Cara pendaftaran Simpanan Shariah KWSP EPF tukar dari Konvensional

Informasi

Informasi

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan pilihan simpanan persaraan baharunya, Simpanan Shariah dan dibuka untuk pendaftaran bermula pada 8 Ogos 2016

Simpanan Shariah merupakan pilihan untuk ahli KWSP yang mahu menukar simpanan konvensional mereka kepada simpanan yang diurus dan dilabur berdasarkan prinsip syariah. Selain itu Simpanan Shariah turut terbuka kepada semua ahli tanpa mengira bangsa, agama dan kewarganegaraan

Simpanan Shariah akan bermula Januari 2017 dengan peruntukkan RM100 bilion iaitu sekitar 15 peratus daripada keseluruhan jumlah aset pelaburan KWSP sebanyak RM681.71 bilion setakat 30 Mac 2016

Cara Pendaftaran Simpanan Shariah KWSP Tukar Dari Simpanan Konvensional 

Para pencarum yang mahu mengubah simpanan KWSP ma­sing-masing yang sedia ada kepada Simpanan Shariah boleh ke pejabat-pejabat KWSP bermula 8 Ogos 2016

Untuk melayakkan diri menyertai Simpanan Shariah tahun 2017 itu, pencarum perlu mengemukakan permohonan sebelum 23 Disember 2016 namun tertakluk kepada kuota RM100 bilion yang diperuntukkan

MYsumber difahamkan, produk Simpanan Shariah tidak akan menjamin sebarang dividen sepertimana produk konvensio­nal kerana ia akan bergantung sepenuhnya terhadap prestasi pelaburan yang dibuat

Penukaran Status Akaun KWSP Konvensional Kepada Simpanan Syariah Secara Online

Akaun simpanan KWSP Konvensional kini boleh ditukar kepada simpanan Syariah secara atas talian (Online). Berikut adalah cara untuk membuat penukaran Akaun KWSP daripada konvensional kepada simpanan Syariah secara online:

  1. Sila login masuk ke I-Akaun KWSP menerusi pautan di bawah atau melalui Aplikasi i-Akaun yang boleh dimuat turun di Google Play atau App Store
  2. Sebaik tiba di laman seterusnya, klik pilihan Simpanan Syariah daripada menu di bahagian atas laman tersebut dan tukar status akaun simpanan daripada Konvensional kepada Shariah Informasi
  3. Permohonan akan diproses dan sila tunggu sehingga permohonan diluluskan seperti gambar di bawah Informasi
  4. Bagi yang belum mengaktifkan login i-Akaun KWSP, sila ikuti langkah seperti pautan berikut:

Ciri-Ciri Utama Simpanan Shariah

  • Semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan Shariah
  • Simpanan Shariah diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah
  • Simpanan Shariah diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS)
  • Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP
  • Ahli KWSP yang memilih Simpanan Shariah tidak boleh membatalkan pilihannya selepas tarikh kuat kuasa dan kembali ke Simpanan Konvensional

Cara Membuat Pendaftaran / Memilih Simpanan Shariah

  1. Ahli perlu hadir ke mana-mana kaunter KWSP bermula 8 Ogos 2016 dengan membawa bersama Mykad atau Pasport (untuk bukan warganegara) untuk pengesahan identiti ahli. Ahli perlu menyerahkan dokumen pengenalan diri dan menurunkan cap ibu jari pada Akad Simpanan Shariah yang telah dicetak
  2. Permohonan ahli yang berjaya akan menerima Notis dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) pengesahan tarikh kuat kuasa tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah
  3. Bagi mendapatkan keterangan lanjut berhubung dengan Simpanan Shariah KWSP sila klik pada judul pautan berikut:

Menerusi pautan yang disertakan di atas, ahli KWSP boleh mendapatkan maklumat lanjut di antaranya Perbezaan Simpanan Shariah Dengan Simpanan Konvensional KWSP dalam ruangan soalan lazim

*Penafian: Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan kepada maklumat rasmi daripada Portal Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sebarang permohonan atau semakan hendaklah dibuat terus di laman web portal rasmi berkenaan.

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan