Cara Solat Tahajjud beserta bacaan doa dan niat

Cara Solat Tahajjud beserta bacaan doa dan niat

Sebagai seorang muslim, pasti semua sedia maklum bahawa selain daripada ibadah wajib, terdapat banyak ibadah seperti membaca al Quran dan ibadah sunat yang dapat dilakukan sebagai cara untuk meningkatkan amalan dan menambah pahala, sekaligus mengurangkan nisbah dosa seseorang itu. Antara ibadah sunat yang dapat diamalkan adalah solat Tahajjud

Tahajjud merupakan sembahyang sunat yang didirikan setelah terbangun daripada tidur malam meskipun tidur itu hanya sebentar saja. Hukum solat sunat Tahajjud adalah sunat muakkad yang bermakna amalan ini merupakan amalan sunat yang amat digalakkan oleh Allah SWT

Buat makluman semua, Rasulullah SAW serta para sahabat tidak pernah meninggalkan solat sunat tahajjud sepanjang hayat. Meskipun baginda adalah insan mulia yang dijanjikan syurga, namun Rasulullah SAW tetap gigih mendirikan solat sunat Tahajjud setiap malam sehingga kedua-dua kaki baginda meninggalkan kesan-kesan bengkak

Allah berfirman dalam surah Al-Isra’ yang bermaksud: “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah ‘sembahyang tahajud’ padanya sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan engkau pada hari akhirat ditempat yang terpuji”

Panduan Lengkap Cara Solat Tahajjud Ringkas Serta Bacaan Doa

Solat tahajud merupakan solat sunat yang utama setelah solat fardu yang dilakukan sebaik baiknya ketika sepertiga malam terakhir. Kelebihan dalam perspektif Islam, solat tahajud yang baik dilakukan secara rutin dan ikhlas dapat menghapus dosa, meningkatkan darjat, meneguhkan iman, jiwa dan mental untuk mengharungi kehidupan, mendekatkan diri dengan pencipta dan seterusnya akan memperoleh ketenangan

Berikut dikongsikan cara solat sunat Tahajjud yang ringkas serta doa dan bacaan yang boleh dilafazkan untuk panduan semua

Waktu Dan Bilangan Rakaat Solat Sunat Tahajjud

Cara Solat Tahajjud beserta bacaan doa dan niatBoleh dilakukan pada waktu malam selepas terjaga daripada tidur selepas waktu isyak sehingga subuh. Lebih afdhal didirikan pada tengah malam selepas satu pertiga malam (lebih kurang jam 3 pagi)
Cara Solat Tahajjud beserta bacaan doa dan niatSolat sunat Tahajjud dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan satu salam dan boleh dilakukan sebanyak mungkin (2, 4, 6, 8, dan lebih lagi) mengikut kemampuan masing-masing

Lafaz Niat Solat Sunat Tahajjud

Cara Solat Tahajjud beserta bacaan doa dan niat
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tahajjud 2 rakaat kerana Allah ta’ala

TATACARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD

Rakaat Pertama
Cara Solat Tahajjud beserta bacaan doa dan niatDimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati
Cara Solat Tahajjud beserta bacaan doa dan niatMembaca doa iftitah
Cara Solat Tahajjud beserta bacaan doa dan niatMembaca surah Al-Fatihah
Cara Solat Tahajjud beserta bacaan doa dan niatDianjurkan membaca surah Al-Kafirun
Cara Solat Tahajjud beserta bacaan doa dan niat
Atau Ayat Al-Kursi sebanyak tujuh kali
Cara Solat Tahajjud beserta bacaan doa dan niat
Cara Solat Tahajjud beserta bacaan doa dan niatRukuk dan Iktidal
Cara Solat Tahajjud beserta bacaan doa dan niatSujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua
Rakaat Kedua
Cara Solat Tahajjud beserta bacaan doa dan niatDimulakan dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
Cara Solat Tahajjud beserta bacaan doa dan niatMembaca surah Al-Fatihah
Cara Solat Tahajjud beserta bacaan doa dan niatDianjurkan membaca surah Al-Ikhlas
Cara Solat Tahajjud beserta bacaan doa dan niat
Atausurah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali
Cara Solat Tahajjud beserta bacaan doa dan niatRukuk dan Iktidal
Cara Solat Tahajjud beserta bacaan doa dan niatSujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua
Cara Solat Tahajjud beserta bacaan doa dan niatBaca surah al-Isra’ ayat 80 dalam sujud terakhir sebanyak 3 kali
Cara Solat Tahajjud beserta bacaan doa dan niat
Maksudnya: Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku
Cara Solat Tahajjud beserta bacaan doa dan niatDuduk Tahiyyat Akhir
Cara Solat Tahajjud beserta bacaan doa dan niatMemberi salam

Doa Solat Tahajjud

Selepas memberi salam, baca doa seperti berikut:
Cara Solat Tahajjud beserta bacaan doa dan niat
Maksudnya: Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya. BagiMulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi. BagiMulah segala puji, Engkaulah yang benar, Bagi Mulah segala puji, Engkaulah yang benar, janjiMu adalah benar, perjumpaanMu itu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.
Cara Solat Tahajjud beserta bacaan doa dan niat
Maksudnya: Ya Allah, kepadaMulah aku berserah diri, kepadaMulah aku kembali, kepadaMulah aku rindu, dan kepada Engkaulah aku berhukum. Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (kekuasaan) Allah.

VIDEO CARA SOLAT SUNAT TAHAJJUD

VIDEO BACAAN DOA TAHAJJUD

Dalil Kelebihan Mengerjakan Solat Sunat Tahajjud
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada TuhanMu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari amalan dosa dan dapat menghalangi penyakit[Riwayat Tirmizi dan Ahmad R.A]

Fadhilat Solat Tahajjud

Antara kelebihan lain dan fadhilat mengerjakan solat ini termasuklah:

  1. Amalan Rasulullah serta para sahabat
  2. Di antara amalan orang soleh dan orang-orang yang bersabar
  3. Allah meninggikan darjat yang terpuji
  4. Allah memakbulkan doa
  5. Dapat menguatkan kekuatan rohani
  6. Dapat menenangkan hati
  7. Meningkatkan keimanan kepada Allah S.W.T.
  8. Dipermudahkan segala urusan duniawi dan ukhrawi

Boleh ke Solat Dilakukan Sebelum Tidur?

Menurut laman Facebook Ustaz Azhar Idrus apabila ditanyakan sama ada bolehkah untuk melakukan solat tahajud sebelum tidur atau mesti kena tidur dahulu, jawapan beliau adalah seperti berikut:

Ianya merupakan solat sunat yang didirikan selepas solat fardu isyak dengan syarat tidur dahuluwalau pun sekejap sahaja dan bukannya dilakukan sebelum tidur. Waktunya adalah pada waktu malam sehingga terbit fajar.

Oleh itu sekiranya tidak tidur dan hendak mengerjakan solat sunat maka tidaklah diniatkan solat sunat tahajjud tetapi diniatkan solat sunat malam atau sunat qiamullail serta seumpamanya.

Sama ada mengerjakan solat sunat tahajjud selepas tidur mahupun qiamullail sebelum tidur maka ganjarannya adalah tersangat banyak

Tips Bangun Malam Untuk Solat Tahajjud

Berikut adalah beberapa tips bagi memudahkan untuk bangun malam mengerjakan Solat Sunat ini

  1. Pada waktu siang hari sebelumnya boleh melakukan “Qailullah” iaitu tidur sekejap (lebih kurang 10-15 minit) sebelum masuk waktu zohor
  2. Tidur awal bagi memudahkan bangun berqiamullail
  3. Sebelum tidur, bacalah surah Al-Fatihah serta 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas) dan doa tidur
  4. Memasang niat untuk bangun malam bagi menunaikan solat
  5. Mengunci jam loceng atau jam pada telefon untuk memudahkan bangun
  6. Menjadikan ianya sebagai rutin setiap malam

Rebutlah peluang melakukan solat ini berikutan banyaknya manfaat dan kelebihan yang boleh diperolehi. Lakukannya semata-mata ikhlas kerana Allah.

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan