PRIHATIN Kasih Semakan Kelayakan Bantuan RM100 Sebulan Untuk 3 Bulan

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Golongan miskin bandar merupakan antara golongan yang amat terkesan dalam pandemik COVID-19. Ini kerana pendapatan mereka bukan sahaja sememangnya sedikit, malah semakin berkurang atau hilang dan tiada terus pendapatan disebabkan wabak ini. Justeru, kerajaan Malaysia telah mengumumkan salah satu inisiatif iaitu PRIHATIN Kasih yang merupakan sebuah bantuan di bawah program PEMERKASA

Di dalam PEMERKASA, terdapat bantuan yang merangkumi pelbagai peruntukan bagi golongan miskin tegar serta miskin bandar di bawah inisiatif Bantuan Rentan Bandar. Prihatin Kasih ini merupakan salah satu daripadanya. Ianya menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta kepada 300,000 isi rumah miskin di seluruh negara mulai 1 Julai 2021

Bantuan dalam program ini akan menggunakan sistem tanpa tunai iaitu akan dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad penerima. Justeru pengguna yang layak menerima bantuan boleh hadir ke 300 rantaian pasar raya dan kedai yang mengambil bahagian dalam program ini dan membeli barangan asas di kedai runcit seperti makanan, susu bayi dan sebagainya

Sebagai makluman, penerima PRIHATIN Kasih yang layak akan dimaklumkan menerusi SMS bagi mengesahkan status mereka sebagai penerima manfaat. Tarikh dan masa bagi sesi taklimat orientasi di kedai runci yang berhampiran juga akan diberikan.  Selain itu penerima juga boleh menyemak status kelayakan di pautan yang dikongsikan di bawah

Semakan Status PRIHATIN Kasih: Bantuan Barangan Asas Menerusi MyKad

Mulai 1 Julai 2021, penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama tiga bulan, yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka

Elaun ini kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barangan makanan asas di kedai-kedai runcit yang terdekat dengan kawasan penerima bantuan

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai program PRIHATIN Kasih:

Kelayakan Penerima

Berdasarkan Kenyataan Media Kementerian Kewangan (MOF) , keluarga yang menerima PRIHATIN kasih:

  • Telah dipilih daripada keluarga miskin bandar
  • Dengan mengambil kira pengkalan data dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan e-Kasih
  • Disemak silang dengan pengkalan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Baca Juga: Cara Mohon Pengeluaran Duit KWSP

Semakan Status

Untuk menyemak status sebagai penerima PRIHATIN kasih boleh menggunakan pautan semakan Prihatin Kasih berikut:

Penerima yang layak akan menerima SMS  untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat di kedai runcit yang berdekatan

Borang Permohonan

Kadar Bantuan

Menrusi Program PRIHATIN Kasih, penerima yang layak akan menerima bantuan iaitu:

  • Elaun bulanan sebanyak RM100
  • Diberikan bagi tempoh 3 bulan sahaja
  • Dalam bentuk tanpa tunai (kredit terus ke dalam MyKad)
  • Jika baki elaun bulan tersebut tidak habis digunakan, ianya akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan berikutnya
  • Baki elaun yang masih tinggal boleh digunakan sehingga akhir tahun

Cara Penggunaan

Penerima yang layak akan dimaklumkan penerangan mengenai kedai runcit yang terdekat bagi membeli keperluan asas dengan menggunakan kredit di MyKad.

Langkahnya adalah seperti panduan gambar berikut:

Bantuan Kerajaan

  1. Penerima memilih barangan
  2. Juruwang mengimbas harga barangan
  3. Penerima menunjukkan MyKad dan memasukkan 6 kod digit
  4. Penerima menyimpan resit untuk melihat perbelanjaan

Tempoh Pemberian Bantuan

Menurut kenyatan media MOF, bantuan ini akan diberikan mengikut negeri. Pada fasa pertama yang telah pun dilaksanakan bermula pada 1 Julai 2021 adalah bagi mereka di Selangor dan Kuala Lumpur. Fasa selanjutnya akan dilancarkan seperti berikut:

NegeriBulan Pelaksanaan
Selangor dan Kuala LumpurJulai hingga September 2021
Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka dan TerengganuOgos hingga Oktober 2021
Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah dan SarawakSeptember hingga November 2021
atau Oktober hingga Disember 2021
(akan dikamklumkan kemudian)

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai program ini, sila hubungi atau layari butiran berikut :

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan