Permohonan Gerak Malaysia Online Pergerakan Rentas Negeri

Dikemaskini pada

Gerak Malaysia Aplikasi Pergerakan Rentas Negeri

Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 dan telah dilanjutkan sehingga 28 April 2020 berikutan penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh Malaysia dan serata dunia. Arahan ini bersesuaian dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mengekang daripada coronavirus ini merebak dan menjangkiti orang ramai. Selaras itu, Gerak Malaysia iaitu aplikasi pergerakan rentas negeri telah diperkenalkan bagi memantau pergerakan rakyat Malaysia

Sidang Media Majlis Keselamatan Negara oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 April 2020 beliau berkata, orang ramai yang terperangkap di rumah semasa pulang ke kampung dan kini berada di Kampung halaman, mereka yang berkeinginan untuk pulang ke ibu kota boleh mendaftar diri melalui aplikasi Gerak Malaysia (telefon pintar) mulai 26 April 2020

Bagi mereka yang tiada kemudahan internet boleh mendaftar diri di Balai Polis berhampiran/ berdekatan dengan syarat membuat membuat temu janji dahulu dengan pihak balai polis tersebut

Namun bergitu keputusan muktamad hanya akan dikeluarkan selepas 1 Mei 2020 setelah mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Kerajaan juga tidak memberi apa-apa jaminan berkenaan pergerakan memandangkan masih menunggu laporan daripada pendaftaran yang bakal bermula 26 April. Selepas itu baru kerajaan boleh merangka perancangan prosedur operasi standard dan kajian dengan khidmat nasihat KKM

Aplikasi GerakMalaysia telah dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM)  serta sokongan dari syarikat telekomunikasi di Malaysia

Ianya dilengkapi sistem GPS bagi mengesan lokasi semasa pengguna serta pengesanan jarak dekat sesama peranti sahaja apabila Bluetooth diaktifkan. Data ini akan digunakan SKMM untuk menyokong usaha pengesanan dan mengurangkan penyebaran COVID-19

Untuk makluman, PKP telah dilanjutkan selama dua minggu lagi sehingga 12 Mei 2020. Kerajaan juga menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak menolak kemungkinan PKP akan disambung lagi selepas itu menyebabkan ramai yang bakal tidak dapat pulang ke kampung berhari raya. Namun, ianya bergantung kepada situasi semasa Covid-19 di negara ini

PERMOHONAN PERGERAKAN RENTAS NEGERI MELALUI APLIKASI GERAK MALAYSIA

Berikut dikongsikan bagaimana cara untuk memuat turun aplikasi GerakMalaysia serta maklumat lain yang berkaitan

Tarikh SemakanTARIKH & CARA PENDAFTARAN DIRI MELALUI APLIKASI GERAKMALAYSIA

Aplikasi BukaMulaAplikasi TutupTamat
26 April 2020
MYNota
Pengguna sudah boleh memuat turun Aplikasi GerakMalaysia dahulu namun pendaftaran diri bagi pergerakan rentas negeri (dari kampung ke ibu kota) akan dibuka mulai tarikh di atas
Setelah memohon, kemaskini permohonan perlu dibuat pada 29 April 2020 untuk mengesahkan destinasi perjalanan pemohon
Semakan status permohonan boleh dibuat pada 1 Mei 2020 dan tempoh pergerakan antara negeri yang dibenarkan adalah antara 7 hingga 10 Mei

MAKLUMAT YANG PERLU DILAPORKAN 

Berdasarkan Siaran Media MKN, pemohon yang ingin mendaftar pergerakan rentas negeri perlulah melaporkan perkara berikut:
BetulNama pemohon
BetulJumlah keluarga dan sebagainya untuk pulang
BetulLokasi asal (dari kampung mana)

MUAT TURUN APLIKASI GERAK MALAYSIA

Berikut dikongsikan pautan untuk memuat turun aplikasi GerakMalaysia bagi pengguna Android dan juga iOS
AppStore iOS AppleGoogle Play Store Android   
Adalah suatu usaha untuk membantu Kerajaan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19 dan membendung penyebaran virus melalui pengesanan kontak
Aplikasi juga akan memaparkan maklumat-maklumat terkini daripada pihak-pihak berkuasa serta langkah-langkah pencegahan dan nasihat berkenaan wabak COVID-19.
MY Peringatan INFO TERKINI: PERMOHONAN PERGERAKAN ANTARA NEGERI SEMASA PKP

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed pada 6 Mei 2020 memaklumkan bahawa perjalanan rentas negeri kini perlukan bukti kod QR. Ini bermakna Polis akan menyemak kebenaran perjalanan rentas negeri menggunakan kod QR yang dimuat turun dari aplikasi Gerak Malaysia

Oleh itu, polis yang bertugas di sekatan jalan raya akan meminta pengguna menunjukkan kod QR mereka menggunakan telefon pintar

Perubahan ini dibuat kerana data awal menunjukkan hanya 29.5 peratus daripada 503,276 pemohon perjalanan merentas negeri sudah mengemas kini maklumat masing-masing seperti dikehendaki pihak berkuasa

Sebelum ini orang ramai memang tidak perlu menunggu kelulusan selagi perjalanan mereka dikemas kini melalui aplikasi berkenaan

Berikut adalah pengumuman terkini berkaitan pergerakan antara daerah ke daerah ketika Sidang Media MKN pada 5 Mei 2020:
Pergerakan antara daerah dengan daerah telah pun dibebaskan jadi tidak ada had dari segi jangkamasa untuk keluar

Berikut adalah beberapa perkara penting yang dimaklumkan pada sidang Sidang Media Pengarah JSJ Bersama Pengerusi SKMM pada 3 Mei 2020 :-

  1. Permohonan melalui aplikasi Gerak Malaysia hanya tertakluk kepada orang ramai yang berada di semenanjung, sebaliknya bagi yang berada di Sabah dan Sarawak tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) negeri terbabit
  2. Untuk mereka yang tiada kemudahan aplikasi, orang ramai boleh memuat turun borang kebenaran rentas negeri menerusi Facebook dan Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula 3 Mei 2020. Borang perlu dicetak dan diserahkan kepada balai berhampiran untuk mendapatkan kelulusan. Bagaimanapun, orang ramai diingatkan supaya membuat temu janji terlebih dahulu bagi mengelak kesesakan. Kelulusan akan diberi pada hari sama borang itu diserahkan
  3. Pemohon perlu mengemaskini aplikasi Gerak Malaysia ke versi terkini untuk mengemaskini maklumat destinasi bermula 4 – 5 Mei 2020
  4. Proses analisis maklumat pergerakan adalah pada 6 Mei 2020
  5. Bagi pemohon aplikasi Gerak Malaysia yang membawa sesebuah keluarga, disarankan ahli keluarga yang lain (berumur 16 tahun ke atas) turut memohon aplikasi sama
  6. Orang ramai yang membuat permohonan tidak akan mendapat notifikasi mengenai kelulusan permohonan dibuat mereka dan tiada kod QR dikeluarkan berhubung kelulusan permohonan. Namun PDRM masih boleh kenal pasti individu yang ada memohon sekiranya ada pemeriksaan dilakukan

Jadual perjalanan rentas negeri adalah seperti berikut :-

  1. Khamis : 7 Mei 2020 – Merangkumi pergerakan pulang dari Kuala Lumpur
  2. Jumaat : 08 Mei 2020 – Pergerakan pulang dari Perak, Johor & Kelantan
  3. Sabtu : 09 Mei 2020 – Pergerakan pulang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka & Pahang
  4. Ahad : 10 Mei 2020 – Pergerakan pulang dari Selangor, Negeri Sembilan & Terengganu

Download Borang Permit Pergerakan PKP Bagi Mereka Yang Tiada Telefon Pintar

  1. Memuat turun borang “Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” di Media Sosial Rasmi PDRM
  2. Mengisi borang tersebut dengan lengkap dalam dua (2) salinan
  3. Menghubungi balai polis berhampiran bagi tujuan temu janji untuk penyerahan borang, dan
  4. Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.

Bagi mana-mana individu yang langsung tidak mempunyai kemudahan telefon pintar atau rangkaian internet pula, mereka dikehendaki untuk menelefon mana-mana Balai Polis terdekat untuk membuat temu janji bagi mengisi borang “Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” yang telah disediakan.

Untuk panduan lanjut rujuk Soalan Lazim Gerak Malaysia yang dikeluarkan SKMM seperti di pautan berikut

PANDUAN PENGGUNAAN APLIKASI GERAK MALAYSIA

Berikut adalah cara memohon Pergerakan Rentas Negeri melalui aplikasi Gerak Malaysia 
Cara Guna Gerak Malaysia 1
Cara Guna Gerak Malaysia 2
Cara Guna Gerak Malaysia 3
Cara Guna Gerak Malaysia 4
KEMASKINI DESTINASI DI APLIKASI GERAK MALAYSIA
Gerak Malaysia Kod QR
Gerak Malaysia Kod QR 1
Gerak Malaysia Kod QR 3
Gerak Malaysia Kod QR 4

MAKLUMAT LANJUT

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Pergerakan Rentas Negeri melalui aplikasi Gerak Malaysia berdasarkan Siaran Media, Polis DiRaja Malaysia 
Siaran Media – 26 April 2020
soalan 1
soalan 2
soalan 3
soalan 4
Siaran Media – 25 April 2020
Polis 1
polis 2
polis 3
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Close