Cara daftar permohonan i-SURI KWSP untuk isi rumah

13:06 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 17 Oktober 2018 jam 03:40 PM

i suri kwsp

Pendaftaran Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) KWSP untuk mereka yang berkelayakan kini boleh dibuat bermula hari Rabu, 15 Ogos 2018. Mereka yang layak boleh membuat pendaftaran sebagai ahli KWSP untuk menyertai i-Suri dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KSWP di seluruh negara.

Kumpulan sasar yang akan mendapat manfaat di bawah program i-SURI adalah suri rumah
kepada Ketua Isi Rumah (KIR) dan KIR wanita yang layak tertakluk kepada kriteria-kriteria
yang telah ditetapkan

i-SURI adalah satu Insentif Khas Kerajaan untuk Suri Rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) di mana suri rumah, balu dan ibu tunggal yang profil mereka didaftarkan di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) boleh menyertai i-Suri

Mereka perlu membuat caruman minimum RM5 setiap bulan ke akaun simpanan persaraan mereka bagi melayakkan untuk menerima insentif kerajaan RM40 setiap bulan yang dimasukkan ke akaun KWSP masing-masing

Individu yang menepati kelayakan dan membuat pendaftaran i-Suri bakal menikmati manfaat sama seperti ahli KWSP yang lain seperti dividen tahunan ke atas simpanan persaraan, pengeluaran umur 50, 55 dan 60, bantuan hilang upaya serta bantuan kematian

PENDAFTARAN PERMOHONAN i-SURI KWSP UNTUK SURI RUMAH

Berikut adalah maklumat penting berkaitan Program i-suri KWSP beserta dengan cara daftar, syarat kelayakan, manfaat dan saluran pertanyaan serta maklumat ringkas program

TARIKH MULA PENDAFTARAN
15 OGOS 2018
Mereka yang layak perlu hadir sendiri ke mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh Malaysia untuk membuat pendaftaran i-SURI
SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN i-SURI KWSP
Nombor 1Golongan suri rumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih setakat 30 Jun 2018, termasuk Isteri (Isteri kepada ketua Isi Rumah KIR), KIR Wanita (Balu, bercerai, bujang) 
Nombor 2Warganegara Malaysia
Nombor 3Belum mencapai umur 60 tahun
Nombor 4Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun
SEMAKAN PENDAFTARAN e-KASIH ONLINE
Semakan nama yang telah didaftarkan di sistem e-Kasih boleh disemak secara atas talian di pautan berikut :-
Klik LinkSemakan Pendaftaran e-Kasih

Program i-SURI akan dilaksanakan dalam tiga fasa seperti berikut :-

MANFAAT DAN FASA PELAKSANAAN PROGRAM i-SURI KWSP
Nombor 1Fasa 1 bermula dari 15 Ogos 2018 di mana dengan kerajaan akan menyumbang sebanyak RM40 sebulan bagi setiap caruman sukarela dengan jumlah minimum RM5 ke akaun KWSP
Nombor 2Fasa kedua yang dijangka bermula tahun 2019 di mana sumbangan kerajaan akan meningkat kepada RM50 dengan RM10 daripadanya akan disumbangkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Nombor 3Fasa ketiga yang dijangka dimulakan pada awal 2020 di mana dua peratus sumbangan KWSP suami akan dimasukkan ke akaun isteri (Pindaan perlu dilakukan terhadap akta berkaitan)
MANFAAT PROGRAM i-SURI KWSP
ISURI
MAKLUMAT LANJUT DAN PENJELASAN PRODUK
Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di talian 03-8000 8000
Penjelasan mengenai produk dan perkhidmatan KSWP boleh didapati dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000 atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP serta merujuk Laman sesawang KWSP di pautan berikut :-
Klik LinkPortal Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)