Cara Semak Kelayakan Bantuan Rebat Bil Elektrik Percuma RM40

Informasi

Informasi

Kerajaan Malaysia amat menitikberatkan tentang kebajikan rakyat berpendapatan rendah khususnya dalam keadaan kos sara hidup yang kian menekan. Oleh itu kerajaan akan memperkenalkan pelbagai program skim bantuan yang akan diumumkan setiap kali pembentangan bajet tahunan dibuat. Melalui Belanjawan 2019 yang lalu, salah satu bantuan yang diumumkan adalah berkenaan skim bantuan Rebat Bil Elektrik RM40

Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini sebenarnya telah dijalankan sebelum ini namun berbeza jumlahnya iaitu sebanyak RM20 sahaja yang telah tamat pada hujung Disember 2018. Rebat Bil Elektrik RM40 akan menggantikannya dan diberikan kepada sejumlah 185,000 miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih bermula 1 Januari 2019

Bagi skim bantuan ini, sebanyak RM80 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MASTECC). Ketua isi rumah miskin tegar dan miskin di bawah eKasih yang telah dikenal pasti tidak perlu membayar bil elektrik yang berjumlah sehingga RM40 sebulan. Sekiranya penggunaan melebihi RM40 sebulan, ketua isi rumah hanya perlu membayar baki bil melebihi RM40 tersebut

Pemberian Rebat RM40 sebulan ini adalah terhad kepada bil elektrik Tarif A (Domestik/Kediaman). Ia juga adalah terhad kepada 1 bil sahaja bagi setiap Ketua Isi Rumah. Ini termasuklah bagi semua jenis caj seperti penalti lewat bayar tetapi tidak termasuk tunggakan untuk bil pada tahun 2018

Skim bantuan bersasar ini memerlukan penerima untuk berdaftar di bawah program eKasih. eKasih adalah program pembasmian kemiskinan yang menyimpan data maklumat kemiskinan termasuk bantuan-bantuan kerajaan yang diterima oleh individu. Mulai 2 Januari 2021, sistem eKasih menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019. Rakyat yang dikategorikan sebagai miskin adalah yang mempunyai pendapatan bulanan isi rumah kurang daripada RM2,208 manakala miskin tegar pula adalah kurang daripada RM1,169

Semakan Kelayakan Bantuan Rebat Bil Elektrik Percuma RM40 Tahun 2024 Secara Online

Berikut adalah cara untuk membuat semakan sama ada layak atau tidak untuk menerima bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 melalui semakan secara atas talian. MYsumber juga turut berkongsi maklumat berkaitan untuk kemudahan pengguna

Tarikh Pelaksanaan Tahun 2024

  • Mula : 1 Januari 2024
  • Tamat : 31 Disember 2024

Cara Semakan Penerimaan 

Semakan nama layak menerima Rebat Bil Elektrik RM40 boleh dibuat menggunakan kaedah berikut:

1. Kaedah Pertama 

Arahan : Sila masukkan No. Kad Pengenalan (12 digit tanpa simbol)

2. Kaedah Kedua

Hubungi My Governmenet Call Centre (MyGCC) di talian 03-8000 8000

3. Kaedah Ketiga

Pengguna turut boleh menyemak kelayakan di Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan pergi terus ke Kedai Tenaga bedekatan anda atau hubungi Careline di talian 1-300-88-5454

4. Kaedah Keempat (Bagi Pengguna di Sabah sahaja)

Buat pengguna di Sabah, sila hubungi talian Helpline Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) iaitu 088-515000 / 15454

5. Kaedah Kelima (Bagi Pengguna di Sarawak sahaja)

Pengguna di Sarawak juga boleh menyemak kelayakan dengan Customer Care Sarawak Energy Berhad (SEB) di talian 1-3000-88-3111 

Maklumat Lanjut

Nota: Sekiranya pengguna eKasih layak menerima tetapi tidak mempunyai akaun berdaftar dengan TNB / SESB /SEB, pengguna perlu membuat permohonan bagi mengisytiharkan akaun pihak ketuga dengan mengisi borang permohonan di salah satu Kedai Tenaga TNB / Pejabat SESB / Pejabat SEB yang terdekat beserta salinan kad pengenalan (dokumen sokongan)

*Penafian: Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan maklumat rasmi daripada Portal Rasmi MESTECC. Sebarang permohonan dan semakan perlulah dibuat terus di laman web portal rasmi berkenaan.

Buat pengguna yang telah membuat semakan tetapi tidak layak untuk mendapat bantuan namun ingin mendaftar dalam program eKasih, sila rujuk kepada Pejabat Pembangunan Persekutuan / Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPPN/JPP) Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) di peringkat negeri atau di Unit Pembangunan Pejabat Daerah

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan