Sukan Asia 2022 yang sepatutnya dijalankan pada September 2022 telah ditangguhkan ke 23 September hingga 8 Oktober 2023 di Hangzhou, China. Maklumat bagi kejohanan tahun 2022 akan dikemaskini, di bawah adalah perkongsian maklumat berkaitan kejohanan edisi sebelum ini. Kejohanan sukan terbesar di Asia iaitu Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang (2018 Asian Games) akan diadakan bermula dari 18 Ogos sehingga 2 September 2018 mengikut tarikh waktu di Malaysia. Acara bolasepak akan dilangsungkan lebih awal iaitu bermula 14 Ogos di mana skuad bolasepak Malaysia beraksi dalam Kumpulan E
Malaysia adalah antara negara yang menghantar atlet ke kejohanan sukan di di rantau Asia, iaitu seramai 426 orang atlet dengan menyertai 35 daripada 40 acara sukan yang dipertandingkan dengan sasaran mengutip 7 pingat emas serta 10 kedudukan terbaik dalam carta kedudukan pungutan pingat
Chef de Mission (CDM) untuk kontijen Malaysia di Sukan Asia adalah Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi
Harapan utama seluruh rakyat Malaysia bagi meraih pingat emas negara di kejohanan ini tentunya pada jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang, jaguh silat Al Jufferi Jamali dan Nicol Ann David (Squash)
Sukan Asia 2018 Kedudukan Jumlah Pengutan Pingat Terkini Dan Keputusan Malaysia
Untuk rekod, kontinjen negara pada temasya di Incheon, Korea Selatan tahun 2014 telah mengutip 5 emas, 14 perak dan 14 gangsa untuk berada di kedudukan ke 14. Di Guangzhou China tahun 2019, kontijen Malaysia telah membawa pulang sembilan emas, 18 perak dan 14 gangsa dan berada di kedudukan tangga ke 10 daripada 45 negara yang bertanding
Sukan Asia 2018 Jakarta – Palembang, Indonesia
- Maskot – Atung (Rusa), Bhin Bhin (Burung) dan Kaka (Badak)
- Tema – Tema yang dipilih untuk temasya Sukan Asia 2018 ialah Energy of Asia
- Upacara Majlis Pembukaan Rasmi Sukan Asia 2018 : 18 Ogos
- Upacara Majlis Penutupan Rasmi Sukan Asia 2018 : 2 September
Astro menawarkan lapan saluran secara percuma buat seluruh rakyat Malaysia termasuk bukan pelanggan Astro bermula 18 Ogos hingga 2 September 2018
Siaran Langsung Sukan Asia 2018
Pelanggan Astro – Boleh menonton di enam saluran dedikasi (Saluran HD 790 – 795) serta dua saluran eksklusif membawakan liputan khas atlit negara menerusi Astro Arena (Saluran 802 HD/801 SD) dan NADI AG2018 (Saluran 803 HD/ 800 SD)
Bukan Pelanggan Astro – Kesemua lapan saluran ini boleh ditonton di NJOI Prepaid, Astro GO dan NJOI Now apps.
Jumlah Pungutan Pingat Pasukan Malaysia Sukan Asia 2018 Terkini
Berikut ialah senarai jumlah pungutan atau kutipan pingat Emas, Perak dan Gangsa yang berjaya diraih bagi semua acara hanya melibatkan Atlet Malaysia di Asian Games Jakarta-Palembang 2018 :-
Acara / Sukan | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah Pingat |
Taekwondo | 0 | 0 | 1 | 1 |
Sepak Takraw | 1 | 1 | 0 | 2 |
Tenpin Boling | 2 | 2 | 0 | 4 |
Equestrian | 0 | 1 | 0 | 1 |
Squash | 2 | 1 | 2 | 5 |
Karate | 0 | 0 | 1 | 1 |
Pencak Silat | 0 | 4 | 4 | 8 |
Basikal Trek | 1 | 1 | 1 | 3 |
Memanah | 0 | 0 | 1 | 1 |
Terjun | 0 | 1 | 3 | 4 |
Perahu Layar | 1 | 1 | 3 | 5 |
Hoki | 0 | 1 | 0 | 1 |
Jumlah Keseluruhan | 7 | 13 | 16 | 36 |
Kedudukan Ranking Negara Mengikut Jumlah Keseluruhan Pungutan Pingat Bagi Malaysia | ||||
No | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
14 | 7 | 13 | 16 | 36 |
Senarai Pemenang Pingat Malaysia
Berikut adalah senarai pemenang pingat buat Malaysia di Sukan Asia 2018 yang memaparkan nama/ pasukan, acara dan tarikh
NAMA ATLET | ACARA | TARIKH |
1. Yap Khim Wen | Pommsae Wanita | 19 Ogos 2018 |
2. Berpasukan Lelaki | Team Regu Lelaki Sepak Takraw | 22 Ogos 2018 |
3. Esther Cheah, Siti Safiyah & Syaidatul Afifah | Wanita Trios Bowling | 22 Ogos 2018 |
4. Mohd Qabil Ambak | Dressage Individual | 23 Ogos 2018 |
5. Timmy Tan, Ahmad Muaz & Muhammad Rafiq | Lelaki Trios Bowling | 23 Ogos 2018 |
6. Shalin Zulkifli, Esther Cheah, Siti Safiyah, Natasha Roslan, Sin Li Jane & Syaidatul Afifah | Wanita Team of Six Bowling | 24 Ogos 2018 |
7. Mohd Nafiizwan Adnan | Squash Single Lelaki | 25 Ogos 2018 |
8. Prem Kumar Selvam | Karate 60kg Lelaki | 26 Ogos 2018 |
9. Muhammad Robial Sobri | Silat Kelas I – 85-90kg Lelaki | 26 Ogos 2018 |
10. Nicol Ann David | Squash Single Wanita | 26 Ogos 2018 |
11. S. Sivasangari | Squash Single Wanita | 26 Ogos 2018 |
12. Mohamad Hazim Amzad | Silat Kelas C: 55-60kg Lelaki | 26 Ogos 2018 |
13. Mohd Taqiyuddin Hamid & Muhammad Afifi Nordin | Silat Lelaki Double | 27 Ogos 2018 |
14. Muhammad Faizul Nasir | Silat Kelas B: 50-55kg Lelaki | 27 Ogos 2018 |
15. Mohd Al-Jufferi Jamari | Silat Kelas B: 65-70kg Lelaki | 27 Ogos 2018 |
16. Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus & Muhammad Fadhil | Basikal Trek Lelaki Team Sprint | 27 Ogos 2018 |
17. Muhammad Rafiq Ismail | Bowling Masters Lelaki | 27 Ogos 2018 |
18. Syahir Rosdi, Zulkifli Abd Razak, Norhaffizi Abd Razak, Farhan Adam & Azlan Alias | Sepak Takraw Regu Lelaki | 28 Ogos 2018 |
19. Lee Kin Lip, Mohd Juwaidi Mazuki & Alang Ariff Aqil | Memanah Compound Lelaki Berpasukan | 28 Ogos 2018 |
20. Leong Mun Yee & Nur Dhabitah Sabri | Synchronised 10M Platform Diving Wanita | 28 Ogos 2018 |
21. Nor Hamizah Abu Hassan & Nur Syazreen A Malik | Silat Double Wanita | 29 Ogos 2018 |
22. Mohd Khaizul Yaacob | Silat Kelas J: 90-95kg Lelaki | 29 Ogos 2018 |
23. Mohd Fauzi Khalid | Silat Kelas F: 70-75kg Lelaki | 29 Ogos 2018 |
24. Ng Yan Yee & Nur Dhabitah Sabri | Synchronised 3M Springboard Diving Wanita | 29 Ogos 2018 |
25. Azizulhasni Awang | Basikal Trek Sprint Lelaki | 30 Ogos 2018 |
26. Nicol David, S Sivasangari, Low Wee Wern & Aifa Azman | Squash Berpasukan Wanita | 31 Ogos 2018 |
27. Azizulhasni Awang | Basikal Trek Keirin Lelaki | 31 Ogos 2018 |
28. Muhammad Fauzi Kaman Shah | Sailing Open Laser 4.7 | 31 Ogos 2018 |
29. Khairulnizam Mohd Afendy | Sailing Laser Standard | 31 Ogos 2018 |
30. Nur Shazrin Mohamad Latif | Sailing Laser Radial | 31 Ogos 2018 |
31. Nuur Fatin Solehah & Illham Wahab | Sailing Mixed RS One | 31 Ogos 2018 |
32. Nuraisyah Jamil & Norashikin Mohamad Sayed | 470 wanita | 31 Ogos 2018 |
33. Chew Yiwei | 3M Springboard Diving Lelaki | 31 Ogos 2018 |
34. Nafiizwan Adnan, Ng Eain Yow, Yuen Chee Wern & Mohammad Syafiq Kamal | Squash Berpasukan Lelaki | 1 September 2018 |
35. Nur Dhabitah Sabri | 3M Springboard Diving Wanita | 1 September 2018 |
36. Skuad Hoki | Berpasukan Lelaki | 1 September 2018 |
Keputusan Atlet Malaysia Di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018
- Keputusan bagi acara sukan yang disertai oleh kontinjen Malaysia dan mendapat pingat akan dikemaskini mengikut jadual
- Jumlah pungutan pingat Emas, Perak dan Gangsa yang berjaya diraih akan dikemaskini dalam jadual pingat diatas
Kedudukan Pingat Keseluruhan Sukan Asia 2018 (Top 10)
Kedudukan akhir pingat setakat 2 September 2018
Acara / Sukan | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah Pingat |
1. China | 132 | 92 | 65 | 289 |
2. Jepun | 75 | 56 | 74 | 205 |
3. Korea Selatan | 49 | 58 | 70 | 177 |
4. Indonesia | 31 | 24 | 43 | 98 |
5. Uzbekistan | 21 | 24 | 25 | 70 |
6. Iran | 20 | 20 | 22 | 62 |
7. Chinese Taipei | 17 | 19 | 31 | 67 |
8. India | 15 | 24 | 30 | 69 |
9. Kazakhstan | 15 | 17 | 44 | 76 |
10. Korea Utara | 12 | 12 | 13 | 37 |