BSN Online Cara Register Dan Login MyBSN Bank Simpanan Nasional

Informasi

Informasi

Bank adalah institusi kewangan yang diwujudkan untuk mengurus hal-hal berkaitan duit dan mata wang. Secara lazimnya, institusi ini digunakan di seluruh dunia sebagai sebuah tempat untuk menyimpan wang.

Selain itu, bank juga menawarkan perkhidmatan pinjaman kewangan seperti pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan pinjaman perniagaan. Sepertimana yang kita ketahui, terdapat banyak bank yang telah dibangunkan di Malaysia. Antaranya ialah Bank Simpanan Nasional (BSN)

Sebagai makluman, Bank Simpanan Nasional Malaysia telah ditubuhkan pada 1 Disember 1974, dan dikendalikan oleh Menteri Kewangan Malaysia pada ketika itu, iaitu Tengku Razaleigh Hamzah. BSN dilancarkan secara rasmi pada 5 Disember 1974 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Bank Simpanan Nasional juga merupakan sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Kewangan

BSN telah memperkenalkan MyBSN sebagai aplikasi perbankan atas talian yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pengguna. Antaranya ialah perkhidmatan pertanyaan baki, tambah nilai pra bayar, pembayaran bil, pindahan GIRO Antara Bank (IBG), Insurans Motor, BSN Wealth Management dan Auto Kredit.

Dengan kemudahan ini, pengguna boleh menyelesaikan pelbagai urusan di mana sahaja tanpa perlu hadir ke cawangan BSN dan hanya menggunakan online banking. Ini pastinya dibangungkan untuk memudahkan urusan orang ramai.

Sebelum dapat menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan di Portal ini, para pengguna perlu membuat pendaftaran kali pertama secara online. Pendaftaran boleh dilakukan secara percuma tanpa perlu sebarang caj. Berikut akan dikongsikan cara-cara register dan login untuk panduan semua

Login MyBSN Internet Cara Register Dan Log Masuk BSN Online Internet Banking (Bank Simpanan Nasional)

Bagi yang berminat, boleh rujuk kepada perkongsian di bawah untuk membuat pendaftaran dan log masuk My BSN secara online. Cara Login BSN Online MyBSN atau cara daftar bsn online

Apa Itu MyBSN Online?

Ianya merupakan portal internet yang mengandungi semua perkara tentang BSN – maklumat korporat serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Pengguna boleh menjimatkan masa dengan pelbagai pautan perkhidmatan perbankan melalui internet

Hampir segalanya boleh dibuat menerusi portal ini termasuklah:

  • Pertanyaan Baki
  • Pemindahan Dana (online transfer)
  • Pembayaran Bil
  • Pembayaran Kad Kredit
  • Pembelian SSP
  • Pembelian Pin dan lain-lain

Laman Web

Syarat Pengguna

Kepada pengguna BSN yang ingin menggunakan aplikasi telefon mudah alih,  perlu menyediakan perkara-perkara dan memenuhi syarat berikut:

  1. Akaun BSN
  2. Kad ATM
  3. Nombor i-PIN yang perlu didaftar di mesin ATM 
  4. Nombor telefon yang perlu didaftar di mesin ATM
  5. Berumur 18 Tahun ke atas

Cara Daftar MyBSN Login Online

Kepada pengguna kali pertama, pendaftaran hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Langkah-langkah cara daftar Apps (Internet Banking Services) adalah seperti berikut;

  1. Layari laman web seperti yang disediakan di atas dan paparan banking channels seperti di bawah akan ditunjukkan. Terdapat juga paparan annual report, client charter, privacy policy, security statement, term & condition, disclaimer, site map, faqs, copyright locator 2010 – 2015. Untuk mendaftar tekan butang Daftar. Untuk log masuk ke akaun
    Informasi
  2. Pengguna perlu membaca kemudian menerima terma dan syarat (terms conditions) yang dikenakan dengan menekan butang Accept. Kemudian klik Next
    Informasi
  3. Seterusnya, pengguna perlu melengkapkan maklumat yang dikehendaki seperti nombor kad kredit/debit
    Informasi
  4. Pengguna juga perlu mengisi nombor kad pengenalan dengan lengkap. Setelah masukkan nombor kad pengenalan, Klik Next
    Informasi
  5. Kemudian masukkan nama pengguna, kata laluan dan mohon OTP (kata laluan sekali) / tekan request otp
  6. Masukkan nombor OTP kemudian pilih imej online pengguna
  7. Selepas berjaya mendaftar, pengguna boleh log masuk dengan menekan butang Log Masuk pada halaman utama
    Informasi
  8. Pengguna akan dibawa ke aplikasi My BSN dan log masuk ke akaun mybsn bagi menikmati perkhidmatan yang disediakan. Untuk log masuk ke akaun, masukkan username dan seterusnya masukkan kata laluan atau password mybsn yang telah didaftarkan.
    InformasiNota: Perkhidmatan perbankan internet BSN kini akan beroperasi dari 2:00 pagi – 12:00 pagi pada setiap hari. Jika ada masalah untuk log masuk, sila rujuk maklumat lanjut di bawah

Cara Semak Baki Akaun Bank MyBSN

Untuk menyemak baki duit dalam akaun BSN secara online, ikuti langkah berikut:

  1. Pastikan telah mendaftar akaun MyBSN terlebih dahulu, log masuk ke akaun
  2. Klik menu maklumat akaun, dan klik menu maklumat baki
  3. Baki akaun akan ditunjukkan pada paparan skrin

Jika ingin menyemak baki akaun BSN menerusi SMS pula adalah seperti berikut:

  • Taipkan : BAL <jarak> M-PIN
  • Hantarkan ke 36898

Kelebihan Menggunakan

  1. Pengguna boleh menyemak baki, membayar bil, pindahan wang dan banyak lagi mengikut keselesaan sendiri
  2. Mudah. Tidak perlu lagi beratur di bank
  3. Transaksi dalam talian yang selamat untuk pelanggan

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan, sila rujuk dan hubungi butiran yang disediakan berikut atau bertanya kepada ejen bank berdaftar Bank Simpanan Nasional (BSN) :

  • Telefon : 1300 88 1900 atau +603 2613 1900 (Luar Negara)
  • Faks : 03 – 2613 1888 (Umum) 03-2688 0888 (Kad Kredit)
  • Emel : customercare@bsn.com.my
  • Laman Web Rasmi
  • Soalan Lazim Laman


Related : term condition bank simpanan nasional 2010 2015 bsn ejen bank berdaftar locator, mengesahkan nombor telefon, online image, masukkan nombor tac, nombor pin, new ic number, semak baki akaun bsn online banking, kad debit, kad bank, mudah sahaja, kod otp, daftar nombor telefon, cara login, account overview, bank bsn, nombor pin untuk kad debit sahaja, forgot password dan masuk butiran, copyright bank simpanan nasional,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan