Borang Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Johor & Semakan Status

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Seluruh negara Malaysia telah terkesan dengan wabak pandemik COVID-19 yang telah melanda serata dunia. Antara kesan terbesar adalah kehilangan atau terjejasnya punca pendapatan masyarakat akibat tidak boleh keluar bekerja. Justeru kerajaan telah memberikan pelbagai inisiatif bagi membantu meringankan beban rakyat. Kerajaan Negeri Johor turut melaksanakan inisiatif yang dikenali sebagai Bantuan Ihsan COVID-19 Johor

Bantuan Ihsan COVID-19 Johor adalah inisiatif khas bagi rakyat yang tidak terdiri daripada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) ataupun Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Bagi mereka yang melepasi syarat kelayakan akan menerima bantuan berjumlah RM250 atau RM500 mengikut kriteria yang ditetapkan. Paling penting pemberian ini turut melibatkan golongan M40 yang tercicir daripada menerima sebarang bantuan kerajaan

Ini merupakan berita baik buat orang ramai yang tidak menerima sebarang bantuan daripada kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri. Bantuan yang dimaksudkan termasuklah dari segi bantuan berbentuk makanan mahupun wang tunai. Individu bujang yang bukan dalam tanggungan keluarga dan berumur 18 tahun ke atas turut layak menerima bantuan ini

Permohonan bagi Bantuan Ihsan COVID-19 Johor ini perlu dibuat dengan cara pengisian borang serta menerusi ejen saluran sama ada Ahli Majlis PBT, Ketua Kampung, Penghulu ataupun Wakil Rakyat.

Keputusan pula akan dimaklumkan menerusi sistem e-IHSAN Johor kepada semua Pusat Saluran. Pembayaran akan dibuat secara terus ke akaun bank ataupun tunai melalui Pusat Saluran (sekiranya tiada akaun bank)

Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor RM250 atau RM500

Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Johor serta Cara membuat Semakan Status Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Johor dan maklumat lain berkaitan

Kadar Bantuan

Jumlah bantuan adalah mengikut kelayakan:

  • RM250 atau RM500
  • Isi Rumah atau Bujang

Bantuan khas ini adalah kepada mereka yang tidak layak terima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Sara Hidup (BSH)

Nota: Kadar bantuan adalah mengikut kriteria masing-masing

Syarat Kelayakan

  1. Orang perseorangan atau isi rumah yang tidak pernah mendapat sebarang bantuan sama ada daripada Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri sebagai contoh BSH atau BPN daripada Kerajaan Persekutuan dan bantuan berbentuk makanan ataupun wang tunai di peringkat Kerajaan Negeri
  2. Mempunyai pendapatan isi rumah yang berjumlah RM8,000 ke bawah (yang tercicir daripada menerima BPN atau BSH
  3. Individu bujang yang bukan dalam tanggunggan keluarga atau isi rumah (berumur 18 tahun ke atas)

Bagi anda yang termasuk dalam kategori di atas, permohonan boleh dilakukan mengikut kaedah dan ketetapan permohonan di bawah:

Tarikh Permohonan

  • Dibuka:  Telah Dibuka
  • Ditutup: Sehingga PKP dan COVID-19 Berakhir 

Cara Membuat Permohonan

  • Wakil / Penyelaras pusat saluran yang akan mengenal pasti mereka yang berkelayakan ATAU mereka yang berkelayakan boleh menghubungi wakil / penyelaras pusat saluran di kawasan masing-masing
  • Wakil yang dilantik akan membantu orang perseorangan atau isi rumah yang tidak menerima sebarang bantuan sama ada daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
  • Tiada permohonan secara online atau dalam talian
  • Tiada borang diperlukan (namun beberapa maklumat masih diperlukan bagi wakil pusat saluran membuat permohonan)
    Nota: Borang yang tersebar adalah untuk kegunaan wakil sebagai panduan sahaja

Bantuan Kerajaan

Pusat Saluran Utama Bantuan 

Berikut adalah Pusat saluran dan contoh ejen-ejen pusat saluran yang dilantik. Kerajaan Negeri Johor telah melantik Ketua Pusat Saluran bagi melantik Ejen Pusat Saluran untuk membantu individu atau isi rumah bagi membuat permohonan

Pusat SaluranContoh Ejen
1. Pejabat Menteri Besar
  •  YB Dato’ Zulkurnain Bin Haji Kamisan
  •  YB Tuan Raven Kumar A/L Krishnasamy
  •   YBhg. Datuk Tee Siew Kiong
2. Pejabat-pejabat Daerah
  •  Penghulu
  •  Ketua Kampung
3. Pihak-pihak Berkuasa Tempatan; dan 
  • Ahli Majlis
  •  Ketua Jabatan PBT
4. Pejabat-pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri
  •  Pegawai Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN)

Nota: Setiap Pusat Saluran hendaklah memasukkan semua maklumat borang permohonan ke dalam sistem e-IHSAN Johor

Nama dan nombor wakil / penyelaras yang dilantik di kawasan 56 ADUN adalah seperti yang tertera di bawah:

Semakan Status Bantuan Ihsan COVID-19 Johor

Bagi permohonan yang berjaya, bayaran bantuan akan disalurkan oleh pihak Perbendaharaan Negeri Johor secara Electric Fund Transfer (EFT). Jika tiada akaun bank, bayaran akan dibuat secara tunai melalui Pusat Saluran

Penerima yang layak mendapat bantuan ini boleh membuat semakan status melalui pautan di bawah:

Carta Alir Prosedur

Berikut adalah carta aliran bagi proses permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Johor sebagai rujukan semua

Bantuan Kerajaan

Maklumat dan Pertanyaan

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Ihsan COVID-19 Johor, sila rujuk soalan lazim seperti di bawah atau layari Laman Web Rasmi Bantuan Ihsan COVID-19 Johor seperti pautan di bawah atau hubungi talian Bilik Gerakan seperti berikut:

  • Soalan Lazim Bantuan Ihsan COVID-19 Johor

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

  • Laman Web Rasmi : e-Ihsan Johor
  • No. Tel : 07-2666766
  • Emel : ihsancovid19@johor.gov.my
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan