eOperasi KPM Login Sistem Kemaskini Maklumat Guru

Guru

Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan satu sistem single sign on untuk membantu tadbir urus sekolah yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) atau EMIS Online. Terdapat tiga modul seperti dinyatakan di bawah bagi membantu memudahkan dan melicinkan sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah, guru serta murid. Salah satu daripada modul tersebut termasuklah Modul Pengurusan Guru (eOperasi KPM Login)

Ianya adalah modul pengurusan khusus untuk guru di sekolah. Tujuan modul ini diperkenalkan adalah untuk melancarkan sistem pengurusan data berkenaan guru dan bukan guru (modul ini melibatkan pengurusan data berkaitan) meliputi dua kategori akses iaitu pengguna dan pentadbir sistem

Ianya adalah salah satu modul untuk Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Dan modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat BPM, KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM

Sistem ini hanya boleh diakses oleh mereka yang telah dilantik oleh KPM sahaja berdasarkan keperluan yang dibenarkan. Pengguna yang dimaksudkan terdiri daripada guru dan bukan guru manakala pentadbir sistem melibatkan pengurusan di peringkat bahagian, negeri, daerah dan sekolah. Setiap pengguna perlu mendaftarkan diri untuk mengakses sistem ini dan boleh merujuk kepada panduan yang disediakan di bawah.

Sistem ini dapat memudahkan setiap bahagian sektor operasi pendidikan termasuklah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian serta Bahagian Sukan di mana para guru dapat mengemaskini data yang diperlukan dengan tepat dan terkini secara atas talian sahaja

eOPERASI Login Modul Pengurusan Guru KPM Secara Online

Berikut MYsumber sertakan cara untuk login eoperasi kpm iaitu masuk ke modul pengurusan guru serta maklumat lain berkaitan seperti laman web sistem e-operasi, manual penggunaan untuk kemudahan dan rujukan

Login Modul Pengurusan Guru 

e Operasi Modul Pengurusan Guru dikategorikan kepada 3 modul pengurusan KPM iaitu:

  1. Modul Pengurusan Sekolah (EMIS)
  2. Modul Pengurusan Guru
  3. Modul Pengurusan Murid (APDM)

Kesemua modul-modul utama ini adalah dibawah Sistem Pengurusan Sekolah dan boleh diakses atau log in melalui Single-Sign-On  Kementerian Pendidikan Malaysia juga dikenali sebagai SSO KPM

Sasaran Pengguna e-Operasi KPM

Sistem disasarkan kepada pengguna utama modul ini iaitu pengguna sekolah dan pengguna guru (guru dan bukan guru) serta pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah dan sekolah

PenggunaPentadbir Sistem
Hanya pengguna yang telah didaftarkan sahaja oleh Pentadbir Sistem dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul iniHanya pentadbir sistem yang telah dilantik oleh KPM sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan

Makluman

KPM telah memberi kebenaran untuk mengakses di peringkat sekolah terhad kepada Pengetua / Guru Besar, Penolong Kanan dan Pembantu Tadbir bagi menyemak, mengemaskini dan mengesahkan maklumat guru

Para guru dikehendaki menyemak dan mengesahkan maklumat menggunakan ID Pengguna dan kata laluan masing-masing

Nota: ID Pengguna dan Katalaluan tidak boleh dikongsi atau diturun kuasa

Sumber Rujukan 

1. Surat Makluman KPMSP.100-11.2.2 (24) bertarikh 20 Januari 2016, (Lampiran D)

2. Pekeliling ICT Bil. 1. Tahun 2012 Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (DKICT) Kementerian Pelajaran Malaysia, KP.BPM(S).100-11/1/4 jld 2 (61) Bertarikh 19 Mac 2012

Manual Penggunaan e-Operasi Guru

Terdapat beberapa bahagian penting dalam penggunaan sistem dan berikut adalah contoh paparan bahagian penting berkenaan:

1) Antara Paparan Muka

Guru

  • Bantuan yang dimaksudkan adalah berkaitan pendaftaran pengguna, lupa kata laluan, dan tukar kata laluan
  • Paparan mesej ralat adalah untuk memaklumkan pengguna sekiranya butiran yang dimasukkan di Log Masuk tidak tepat

2) Pendaftaran Pengguna

klik butang simpan untuk proses pendaftaran

Guru

  • Kesemua butiran hendaklah diisi dengan betul dan tepat khususnya Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel. Pengguna perlu memastikan soalan keselamatan dan jawapan diingat (perlu untuk menukar kata laluan)
  • Klik butang Simpan setelah selesai mengisi maklumat di pendaftaran (Butiran pendaftaran akan dihantar ke alamat emel yang telah diberikan) Seterusnya pengguna boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem

3) Log Masuk 

Guru

  • Apabila berjaya membuat pendaftaran, pengguna boleh login ke sistem dengan menggunakan butiran ID, Kata Laluan dan No. Kad Pengenalan
  • Pengguna perlu memastikan butiran adalah tepat seperti yang didaftarkan.  Jika maklumat yang dimasukkan tidak tepat, paparan MAKLUMAT LALUAN MASUK SALAH akan dipaparkan

4) Lupa Kata Laluan

Guru

  • Jika pengguna terlupa kata laluan, boleh dapatkan semula kata laluan tersebut dengan klik ke pautan Lupa Kata Laluan
  • Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan dan klik butang Hantar (kata laluan pengguna akan dihantar melalui emel (protected email) yang telah didaftarkan)

5) Tukar Kata Laluan 

Guru

  • Penukaran kata laluan boleh dilakukan dengan klik pautan Tukar Kata Laluan di laman utama
  • Semua ruangan wajib diisi  dan maklumat berkaitan soalan keselamatan dan jawapan adalah sama seperti membuat pendaftaran pengguna

6) Log Masuk (Pengguna) 

Guru

  • Setelah login masuk ke sistem, paparan bagi nama dan No. Kad Pengenalan serta senarai menu akan ditunjukkan di sebelah kiri
  • Manual Pengguna juga boleh dimuat turun untuk memudahkan pengguna
  • Jika terdapat maklumat yang tidak betul, sila maklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk dikemaskini

7) Log Masuk (Pentadbir Sistem)

Guru

  • Setelah login masuk ke sistem, paparan bagi nama dan No. Kad Pengenalan serta senarai menu akan ditunjukkan di sebelah kiri
  • Manual Pengguna juga boleh dimuat turun untuk memudahkan pengguna

8) Log Keluar

Guru

  • Klik pada pautan Keluar untuk menamatkan sesi penggunaan sistem
  • Pengguna dinasihatkan mengambil langkah selamat ini agar tiada pihak yang cuba menyalahgunakan maklumat berkaitan

Related : berjaya log masuk, email protected, https eoperasi.moe.gov.my, login e operasi, maklumat yang tidak tepat,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan