Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) : Format & Tarikh Pelaksanaan

Pendidikan

Pendidikan

Ujian Akhir Sesi Akadmik atau singkatannya UASA adalah nama yang diberikan bagi peperiksaan utama untuk murid Tahun 4 hingga Tingkatan 6 di sekolah rendah dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 di sekolah menengah. Seperti yang diketahui umum, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah dimansuhkan pada tahun 2021 dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) juga telah dimansuhkan pada tahun 2022. Justeru itu Kementerian Pendidikan akan melaksanakan format baharu peperiksaan utama yang dikenali sebagai UASA mulai Januari 2023.

Apakah UASA?

UASA atau Ujian Akhir Sesi Akademik adalah ujian peringkat sekolah dan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PBD sumatif di akhir kalendar akademik. Ujian akhir sesi akademik adalah bukan merupakan pentaksiran pusat. Ianya dilaksanakan adalah untuk menguji tahap kognitif murid bukan membandingkan prestasi ataupun pencapaian antara murid, sekolah, daerah dan negeri.

Tujuan UASA

Ujian Akhir Sesi Akademik bertujuan untuk mengumpul dan mendapatkan maklumat mengenai tahap pencapaian akademik murid ataupun kandungan yang dipelajari setiap pelajar sepanjang sesi pembelajaran akademik. Ianya dapat memberi gambaran yang menyeluruh tentang perkembangan kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Sekaligus maklumat ini dapat membantu guru merancang dan menjalankan intervensi untuk membangunkan potensi murid.

Siapa Terlibat? 

Ujian ini akan melibatkan murid sekolah rendah tahap dua iaitu Tahun 4, Tahun 5, dan Tahun 6 dan pelajar sekolah menengah peringkat menengah rendah iaitu Tingkatan 1, Tingkatan 2, dan Tingkatan 3 bagi sesi akademik semasa sahaja. Ianya melibatkan semua murid yang berdaftar dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

Format UASA – Ujian Akhir Sesi Akademik & Tarikh Pelaksanaan

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) serta info lain yang berkaitan.

Mata Pelajaran Sekolah Rendah

Bagi murid sekolah rendah Tahun 4, 5 dan 6, instrumen pentaksiran UASA melibatkan (5) lima mata pelajaran iaitu:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Sejarah

Mata Pelajaran Sekolah Menengah

Bagi murid sekolah menengah Tingkatan 1, 2 dan 3, instrumen pentaksiran UASA melibatkan (20) dua puluh mata pelajaran iaitu:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Ingggeris
  3. Sejarah
  4. Geografi
  5. Bahasa Arab
  6. Bahasa Cina
  7. Bahasa Tamil
  8. Bahasa Punjabi
  9. Bahasa Iban
  10. Bahasa Kadazandunsun
  11. Bahasa Semai
  12. Pendidikan Islam
  13. Matematik
  14. Sains
  15. Asasi Sains Komputer
  16. Reka Bentuk dan Teknologi
  17. Maharat Al-Quran
  18. Usul Al-Din
  19. Al-Syariah
  20. Al-Lughah Al-‘Arabiah Al-Mu’asirah

Nota: 

  • Pentaksiran untuk subjek Sains dan Matematik disediakan dalam dwibahasa
  • Instrumen pentaksiran dan panduan penskoran bagi mata pelajaran lain perlu disediakan oleh pihak sekolah
  • Ujian akhir sesi akademik ini hanya melibatkan semua mata pelajaran untuk komponen ujian bertulis sahaja. Manakala komponen lain seperti ujian lisan, amali dan lain-lain dilaksanakan dalam PBD berterusan

Tarikh Pelaksanaan UASA

Berikut adalah tarikh pelaksanaan bagi Ujian Akhir Sesi Akademik:

  • 2 – 27 Januari 2024
    • Pihak sekolah akan diminta untuk memuat turun dan mencetak soalan mengikut mata pelajaran yang ada di sekolah
    • Proses pentadbiran UASA serta panduan penskoran akan dilaksanakan sebagai persiapan ujian
  • 2 – 27 Januari 2024
    • Peperiksaan UASA serta dijangka akan berlangsung sekitar bulan Januari 2024

Pendidikan

Pendidikan

Muat turun maklumat penuh Dokumen Pengurusan UASA sesi akademik 2023/2024 di pautan berikut :

Penilaian / Penyataan Tahap Penguasaan UASA 

Penilaian ataupun penyataan tahap penguasaan juga dikenali sebagai (sistem grading) untuk UASA tidaklah diberikan melalui gred atau markah. Namun sebaliknya prestasi murid-murid akan diukur berdasarkan enam tahap penguasaan iaitu:

  1. TP 1:
    Tahu
    Pelajar boleh melaksanakan tugas asas, memiliki pengetahuan asas, atau bertindak balas terhadap situasi mudah.
  2. TP 2:
    Tahu dan Faham
    Pelajar menunjukkan pemahaman dengan menyesuaikan gaya komunikasi mereka atau dengan menterjemah dan menghuraikan apa yang telah mereka pelajari.
  3. TP 3:
    Tahu, Faham dan Boleh Buat
    Pelajar menunjukkan pemahaman dengan menyesuaikan gaya komunikasi mereka atau dengan menterjemah, menghuraikan dan mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari.
  4. TP 4:
    Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
    Pelajar mempraktikkan sesuatu kemahiran dengan melalui proses atau secara berkaedah.
  5. TP 5:
    Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
    Pelajar menunjukkan bakat dalam suasana novel dengan mematuhi protokol atau bertindak secara teratur, konsisten dan positif.
  6. TP 6:
    Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
    Pelajar mampu bersikap optimistik, kreatif, dan berimaginasi, dan mereka boleh menunjukkan contoh dengan menggunakan pengetahuan dan kebolehan mereka secara sistematik untuk situasi baharu.

Pendidikan

Penjelasan Format Pentaksiran Bagi Setiap Mata Pelajaran Sekolah Rendah & Menengah

Berikut adalah penjelasan format pentaksiran untuk setiap subjek. Sila klik pada pautan setiap mata pelajaran:

Sekolah Rendah 

1. Bahasa Melayu

2. Bahasa Inggeris

3. Sains

4. Matematik

5. Sejarah

Sekolah Menengah

1. Bahasa Melayu

2. Bahasa Inggeris

3. Sains

4. Matematik

5. Sejarah

Senarai Penuh: Mata Pelajaran Lain- Lain

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk maklumat rasmi daripada Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan seperti pautan berikut:

Video Pengenalan Ujian Akhir Akademik

Related : berupaya menggunakan mata pelajaran yang ada di sekolah, diberikan melalui aplikasi pengumpulan dan pemasangan instrumen appi iaitu sebuah sistem baharu yang dibangunkan oleh kpm, dijangka akan dijana melalui aplikasi pengumpulan dan pemasangan instrumen appi iaitu sebuah sistem baharu yang dibangunkan oleh kpm, kelas yang ditentukan oleh pihak kpm, kementerian pendidikan malaysia kpm, melaksanakan sesuatu kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik bersikap positif kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi, menjelaskan apa yang telah dipelajari, pihak sekolah rendah tahun 4 5 dan 6, tahap 2 sekolah rendah tahun 4 5 dan 6, format ujian akhir sesi akademik uasa format tarikh, contoh soalan mengikut mata pelajaran yang ada di sekolah, murid tahun 4 5 dan 6, murid dalam setiap mata pelajaran, 6 di sekolah rendah dan tingkatan 1 hingga 3 di sekolah menengah, diberikan melalui aplikasi pengumpulan dan pentaksiran tingkatan 3 pt3, berimaginasi dan pentaksiran tingkatan 3 pt3, format ujian pencapaian sekolah rendah upsr dan pentaksiran tingkatan 3 pt3, kementerian pendidikan malaysia kpm telah memperkenalkan, berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik bersikap positif kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi, pentaksiran bilik darjah pbd,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan