketinggian Minimum1.62 m1.57 m
    Berat Minimum47.5 kg45.0 kg
    Beza Ukuran Dada Pernafasan5 cm4 cm
    Index Jisim Badan (BMI)18.0 hingga 26.918.0 hingga 26.9
  5. Taraf Kesihatan: Lulus pemeriksaan kesihatan dan pergigian yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM. Calon juga hendaklah mempunyai tahap penglihatan yang baik tanpa kaca mata atau kanta lekap
  6. Saringan COVID-19: Disahkan bebas daripada risiko COVID-19 dan pelu memastikan diri dalam keadaan terbaik
  7. Calon hendaklah mempunyai prestasi akademik seperti berikut:
    • Kelulusan Asas : Lulus SPM/SVM atau kelayakan setaraf. Memperoleh kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik
    • Kelulusan Pengajian Tinggi : Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperolehi keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 (67.5%) ke atas
  8. Bidang/Jurusan: Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) pelbagai bidang/jurusan dari Universiti Awam (UA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  9. Pengesahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA): Kelulusan dari UA dan IPTS dalam serta luar negara perlu mendapatkan pengesahan pengiktirafan akreditasi daripada Malaysian Qualification Agency (MQA) melalui laman sesawang www2.mqa.gov.my/esisraf atau www2.mqa.gov.my/mqr
  10. Sistem PNGK Universiti Luar Negara: Selain mendapatkan pengesahan pengiktirafan akreditasi, pemohon juga harus mendapatkan pengesahan keputusan akademik di peringkat pengajian ijazah pertama mengikut sistem PNGK UA di Malaysia
  11. Temuduga: Calon yang layak akan dipanggil untuk menjalani pemilihan di salah satu pusat pemilihan yang akan dimaklumkan berdasarkan keperluan Perkhidmatan dari semasa ke semasa
  12. Kriteria Pemilihan: Calon akan disaring dan diuji menerusi proses pemilihan berdasarkan Penilaian Lembaga Pemilihan seperti yang telah ditetapkan oleh ATM. Keputusan pemilihan dan temuduga adalah muktamad

Panduan Permohonan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah

Permohonan secara dalam talian hendaklah dilakukan melalui pautan Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah bagi tahun 2024 di pautan berikut:

ATAU,  imbas (scan) barcode menggunakan telefon bimbit anda yang terdapat di iklan permohonan Pegawai Kadet Graduan tahun 2023 di pautan Facebook Cawangan Tenaga Kerja ATM

Maklumat Penting Pentauliahan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah

Berikut dikongsikan maklumat-maklumat penting yang perlu diambil perhatian buat para pemohon:

  • Pelantikan: Calon-calon yang telah terpilih akan dilantik menjadi Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) bagi menjalani Latihan Ketenteraan di pusat latihan setiap Perkhidmatan
  • Pentauliahan: Pegawai Kadet Lepasan Ijazah yang lulus dalam Latihan Ketenteraan akan menerima anugerah Tauliah Jangka Pendek (TJP) dengan Pangkat Leftenan Muda atau setaraf setelah diperkenankan oleh SPB Yang DiPertuan Agong
  • Manfaat seperti gaji, elaun dan kemudahan sebagai Pegawai Kadet adalah berdasarkan Skim Perkhidmatan ATM yang sedang berkuatkuasa

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Permohonan Pegawai Kadet Graduan 2024 Secara Online (Lepasan Ijazah) ini  boleh dirujuk menerusi pautan di bawah atau hubungi nombor telefon seperti berikut:

Telefon : 011-65504585 atau 03-20598133 sambungan 2391/ 5120/ 4524

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan