Pengambilan Askar Timbalan Setia Negeri Johor 2022 (Siri 45/2023)

Kakitangan Awam

Kakitangan Awam

Pengambilan Askar Timbalan Setia Negeri Johor 2022 (Siri 45/2023) Lelaki. Berita Baik kepada rakyat negeri Johor yang berminat untuk menyertai pasukan tentera dan berbakti kepada kerabat diraja dan negeri Johor. Bangsa Johor yang berusia 18 hingga 25 tahun berpeluang untuk berkhidmat sebagai anggota tentera yang dikenali sebagai Johor Military Force (JMF)

Askar Timbalan Setia Negeri Johor telah ditubuhkan pada tahun 1886 dan terlibat Perang Dunia Pertama dan Kedua. Ia merupakan pasukan tentera yang tertua di Malaysia serta dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal sehingga hari ini

Peranan utama Askar TImbalan Setia Negeri Johor adalah untuk melindungi Sultan Johor, kerabat diraja dan harta benda baginda. Selain itu, peranan tambahan mereka adalah untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia semasa kecemasan atau konflik bersenjata

Negeri Johor merupakan negeri pertama di Tanah Melayu yang memiliki pasukan tentera moden yang ditubuhkan semasa pemerintahan Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar. Baginda merupakan seorang yang berfikiran jauh dan telah berjaya memodenkan negeri Johor serta menjalinkan hubungan yang baik dengan Ratu Kerajaan Great Britain bagi mengelakkan penjajahan di negeri Johor

Jawatan Kosong Askar Timbalan Setia Negeri Johor 2022 (Siri 45/2023)

Di bawah dikongsikan maklumat berkenaan Pengambilan Askar Timbalan Setia Negeri Johor 2022 (Siri 45/2023). Turut dikongsikan adalah syarat-syarat, elaun, kemudahan dan cara membuat permohonan sebagai panduan untuk semua

Tarikh Dan Cara Permohonan

Berikut adalah tarikh pemilihan awal yang ditetapkan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Calon dikehendaki untuk menyertai pemilihan awal yang akan diadakan di empat lokasi berbeza pada waktu yang juga berbeza seperti berikut:

  • Kompleks Sukan Kampung Melayu Kluang: 6 – 7 November 2022
  • Dataran Segamat: 9 – 10 November 2022
  • Stadium Batu Pahat: 12 – 13 November 2022
  • Kem Sultan Ibrahim, Johor Bahru: 16 November 2022

NOTA: Calon perlu hadir berpakaian sukan yang sesuai dan membawa salinan kad pengenalan, surat beranak dan dokumen-dokumen akademik yang berkaitan. Masa pemilihan akan bermula 8 pagi hingga 5 petang.

Syarat Kelayakan

Sebelum menghadirkan diri ke pemilihan awal, pastikan calon menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:

Syarat Am

A. Calon merupakan anak jati negeri Johor dengan mempunyai kad pengenalan bernombor “-01-/-23-”

B. Berumur 18 Tahun dan tidak melebihi 24 tahun pada tarikh temuduga

Kelayakan Fizikal

  1. Tinggi : minima 168cm
  2. Berat : minima 51kg
  3. Body Mass Index (BM) : 18.0 – 26.0
  4. Penglihatan : tidak rabun
  5. Pendengaran : tidak pekak/normal

Kelayakan Kecergasan

  1. Larian 2.4KM : 14 minit kebawah
  2. Bangkit Tubi : 25 kali dalam 1 minit
  3. Tekan Tubi : 25 kali dalam 1 minit

Kelayakan Akademik

  • Calon mendapat dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat pujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat lulus dalam peperikaan SPM
  • Memiliki Sijil Sekolah Agama Johor, keutamaan diberikan pada calon yang mempunyai Sijil Darjah Khas

Elaun dan kemudahan 

Sekiranya calon berjaya dalam pengambilan rekrut pada siri kali ini, gaji permulaan sebagai seorang anggota adalah sebanyak RM1,360.00 (Gaji Pokok). Selain itu, calon juga akan menikmati elaun dan kemudahan seperti di bawah:

  • Elaun sara hidup (COLA)
  • Elaun Khidmat Awam
  • Elaun Intensif Khas
  • Elaun kepakaran
  • Elaun imbuhan tetap perumahan
  • Pinjaman perumahan/ kenderaan
  • Rawatan perubatan percuma
  • Insuran Kelompok Angkatan Tentera
  • Uniform percuma
  • Kemudahan kediaman

Pemohon yang mempunyai sebarang masalah berkenaan Pengambilan Askar Timbalan Setia Negeri Johor 2022 (Siri 45/2023), sila hubungi atau layari:

Related : pengambilan rekrut askar timbalan setia negeri johor, tarikh tutup permohonan, berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, warganegara malaysia, johor darul, kekosongan jawatan, calon yang berkelayakan, cara memohon,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan