Pertama kali dalam sejarah, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah dibatalkan akibat pandemik COVID-19. Berikutan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pengenalan sebuah kaedah baharu bagi melaksanakan pemilihan murid bagi kemasukan ke Sekolah Khusus yang dikenali sebagai Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
PKSK ini bukanlah sebuah ujian yang menggantikan UPSR atau PT3 tetapi hanya satu kaedah untuk menilai penguasaan murid secara keseluruhan. Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) serta Maktab Tentera Diraja (MTD). Ini melibatkan pengambilan pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sekolah-sekolah terbabit yang menawarkannya
Sistem ini telah dibangunkan secara single entry point iaitu menggunakan platform berpusat secara dalam talian dengan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Ini bermaksud semua murid yang didaftarkan dalam APDM layak untuk memohon dan menduduki PKSK. Namun begitu, pemohon perlu membuat pilihan jenis sekolah yang ingin diminta dan hanya akan ditawarkan satu tempat sahaja bagi setiap calon. Ianya berbeza dengan sebelum ini di mana calon boleh memohon setiap sekolah secara berasingan dan mendapat lebih dari satu tawaran
Pemohon akan menduduki PKSK iaitu pentaksiran standard secara berpusat di salah satu daripada 555 pusat seluruh negara pada tarikh seperti dinyatakan di bawah. Pemilihan pusat pentaksiran boleh dibuat semasa membuat permohonan. Format PKSK adalah merangkumi 3 bahagian iaitu Kecerdasan Intelek, Kecerdasan Insaniah (secara dalam talian) serta Artikulasi Penulisan (secara bertulis/bersemuka)
Senarai Sub-Topik
Semakan PKSK 2021 Lokasi Pusat Ujian Tingkatan 1 & Tingkatan 4
Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan PKSK secara berpusat bagi kemasukan ke tingkatan satu dan tingkatan empat tahun 2021 dan cara membuat Semakan Pusat PKSK serta maklumat lain yang berkaitan seperti tarikh penting, kaedah pentaksiran standard secara online dan sebagainya
Semakan PKSK Tingkatan 1
Bagi mereka yang telah membuat permohonan boleh membuat Semakan Pusat PKSK seperti ketetapan berikut:
- Dibuka: Bermula 8 Januari
- Ditutup: –
Cara Semak Pusat PKSK Tingkatan 1
Semakan boleh dilakukan secara dalam talian (online) sahaja menerusi pautan yang disediakan berikut:
- Aplikasi Semakan: https://spskt1.moe.gov.my/
- Nota: PKSK bagi Tingkatan 1 akan dilaksanakan bermula
12 Oktober 2020 hingga 23 Oktober 202020 hingga 29 Januari 2021
Permohonan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 1 2021
Untuk permohonan kemasukan ke Sekolah khas bagi Tingkatan 1 iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), sebanyak 18,364 kekosongan ditawarkan dan berikut adalah butiran lanjut.
Tarikh Permohonan Menduduki PKSK Tingkatan 1
- Buka: 7 September 2020
- Tutup: 2 Oktober 2020
- Nota: Menurut FAQ KPM, permohonan yang dibuat selepas tamat tarikh tutup permohonan seperti dinyatakan di atas tidak akan diambil kira
Cara Mohon PKSK Tingkatan 1
Untuk membuat permohonan menduduki PKSK, sila ikuti langkah berikut:
- Layari pautan: https://spskt1.moe.gov.my/spat1_mohon/index.cfm
Nota: Pautan sistem/aplikasi berikut akan diaktifkan sebaik sahaja tarikh permohonan dibuka - Pemohon hendaklah memasukkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dalam APDM) bagi memasuki sistem lalu sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM
- Seterusnya pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah (SBP/SMKA), jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran selanjutnya yang diperlukan
Tarikh Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 1 (PKSK)
Setelah menduduki PKSK bagi Tingkatan 1, pemohon boleh membuat semakan keputusan tawaran seperti tarikh berikut:
- Mula: 17 Mac 2021
- Tamat: –
Cara Semak Keputusan Tawaran PKSK Tingkatan 1
Semakan keputusan permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) sahaja menerusi pautan yang disediakan berikut:
- Aplikasi Semakan: https://spskt1.moe.gov.my/
- Nota: Bagi yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan mulai
15 Januari 2021 hingga 21 Januari 2021(akan dikemaskini) di pautan yang sama seperti di atas. Pendaftaran pelajar adalah pada16 Februari 2021tarikh yang akan dikemaskini
Semakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 4
Bagi mereka yang telah membuat permohonan boleh membuat Semakan Pusat PKSK seperti ketetapan berikut:
- Buka: 8 Januari 2020
- Tutup: –
Cara Semak Pusat PKSK Tingkatan 4
Semakan boleh dilakukan secara dalam talian (online) sahaja menerusi pautan yang disediakan berikut:
- Aplikasi Semakan: https://spskt4.moe.gov.my/
- Nota: PKSK bagi Tingkatan 4 akan dilaksanakan bermula
26 Oktober 2020 hingga 6 November 202015 hingga 25 Februari 2021
Permohonan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 4 2021
Untuk permohonan kemasukan ke Sekolah khas bagi Tingkatan 4 iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV), dan Maktab Tentera Diraja (MTD) iaitu sebanyak 26,289 kekosongan ditawarkan dan berikut adalah butiran lanjut cara permohonan dan semakan status satu kaedah pentaksiran standard:
Tarikh Permohonan Menduduki PKSK Tingkatan 4
- Buka: 7 September 2020
- Tutup: 2 Oktober 2020
- Nota: Menurut FAQ KPM, permohonan yang dibuat selepas tamat tarikh tutup permohonan seperti dinyatakan di atas tidak akan diambil kira
Cara Mohon PKSK Tingkatan 1
Untuk membuat permohonan menduduki PKSK, sila ikuti langkah berikut:
- Layari pautan: https://spskt4.moe.gov.my/
Nota: Pautan sistem/aplikasi berikut akan diaktifkan sebaik sahaja tarikh permohonan dibuka - Pemohon hendaklah memasukkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dalam APDM) bagi memasuki sistem lalu sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM
- Seterusnya pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD), jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran selanjutnya yang diperlukan
Nota: Menurut FAQ KPM, permohonan yang dibuat selepas tamat tarikh tutup permohonan seperti dinyatakan di atas tidak akan diambil kira.
Tarikh Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 4 (PKSK)
Setelah menduduki PKSK bagi Tingkatan 4, pemohon boleh membuat semakan keputusan tawaran seperti tarikh berikut:
- Mula: 5 April 2021
- Tamat: –
Cara Semak Keputusan Tawaran Tingkatan 4 (PKSK)
Semakan keputusan permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) sahaja menerusi pautan yang disediakan berikut:
- Aplikasi Semakan: https://spskt4.moe.gov.my/
- Nota: Bagi yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan mulai
5 Februari 2021 hingga 19 Februari 2021(akan dikemaskini) di pautan yang sama seperti di atas. Pendaftaran pelajar adalah pada23 Februari 2021tarikh yang akan dimaklumkan
Jadual Sesi Pentaksiran dan Format PKSK
Sesi PKSK dibahagikan kepada tiga sesi dan perincian jadual adalah seperti berikut:
Jadual Sesi PKSK | |||||||
Sesi \Masa | 7.30 – 8.00 pagi | 8.00 – 8.45 pagi | 9.00 – 10.30 pagi | ||||
1 | Pendaftaran Calon | Bahagian C : Artikulasi Penulisan | Bahagian A & B : Pelbagai Pilihan Jawapan | ||||
Sesi \Masa | 9.45 – 10.15 pagi | 10.30 – 11.15 pagi | 11.30 – 1.00 petang | ||||
2 | Pendaftaran Calon | Bahagian C : Artikulasi Penulisan | Bahagian A & B : Pelbagai Pilihan Jawapan | ||||
Sesi \Masa | 1.30 – 2.00 petang | 2.00 – 2.45 petang | 3.00 – 4.30 petang | ||||
3 | Pendaftaran Calon | Bahagian C : Artikulasi Penulisan | Bahagian A & B : Pelbagai Pilihan Jawapan | ||||
Format PKSK | |||
Perkara | Bahagian A Kecerdasan Insaniah | Bahagian B Kecerdasan Intelek | Bahagian C Artikulasi Penulisan |
Kaedah | Secara Dalam Talian (Online) | Bertulis (Bersemuka) | |
Jenis Item | Objektif Aneka Pilihan (MCQ) | Subjektif (Respon Terbuka) | |
Cakupan Isi Kandungan | EQ, SQ, SSQ | IQ, Pengetahuan Am, Penyelesaian Masalah | Tajuk Ditetapkan |
Sesi \Masa | 20% | 70% | 10% |
Persediaan Pemohon Semasa Pentaksiran
Berikut adalah beberapa persediaan sebelum pemohon menduduki PKSK:
- Semak & Cetak Slip PKSK di pautan permohonan & semakan seperti di atas
- Patuhi tarikh, masa dan sesi PKSK yang telah ditetapkan
- Sila bawa Mykid/MyKad, Slip Menduduki PKSK dan alat tulis
- Pemakaian seragam sekolah lengkap diperlukan semasa menduduki PKSK
- Pastikan pemohon sihat, tidak bergejala, memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal
Maklumat dan Pertanyaan
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan PKSK, sila rujuk FAQ seperti disediakan di pautan di bawah atau hubungi talian bantuan berikut:
- FAQ PKSK
- Maklumat Umum PKSK
- Sekolah Berasrama Penuh : 03-83217400
- SMK Agama : 03-83217200
- SMT & KV : 03-88845154
- Maktab Tentera Diraja : 03-89465562 / 5565