Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerbitkan perincian takwim persekolahan bagi tahun 2021 berdasarkan Kalendar 2021
MYsumber yakin pastinya guru dan ibubapa memerlukan takwim penggal persekolahan 2021 bagi merancang aktiviti untuk pelajar dan anak-anak di musim persekolahan mahupun percutian pada tarikh cuti sekolah. Ia juga membantu pihak sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran murid
TERKINI: Pengumuman Pembukaan Sekolah Kerana PKP, PKPB dan PKPP (16 Januari 2021) | ||
Menurut kenyataan KPM, PdP secara bersemuka di sekolah seluruh negara dibatalkan pada 20 Januari 2021. Berikut adalah kenyataan penuh oleh KPM: | ||
Pengumuman Pembukaan Sekolah Kerana PKP, PKPB dan PKPP (11 Januari 2021) | ||
KPM telah memutuskan bahawa sekolah di dalam kawasan PKP hanya dibuka untuk murid yang terlibat dengan peperiksaan SPM, SVM, SKM, STAM, STPM dan DVM bagi tahun 2020 serta 2021. | ||
Manakala pengoperasian semua institusi pendidikan yang berdaftar di bawah KPM yang berada di dalam kawasan PKPB dan PKPP adalah berdasarkan takwim masing-masing. | ||
Pengumuman Penutupan Sekolah & Penundaan Tarikh Peperiksaan (November 2020) | ||
KPM telah memutuskan penutupan semua sekolah termasuk Kolej Vokasional di seluruh negara sehingga akhir sesi persekolahan tahun ini pada 17 dan 18 Disember 2020. Pembelajaran secara atas talian mengikut kesesuaian guru dan pelajar akan dilaksanakan. | ||
Tarikh peperiksaan SPM/SVM/STAM pula dipinda dan akan bermula 22 Februari 2021. Manakala peperiksaan STPM akan bermula 8 Mac 2021. | ||
Pengumuman Pembukaan Penggal Pertama Persekolahan Tahun 2021 (Ogos 2020) | ||
Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin telah memaklumkan pindaan takwim bahawa pembukaan penggal pertama persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2021 adalah pada hari Rabu, 20 Januari 2021 | ||
Ini bermaksud cuti akhir tahun tidak dipendekkan tetapi permulaan sekolah bagi tahun 2020 dilanjutkan daripada kebiasaan tarikh buka sekolah iaitu pada awal Januari | ||
Sebelum ini, cuti akhir tahun telah dikurangkan daripada 42 hari kepada 14 hari bagi sekolah dalam kumpulan A iaitu negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu serta Kumpulan B membabitkan Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang dikurangkan dari 41 hari ke 13 hari | ||
Pengumuman Pembukaan Semula Sekolah – Sidang Media KPM 1 Julai 2020 | ||
Berdasarkan Sidang Media KPM pada 1 Julai 2020, Sekolah akan dibuka semula pada hari Rabu, 15 Julai 2020 bagi murid:
Manakala sekolah akan dibuka pada hari Rabu, 22 Julai 2020 bagi murid:
| ||
Peperiksaan Dibatalkan dan Ditunda | ||
Menteri Kanan Pendidikan telah mengumumkan dalam Sidang Media pada 15 April 2020 mengenai persekolahan iaitu: | ||
UPSR DAN PT3 DIBATALKAN | ||
Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (USPR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2020 dibatalkan | ||
SPM DAN SVM DITUNDA | ||
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan SVM ditunda kepada suku pertama tahun 2021 |
JADUAL PENGGAL PERSEKOLAHAN DAN CUTI SEKOLAH TAHUN 2021
Sepanjang tempoh cuti penggal persekolahan yang melibatkan cuti pertengahan penggal, macam-macam aktiviti dilakukan bersama seisi keluarga. Dan paling seronok anak dapat merehatkan diri secukupnya selain kemungkinan melawat destinasi tertentu di dalam atau luar negara tidak seperti cuti di hujung minggu
CUTI SEKOLAH 2021 KALENDAR TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN
Berikut MYsumber sertakan lampiran perincian takwim persekolahan sesi 2021 di seluruh negeri. Sekolah dalam kumpulan A iaitu negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu serta Kumpulan B membabitkan Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Menurut lampiran yang diterbitkan, perincian tersebut terbahagi kepada dua kumpulan iaitu sekolah dalam kumpulan A dan B seperti berikut
LAMPIRAN TAKWIM PENGGAL DAN CUTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2021
KUMPULAN A | |
SEKOLAH DI KEDAH, JOHOR, KELANTAN, DAN TERENGGANU | |
Cuti Pertengahan Penggal 1 | 26 Mac hingga 3 April |
Cuti Pertengahan Tahun | 28 Mei hingga 12 Jun |
Cuti Pertengahan Penggal 2 Pertama | 16 Julai hingga 24 Julai |
Cuti Pertengahan Penggal 2 Kedua | 10 Julai hingga 18 September |
Cuti Akhir tahun | 10 Disember hingga 31 Disember 2021 |
KUMPULAN B | |
SEKOLAH DI PERLIS, PULAU PINANG, PERAK, SELANGOR, N. SEMBILAN, MELAKA, PAHANG, SABAH, SARAWAK, WP KUALA LUMPUR, LABUAN DAN PUTRAJAYA | |
Cuti Pertengahan Penggal 1 | 27 Mac hingga 4 April |
Cuti Pertengahan Tahun | 29 Mei hingga 13 Jun |
Cuti Pertengahan Penggal 2 Pertama | 17 Julai hingga 25 Julai |
Cuti Pertengahan Penggal 2 Kedua | 11 hingga 19 September |
Cuti Akhir tahun | 11 Disember hingga 31 Disember 2021 |
LAMPIRAN JUMLAH HARI CUTI SEKOLAH SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN 2021
SUMBER RUJUKAN RASMI |
LAMPIRAN TAKWIM PENGGAL DAN CUTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2020 (PINDAAN 23 Jun 2020)
KUMPULAN A | |
SEKOLAH DI KEDAH, JOHOR, KELANTAN, DAN TERENGGANU | |
Cuti Pertengahan Penggal 1 | 13 Mac hingga 21 Mac |
Cuti Pertengahan Tahun | 22 Mei hingga 6 Jun (Hari Raya Aidilfitri) |
Cuti Pertengahan Penggal 2 | 20 Ogos hingga 24 Ogos |
Cuti Akhir tahun | 18 Disember hingga 31 Disember 2020 |
KUMPULAN B | |
SEKOLAH DI PERLIS, PULAU PINANG, PERAK, SELANGOR, N. SEMBILAN, MELAKA, PAHANG, SABAH, SARAWAK, WP KUALA LUMPUR, LABUAN DAN PUTRAJAYA | |
Cuti Pertengahan Penggal 1 | 14 Mac hingga 22 Mac |
Cuti Pertengahan Tahun | 23 Mei hingga 7 Jun |
Cuti Pertengahan Penggal 2 | 20 Ogos hingga 24 Ogos |
Cuti Akhir tahun | 19 Disember hingga 31 Disember 2020 |
LAMPIRAN JUMLAH HARI CUTI SEKOLAH SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN 2020
INFO BERKAITAN |