Terkini Ucapan Selamat Tahun Baru 2024 Malaysia

Informasi

Informasi

Menjelang tahun baharu, pasti menjadi kemestian dengan diserikan teks ucapan ringkas Selamat Menyambut Tahun Baru 2024 yang kreatif, mencuit atau meninggalkan kesan di hati si penerima ucapan

Bagi rakyat Malaysia, sambutan tahun baharu 2024 sudah tentu dengan pelbagai acara termasuk menyaksikan persembahan bunga api mempesonakan, selain menghadiri majlis keagamaan bagi mendoakan kesejahteraan rakyat dan negara dalam menghadapi tahun baru yang dijangka penuh cabaran

Teks Ucapan Terkini Sambutan Tahun Baru 2024 Di Malaysia

Berikut MYsumber sertakan beberapa koleksi ucapan Selamat Tahun Baru 2024 terkini kepada anda, terutamanya rakyat Malaysia untuk mendedikasikan kepada teman mahupun insan yang tersayang menerusi aplikasi WhatsApp, Facebook, Twitter, Instagram atau Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Ucapan Selamat Menyambut Tahun Baru 2024

Jiwa Akan Sepi Tanpa Teman,
Hati Akan Mati Tanpa Iman,
Hari Ini Adalah Kenyataan,
Semalam Adalah Kenangan,
Esok Adalah Impian,
Jadi, Sucikan Hati,
Jernihkan Fikiran,
Sambutlah Tahun Baru Dengan Keazaman Baharu.

Buka Hati Dapat Cinta,
Hulur Tangan Tanda Persahabatan,
Buka Mata Dapat Pemandangan.
Buka Smartphone Dapat Pesan,
Buka Pesan Dapat Ucapan,
Selamat Tahun Baru 2024.

Aku Senantiasa Berdoa Agar Kamu Mengalami Minggu Yang Manis,
Isnin Yang Bahagia,
Selasa Yang Menyenangkan,
Rabu Yang Penuh Kejayaan,
Khamis Yang Berkesan,
Jumaat Yang Menakjubkan,
Sabtu Yang Penuh Cinta,
Akhir Kata, Tahun Baru Yang Ceria Penuh Dengan Senyum Harapan.
Selamat Tahun Baru 2024.

Biarlah Bunga Jatuh Dari Tangkainya,
Biarlah Malam Berganti Pagi,
Dan Biarlah Tahun Yang Telah Berlalu,
Namun, Rasa Cinta Dan Sayang Padamu Takkan Sesekali Berganti Menjadi Benci,
Selamat Menyambut Tahun Baru…Sayang.

Pujukkan Hatimu Saat Malam Menghampir,
Pejamkan Mata Saat Mimpi Indah Menjelma Untukmu,
Sandarkan Hati Saat Rembulan Tersenyum Untukmu,
Buka Mata Saat Mentari Mulai Menyapa Dan Jalani Tahun Baru Dengan Penuh Harapan,
Semoga Tahun Baru Ini Lebih Bermakna Untukmu.

Esok Adalah Bagaikan Misteri,
Jangan Berhenti Berharap Meskipun Tahun Telah Berganti,
Kerana Itulah Yang Tetap Membuat Kita Sentiasa Tersenyum,
Selamat Tahun Baru 2024.

Sebentar Lagi Kita Akan Mendapat Sebuah Dairi Yang Masih Kosong,
Bermulalah Coretan Kita Diatasnya,
Diari Itu Berjudul Persahabatan Dan Bab Pertama Berjudul Selamat Tahun Baru,
Sahabat, Tahun Telah Berganti,
Maafkan Jika Aku Ada Salah Di Tahun Lama Ini,
Mari Kita Perbaiki Diri Pada Tahun Yang Baharu Ini,
Selamat Tahun baru 2024!

Waktu Terus Berlalu, Lembaran Demi Lembaran Telah Dilalui,
Coretan Demi Coretan Telah Memenuhi,
Kadang Tak Bererti, Kadang Tanpa Makna, Atau Hanya Sedikit Makna
Semoga Di tahun Ini Setiap Lembaran Memiliki Makna, Setiap Lembaran Bermanfaat,
Selamat Tahun Baru. Semoga Lebih Berjaya!

Matahari Menyelinap Dibalik Bukit,
Sembunyikan Kenangan Hidup,
Menyimpan Lembaran Usang, Menyambut Hari-Hari Muda,
Sebentar Lagi ‘kan Menjelang,
Selamat Datang Tahun Baru 2024,
Harapan Baru Dan Perubahan.

Semoga Damai Dan Kasih Allah Mengisi Setiap Hari Dalam Hidupmu,
Harap Anda Dan Keluarga Selamat Dan Bahagia,
Selamat Tahun Baru 2024.

Harapan Tahun Baru Ini Kita Akan Memiliki Visi Baru,
Misi baru,
Hidup Baru,
Hari Baru Yang Akan Lebih Baik Dari Hari Semalam,
Selamat Tahun Baru 2024 Semua!

Ucapkan Selamat Tinggal Pada 2023 Dan Selamat Datang 2024
Semoga Tahun Ini Jauh Lebih Baik Dari Tahun Lalu,
Dan Harapan Bahawa Kita Selalu Menjadi Teman Yang Baik,
Selamat Tahun Baru 2024.

Detik, Demi Detik,
Hari Demi Hari,
Hingga Bulan Demi Bulan Telah Mengusung Banyak Cerita,
Suka Duka.. Menjadi Warna Nyata Dalam Hidup Kita,
Tapi Biarkan Semua Menjadi Kenangan Yang Terpahat,
Kini Tahun Baru Telah Mendatangi Kita,
Tibanya Kita Memperbaiki Kegagalan Menjadi Kejayaan,
Kita Buka Lembar Kisah Baru Dengan Semangat Dan Keceriaan,
Selamat Tahun Baru 2024.

Tiada Kata Yang Seindah Lantunan Syair,
Tiada Mutiara Yang Secantik Bidadari,
Tapi Hari Ini Lebih Dari Hari Sebelumnya,
Kerana Tak Lama Lagi Kita Akan Melewati Detik Pergantian,
Yang Sama-Sama Di Tunggu Oleh Jutaan Manusia Di Dunia,
Hanya Satu Yang Dapat Aku Lakukan Dan Berkata,
Selamat Tahun Baru 2024!

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan