Skim Perubatan Madani: Rawatan Percuma Buat Golongan B40

Bantuan Kerajaan

Kerajaan Malaysia sentiasa mementingkan nasib golongan miskin dan B40 daripada pelbagai aspek termasuklah keperluan kesihatan justeru itu telah memperkenalkan Skim Perubatan Madani. Keperluan kesihatan merupakan antara keperluan yang utama bagi setiap rakyat apabila jatuh sakit. Kesihatan merupakan antara nikmat yang terbesar dan berharga dalam kehidupan. Tanpa tubuh badan yang sihat, seseorang itu tidak dapat menjalankan pekerjaan sekaligus tidak dapat menyara diri dan keluarga

Berdasarkan tinjauan Pendapatan isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019, sebanyak 2.91 juta isi rumah terdiri daripada golongan B40. Ini merupakan sebuah angka yang besar dan merupakan antara golongan yang utama dan wajar diutamakan keperluannya di Malaysia. Sememangnya kerajaan telah pun melaksanakan pelbagai inisiatif khusus untuk golongan b40 sejak dahulu lagi antaranya termasuklah bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah

Jika dilihat dari sudut kesihatan awam pula, Malaysia merupakan antara negara yang baik dan mengutamakan rakyat kerana memberikan perkhidmatan bersubsidi di Klinik Kesihatan Awam. Lazimnya apabila sakit, rakyat akan hadir ke klinik kesihatan atau klinik kerajaan berhampiran rumah bagi mendapatkan rawatan dan hanya perlu membayar serendah RM1 untuk setiap lawatan. Ini antara punca berlakunya kesesakan di klinik-klinik kerajaan kerana kebanyakannya tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di Klinik Swasta

Menyedari hal itu, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia memperkenalkan sebuah inisiatif rintis baharu untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 yang dikenali sebagai Skim Perubatan MADANI. Dengan adanya program atau skim ini yang memberikan rawatan percuma buat golongan B40, diharapkan keperluan kesihatan rakyat dalam kelompok ini lebih terjaga dan sekaligus memberikan kesan yang positif kepada tahap kesihatan awam negara dan juga perkhidmatannya

Skim Perubatan Madani: Rawatan Percuma Buat Golongan B40

Berikut akan diterangkan lebih lanjut mengenai Skim ini seperti kategori kelayakan, manfaat rawatan dan semua maklumat lain yang berkaitan

TERKINI: Skim Perubatan Madani Kini Memasuki Fasa 2

Bantuan Kerajaan

Apa Itu Skim Perubatan Madani?

Skim yang diperkenalkan ini adalah sebuah program rintis yang diperkenalkan kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia. Program ini menawarkan inisiatif rawatan secara percuma bagi golongan B40 berkelayakan iaitu penerima Sumbangan Tunai Rahmah di klinik perubatan swasta (GP) yang bedaftar di bawah skim ini. Rawatan tersebut adalah bagi Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut)

Senarai Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut

Bagi rawatan percuma yang ditawarkan dalam skim ini iaitu rawatan pesakit luar kes-kes akut adalah merangkumi:

  • Demam dan Selsema
  • Cirit Birit dan Muntah
  • Terseliuh
  • Sakit Kepada
  • Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain

Rawatan yang tidak termasuk pula adalah:

  • Imunisasi Rutin
  • Saringan Kesihatan
  • Rawatan susulan penyakit tidak berjangkit (NCD) Rutin
  • Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin
  • Perancangan Keluarga Rutin
  • Perkhidmatan Rehabilitasi
  • Permintaan Ubat tanpa konsultasi doktor
  • Permintaan suplemen

Syarat Kelayakan

Lebih kurang 700,000 isi rumah yang akan mendapat manfaat daripada skim ini. Kelayakan bagi penerima Skim ini adalah seperti berikut:

Siapa yang layak?

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR):
    • Berkeluarga : Senarai Isi rumah yang berdaftar dengan LHDNM
    • Warga Emas (tanpa pasangan) : Berumur 60 tahun ke atas
    • Bujang : Berumur antara 21 – 59 tahun (OKU berumur antara 19 – 59 tahun)

Permohonan Kelayakan

  • Kelayakan adalah secara Automatik
  • Bagi mereka yang layak wajib untuk membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan / kerajaan negeri / agensi perubatan lain

Cara Semak Kelayakan & Mendapatkan Rawatan

Untuk menyemak kelayakan penerimaan dan mendapatkan rawatan menggunakan skim ini, ikuti langkah berikut:

Langkah 1 : Semak Kelayakan Online

Semak kelayakan di laman sesawang seperti pautan berikut:

Langkah 2 : Hadir Ke Klinik

Hadir ke salah satu klinik perubatan swasta GP yang berdaftar dengan Skim ini (boleh dikenalpasti melalui pelekat Skim Perubatan MADANI) dengan membawa kad pengenalan. Boleh cari klinik berhampiran melalui pautan berikut:

Lokasi Skim

Untuk fasa rintis Skim ini, ianya akan dilaksanakan di daerah:

  1. Johor Bahru (Johor)
  2. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  3. Klang, Petaling, Hulu Langat & Gombak (Selangor)
  4. Kinta (Perak)
  5. Timur Laut (Pulau Pinang)
  6. Kuching (Sarawak)
  7. Kota Kinabalu (Sabah)

Untuk fasa 2 mulai minggu ke-2 dan minggu ke-4 Ogos 2023:

  1. Kota Setar, Kedah
  2. Kuala Muda, Kedah
  3. Kuala Terengganu
  4. Kuala Nerus, Terengganu
  5. Perlis
  6. Kota Bharu, Kelantan
  7. Pasir Mas, Kelantan
  8. Kuantan, Pahang
  9. Melaka Tengah
  10. Seremban, Negeri Sembilan
  11. Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang

Langkah 3 : Terima Rawatan

Sekiranya layak, dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma

Langkah 4 : Baki Manfaat 

Setelah selesai mendapatkan rawatan, had manfaat Skim ini akan ditolak dan berkurang selepas setiap lawatan mendapatkan rawatan. Manfaat Skim adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang

Manfaat Rawatan Skim

Manfaat rawatan bagi Skim yang bermula 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023 adalah seperti berikut:

  • RM 250 : Isi Rumah Berkeluarga
  • RM 125 : Warga Emas (tanpa pasangan)
  • RM 75 : Bujang

Soalan Lazim

1. Adakah penerima Skim ini akan dikenakan sebarang bayaran untuk tujuan rawatan dan ubat-ubatan? 

Tiada sebarang bayaran akan atau boleh dikenakan kepada penerima skim ini oleh mana-mana pihak di bawah skim ini sama ada dalam rawatan, prosedur dan ubat-ubatan di bawah Skim ini.

2. Bagaimanakah saya hendak menyemak baki had manfaat kelayakan?

Baki had manfaat kekelayakan boleh disemak menerusi Klinik Perubatan Swasta sewaktu lawatan untuk mendapatkan rawatan dilakukan atau boleh menghubungi talian +603-86872525

Bagi mengetahui lebih banyak soalan lazim, sila rujuk laman web rasmi seperti dinyatakan di bawah

Video Penjelasan

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang soalan mengenai Skim Perubatan MADANI, sila rujuk perincian yang disertakan di bawah:

*Penafian: Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan maklumat rasmi daripada Portal Skim Perubatan MADANI. Sebarang semakan perlulah dibuat terus di laman web portal rasmi berkenaan.

Related : tiada sebarang bayaran untuk tujuan rawatan dan ubat ubatan
perdana menteri kesihatan primer akut rawatan pesakit luar kes kes akut di gp berhampiran
pengamal perubatan swasta umum
laman sesawang protecthealth di www.protecthealth.com.my skimperubatanmadani
pengamal perubatan swasta gp yang berdaftar
berkeluarga warga emas tanpa pasangan
meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah
gombak selangor kinta perak timur laut pulau pinang johor bahru johor kota kinabalu sabah dan kuching sarawak
oku berumur antara 21 59 tahun
manfaat perkhidmatan kesihatan primer akut rawatan pesakit luar kes kes akut di gp berhampiran
membantu golongan b40 mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut rawatan pesakit luar kes kes akut di gp berhampiran
mengurangkan beban kos rawatan kesihatan, menteri kesihatan dr zaliha
menyertai program rintis skim perubatan madani
mengatasi isu kesesakan pesakit
pengamal perubatan swasta umum gp di 10 daerah
perdana menteri kesihatan percuma kepada penerima sumbangan tunai rahmah str
salah satu inisiatif kerajaan
kesihatan dr zaliha mustafa
gombak hulu langat klang dan petaling selangor kuala lumpur kinta perak timur laut pulau pinang johor bahru johor kota kinabalu sabah dan kuching sarawak
menghubungi talian 03-8687 2525
panel skim perubatan madani
dr zaliha mustafa berkata
klinik panel skim perubatan, manfaat perkhidmatan penjagaan primer akut rawatan pesakit luar kes kes akut di gp berhampiran

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan