Senarai terkini peserta Maharaja Lawak Mega 2021 MLM

Hiburan

Hiburan

Program realiti berunsurkan aksi dan komedi terkenal tanah air edisi ke 9 yang dinantikan oleh peminat komedi telah tiba iaitu Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) dengan tema tahun ini (Akan Dikemaskini)

Program Maharaja Lawak Mega musim baharu kini kembali sambil menyaksikan gabungan barisan kumpulan pelawak lama dan baru (solo dan berkumpulan) setelah berehat selama dua tahun serta akan menemui peminat bermula 15 Oktober 2021

Di musim kali ini, satu juri misteri yang juga merupakan salah seorang dari empat juri tetap akan diperkenalkan dan digelar Naga Juri sebagai simbolik kepada karakter MLM. Senarai empat juri tetap akan diumumkan pada minggu pertama MLM2021.

Maharaja Lawak Mega 2021 bakal menampilkan Datuk AC Mizal sebagai pengacara buat kali kesembilan berturut-turut.

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Maharaja Lawak Mega 2021 bersiaran secara langsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada setiap hari Jumaat bermula jam 9 malam turut disiarkan di Saluran Astro Warna HD(107) dan boleh distrim melalui Astro GO dan ‘on demand’

Format pertandingan Maharaja Lawak Mega 2021

Format Maharaja Lawak Mega akan dikemaskini.

Pada musim sebelum ini, sistem pemarkahan dikekalkan dengan format 70 peratus daripada juri tetap dan baki 30 peratus lagi adalah daripada undian penonton melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MLNama Peserta atau ML<3/5/10/20>Nama Peserta untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Undian juga boleh dibuat di platform rakan digital, Gempak di www.gempak.com/maharajalawakmega yang akan dibuka secara rasminya bermula 1 November jam 9 malam

Pelawak Terkenal

Maharaja Lawak Mega tahun ini juga menyaksikan ketiadaan nama-nama pelawak terkenal tanah air seperti Sepahtu, Jozan dan Nabil. Namun ianya diserikan dengan penampilan Achey, Atu, Fad yang pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat. Juga, terdapat kemunculan nama-nama pelawak terkenal tanah air seperti Azlee, Ropie, Ajak, Bell yang mewakili kumpulan masing-masing pastinya akan mempamerkan persembahan bertenaga dan terbaik di sepanjang MLM 2021 kali ini.

Hadiah

Juara MLM 2021 akan membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 manakala naib juara dan tempat ketiga akan dikemaskini

Pada edisi sebelum ini, Juara MLM 2019 membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 manakala naib juara, RM250,000 dan tempat ketiga RM150,000. Tempat keempat dan kelima masing-masing bakal menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan RM15,000 beserta trofi

Jadual Siaran

Bersiaran selama 11 minggu pada setiap Jumaat, pukul 9 malam bermula 15 Oktober 2021 dan disiarkan menerusi saluran Astro Warna HD (107) dan Astro GO serta On Demand

Tema Maharaja Lawak Mega 2021

  • akan diumumkan

Senarai Penuh Peserta MLM 2021 Maharaja Lawak Mega 

Berikut adalah senarai rasmi peserta Maharaja Lawak Mega musim 2021 yang terdiri daripada 32 orang peserta iaitu 11 kumpulan

Peserta berkumpulan

  1. Boro (Achey, Atu dan Fad)
  2. Tiro (Danial, Sharif dan Syaiful)
  3. Puteh (Mamak, Vicha dan Ali)
  4. 3Otak (Phoon Chi Ho, Faarid Azmier dan Prakash Daniel)
  5. R&R (Man dan Rahim)
  6. Tobat (Shuk Sahar, Bell Ngasri dan Ropie)
  7. Otai (Azlee, Ieda Moin dan Acong)
  8. Orix (Yassin, Abu Mamu dan Achok)
  9. Cawan (Aliff, Wan Gegau dan Che Mat)
  10. Bahye (Zahid, Nizam dan Shashic)
  11. Taici (Chiwan, Tapai dan Ilham)
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan