Sekolah Berasrama Penuh (SBP) menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna bagi memupuk serta mengembangkan potensi pelajar yang cemerlang sebagai warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) juga mendatangkan banyak manfaat dan kebaikan bukan sahaja dalam melahirkan pelajar yang mempunyai akademik yang cemerlang malah dapat melahirkan modal insan yang berketerampilan, berakhlak mulia dan bersedia mendepani cabaran mendatang
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) memperlawa calon-calon cemerlang yang berminat untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 SBP bagi tahun 2021
PERMOHONAN SBP FORM 1 / 4 (TINGKATAN 1 / 4) SEKOLAH BERASRAMA PENUH KPM TAHUN 2021 SECARA ONLINE
Berikut MYsumber sediakan ruangan maklumat antaranya berkaitan dengan cara permohonan secara atas talian (online), syarat pemilihan dan kelayakan umum bagi kemasukan ke sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun 2021
Permohonan Terbuka Kepada:- |
1. Murid Tahun Enam 2020 yang didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) |
2. Pelajar Tingkatan Tiga 2020 yang didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) |
3. SBP hanya menawarkan kemasukan pelajar ke Tingkatan Satu dan Empat sahaja |
PERMOHONAN ONLINE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2021 TINGKATAN 1 | |
Permohonan Dibuka | Permohonan Ditutup |
7 September 2020 | 2 Oktober 2020 |
Pentaksiran Baharu Kemasukan Sekolah Khusus Tahun 2021
Berdasarkan kenyataan media oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 23 Ogos 2020, KPM memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu untuk tujuan pengambilan murid ke Sekolah Khusus termasuklah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4
Satu sistem telah dibangunkan KPM bagi application secara single entry point. Sistem tersebut melibatkan permohonan secara berpusat serta kaedah pentaksiran standard secara berpusat. Untuk membuat permohonan rujuk panduan berikut:
Cara Dan Panduan AM Membuat Permohonan Online Tingkatan 1 SBP 2020 |
Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun pengambilan 2021 boleh dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui laman sistem aplikasi spskt1 KPM yang dibuka pada tarikh yang dinyatakan di atas |
Panduan terperinci permohonan akan dikemaskini setelah pautan atas diaktifkan pada tarikh permohonan |
Maklumat seperti syarat umum dan tarikh penting permohonan SBP tingkatan 1 berikut adalah bagi pengambilan tahun 2020 sebagai rujukan. Untuk pengambilan tahun 2021 akan dikemaskini setelah diumumkan
Syarat Umum Pemilihan Pelajar Tingkatan 1 SBP Tahun 2020 |
a. Pelajar mestilah warganegara Malaysia |
b. Pelajar mestilah murid Tahun 6 yang telah didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) pada Tahun 2020 |
c. Hendaklah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK) |
d. Pelajar yang sihat tubuh badan |
e. Pelajar yang aktif dalam penglibatan kokurikulum |
Tarikh-Tarikh Dan Perkara Penting Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 Tahun 2021 | |||||||
Bil | Perkara | Tarikh | Tindakan / Nota | ||||
1 | Sistem permohonan online SBP Tingkatan 1 dibuka dan ditutup | 7 September 2020 – 2 Oktober 2020 | Pemohon Murid-murid tahun 6 yang berdaftar dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) | ||||
2 | Semakan Pusat PKSK | Pemohon Semua pemohon perlu menyemak keputusan kelayakan melalui laman aplikasi permohonan yang sama bermula pada tarikh yang ditetapkan PKSK adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada murid yang terpilih sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP | |||||
3 | Pelaksanaan PKSK | Pemohon yang layak PKSK akan dijalankan secara serentak di 555 pusat pentaksiran yang ditetapkan di seluruh negara | |||||
4 | Semakan keputusan pemohonan dan penempatan ke SBP Tingkatan 1 | Pemohon i. Pemohon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan. | |||||
5 | Permohonan rayuan dibuka | Pemohon yang tidak berjaya | |||||
6 | Semakan keputusan rayuan | – | Pemohon rayuan | ||||
7 | Pendaftaran ke SBP | – | Pemohon yang berjaya Tarikh pendaftaran seperti dinyatakan dalam surat tawaran | ||||
Info Berkaitan |
PERMOHONAN ONLINE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2021 TINGKATAN 4 | |
Permohonan Dibuka | Permohonan Ditutup |
7 September 2020 | 2 Oktober 2020 |
Pentaksiran Baharu Kemasukan Sekolah Khusus Tahun 2021
Seperti dimaklumkan di atas, kenyataan media oleh KPM pada 23 Ogos 2020 menyatakan kaedah pentaksiran baharu diperkenalkan untuk tujuan pengambilan murid ke Sekolah Khusus termasuklah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4
KPM juga telah membangunkan sebuah sistem untuk permohonan murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus iaitu secara single entry point. Sistem tersebut melibatkan kaedah pentaksiran standard secara berpusat serta permohonan secara berpusat
Cara Dan Panduan AM Membuat Permohonan Online Tingkatan 4 SBP 2020 |
Permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun pengambilan 2021 boleh dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui laman sistem aplikasi spskt1 KPM yang dibuka pada tarikh yang telah ditetapkan |
Panduan terperinci permohonan akan dikemaskini setelah pautan atas diaktifkan pada tarikh permohonan |
Info lanjut termasuklah syarat umum dan tarikh penting permohonan SBP tingkatan 4 yang berikut adalah bagi pengambilan tahun 2020 sebagai rujukan. Untuk pengambilan tahun 2021 akan dikemaskini setelah diumumkan
Syarat Umum Pemilihan Pelajar Tingkatan 4 SBP |
a. Pelajar mestilah warganegara Malaysia |
b. Pelajar adalah murid tingkatan tiga dan telah didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) pada tahun 2020 |
c. Hendaklah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK) |
d. Pelajar yang sihat tubuh badan |
e. Pelajar yang aktif dalam penglibatan kokurikulum |
Tarikh-Tarikh Dan Perkara Penting Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 4 Tahun 2021 | |||||||
Bil | Perkara | Tarikh | Tindakan / Nota | ||||
1 | Sistem permohonan online SBP Tingkatan 4 dibuka dan ditutup | 7 September 2020 – 2 Oktober 2020 | Pemohon | ||||
2 | Semakan Pusat PKSK | Pemohon Semua pemohon perlu menyemak keputusan kelayakan melalui laman aplikasi permohonan yang sama bermula pada tarikh yang ditetapkan
| |||||
3 | Pelaksanaan PKSK | Pemohon yang layak PKSK akan dijalankan secara serentak di 555 pusat pentaksiran yang ditetapkan di seluruh negara | |||||
4 | Semakan keputusan pemohonan dan penempatan ke SBP Tingkatan 4 | Pemohon i. Pemohon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan. | |||||
5 | Permohonan rayuan dibuka | Pemohon yang tidak berjaya | |||||
6 | Semakan keputusan rayuan | – | Pemohon e-rayuan | ||||
7 | Pendaftaran ke SBP | – | Pemohon yang berjaya Tarikh pendaftaran akan dinyatakan dalam surat tawaran | ||||