Harga Pos Laju Terkini 2023 (Kotak, Sampul & Sticker Prabayar)

Informasi

Informasi

Senarai Harga Pos Laju Malaysia 2023. Perkembangan industri perdagangan atau perniagaan atas talian telah mencetuskan fenomena baharu dalam norma masyarakat masa kini. Dengan kemudahan membeli-belah menggunakan capaian Internet dan telefon pintar, pembeli hanya perlu menunggu produk yang dibeli sampai ke rumah tanpa perlu hadir ke kedai secara fizikal. Kaedah ini semakin menjadi kegemaran ahli masyarakat kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga berbanding membeli secara fizikal di pasaraya dan sebagainya

Tambahan pula, pelbagai promosi yang ditawarkan oleh aplikasi perniagaan atas talian yang telah menarik perhatian pengguna. Pertumbuhan secara mendadak penjualan secara online telah memberi kesan positif kepada perkhidmatan penghantaran barang. Antaranya adalah perkhidmatan Pos Laju yang merupakan anak syarikat kepada pembekal perkhidmatan eksklusif logistik dan penghantaran barang dalam negara iaitu Pos Malaysia

Dengan tekanan ekonomi yang semakin mencabar, ramai di antara kita yang menceburi bidang perniagaan atas talian untuk menambah punca pendapatan. Disebabkan kemudahan mendapat perkhidmatan penghantaran barang di setiap cawangan, kiosk dan ejen yang dilantik oleh Pos Malaysia, perkhidmatan Pos Laju telah menjadi pilihan peniaga dan juga pengguna untuk menjalankan urusan

Pos Laju memudahkan urusan perkhidmatan penghantaran barang dengan menyediakan variasi sampul dan kotak bagi mengikut kesesuaian pengguna. Daripada sampul untuk barang yang mempunyai berat kurang daripada 0.5 kg hingga kotak untuk barang yang mempunyai berat maksima 100 kg.

Harga Pos Laju Terkini 2023 (Kadar Harga Postage Mengikut Berat)

Di bawah merupakan perkongsian mengenai perkhidmatan dan senarai harga yang ditawarkan oleh Pos Malaysia. Pos Laju telah membezakan dua jenis perkhidmatan mereka berdasarkan warna iaitu warna Oren/Merah dan Biru

Untuk makluman, warna oren atau merah merupakan perkhidmatan penghantaran dalam Semenanjung Malaysia sahaja dan antara Sabah ke Sabah atau Sarawak ke Sarawak sahaja. Manakala Warna Biru merupakan perkhidmatan penghantaran dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak serta sebaliknya

Informasi

Harga Pos Laju 2023 Mengikut Jenis Perkhidmatan

Berikut adalah senarai harga terkini kotak dan sampul yang dijual oleh Pos Malaysia untuk perkhidmatan Pos Laju mengikut berat dan warna:

i) POS LAJU PREPAID COURIER PARCEL BOX

2 KG/S : *RM13.89 (OREN) – akan dikemaskini
5 KG/M : RM21.30 (OREN)
10 kg/L : RM31.90 (OREN)
2 KG/S : *RM26.61 (BIRU) – akan dikemaskini
5 KG/M : RM72.00 (BIRU)
10 kg/L : *RM100.81 (BIRU) – akan dikemaskini

ii) POS LAJU FLYER BAG

S (10 helai) : RM2.00
S (50 helai) : RM6.00
M (10 helai) : RM3.00
M (50 helai) : RM11.00
L (10 helai) : RM4.00
L (50 helai) : RM15.00
XL (10 helai) : RM5.50
XL (50 helai) : RM22.00

Harga sampul prabayar :

iii) PREPAID COURIER PARCEL ENVELOPE BAG
S : RM7.90 (OREN/ MERAH)
L : *RM10.91 (OREN/ MERAH) – akan dikemaskini
S : RM14.30 (BIRU)
L : *RM17.51 (BIRU) – akan dikemaskini

Harga untuk Sticker Prabayar Biru dan oren/ merah :-

iv) COURIER PARCEL BAG PREPAID CONSIGNMENT NOTE STICKER
3 kg : RM34.03 (BIRU)
5 kg : RM 53.11 (BIRU)
3 kg : RM16.01 (OREN/ MERAH)
5 kg : RM19.19 (OREN/ MERAH)
10kg : RM23.43 (OREN/ MERAH)

SUMBER: Shopee Pos Malaysia

*Harga akan dikemaskini sebaik sahaja stok dipasarkan semula. Harga yang dipaparkan adalah harga pada tahun 2023 sebagai rujukan. Harga juga berbeza mengikut laman web seperti berikut : Portal Rasmi Pos Malaysia

Cara Semak Kadar Pos Laju Terkini

Kaedah lain untuk mengetahui kadar caj yang dikenakan untuk perkhidmatan Pos Laju adalah seperti berikut:

  1. Timbang berat barang yang hendak di pos
  2. Layari Portal Pengiraan Kadar Pos oleh Pos Malaysia
  3. Pergi ke “I Want To Get A Quotation”
  4. Masukkan maklumat yang dikehendaki
  5. Pastikan untuk mengisi berat bungkusan dalam unit kilogram (KG)
  6. Kemudian klik QUOTE

Atau

Kaedah lain yang digunakan untuk mengetahui kadar postage Pos Laju untuk Domestik dan Antarabangsa adalah melalui Laman web Pos Malaysia :-

Klik Pos Malaysia

  • Tekan Butang Postage Calculator
  • Isikan maklumat poskod dan berat

Terma & Syarat

Item-item yang dilarang untuk pengeposan dan pengecualian dari liabiliti

Pengeposan sebarang item yang dikategorikan sebagai item merbahaya (dangerous goods) dan item larangan oleh Pos Malaysia atau pihak berkuasa atau negara destinasi, adalah dilarang sama sekali. Sila rujuk laman web www.pos.com.my untuk maklumat senarai item-item merbahaya dan item-item larangan sebagai makluman sebelum pengeposan.

Pos Malaysia berhak untuk mengambil tindakan berikut iaitu (a) membuat pindaan jenis item-item yang dikategorikan sebagai item merbahaya atau item larangan (b) menolak pengeposan sekiranya didapati kandungan atau sebahagian kandungan item tersebut adalah item merbahaya atau item larangan (c) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan pemulangan caj pengeposan atau tuntutan kos kehilangan, kerosakan atau kerugian langsung atau tidak langsung, walaupun diposkan atau diterima untuk pengeposan secara sengaja atau tidak sengaja (d) tidak akan dipertanggungjawabkan atau dikecualikan dari dipertanggungjawabkan di atas sebarang tindakan undang-undang sekiranya kandungan pengeposan yang diposkan (i) mendatangkan kemudaratan kepada item lain atau pada kakitangan Pos Malaysia (ii) mendatangkan kerugian kepada Pos Malaysia (iii) dikenakan penalti oleh Pihak Berkuasa kerana mengandungi item merbahaya atau item larangan.

Pelanggan akan menanggung kerugian sepenuhnya dan Pos Malaysia dikecualikan dari dipertanggungjawabkan daripada sebarang tuntutan, kerugian/ liabiliti, kerosakan, termasuk kos guaman yang dikenakan kepada pelanggan susulan dari pengeposan yang diterima oleh Pos Malaysia samada secara sengaja atau tidak sengaja.

Maklumat lengkap terma & syarat perkhidmatan boleh dirujuk di T&C

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan, sila buka pautan atau hubungi pautan di bawah:

Related : pos barang, senarai kadar harga postage, cawangan pos laju, of pos, postage rate harga pos, harga untuk, kadar harga postage rate, prabayar pos laju, pejabat pos, luar negara, kotak prabayar, nak tanya, kaunter pos laju, cara pos, guna pos laju, laju dan pos ekspres, pelekat prabayar, barang yang beratnya, senarai kadar harga postage rate harga pos laju 2021 yang terkini untuk penghantaran dalam malaysia dan ke luar negara ikut timbangan berat timbang dan check poslaju tracking number barang anda termasuk waktu raya pada tahun 2021, guna kotak

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan