Harga Tiket Final Piala Malaysia 2022 JDT Vs Selangor FC

tiket jdt selangor final piala malaysia 2022 Harga Tiket Final Piala Malaysia 2022 JDT Vs Selangor FC

tiket jdt selangor final piala malaysia 2022 Harga Tiket Final Piala Malaysia 2022 JDT Vs Selangor FC

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 kali ini kita bakal menyaksikan pertembungan antara pasukan Johor Darul Takzim dan Selangor FC. Dua pasukan ini merupakan yang terbaik setelah mereka berjaya menumbangkan lawan masing-masing dalam perlawanan separuh akhir lalu. Sebanyak 80,000 tiket yang akan dikeluarkan oleh Malaysian Football League (MFL) kepada kedua-dua pihak pasukan yang terlibat setelah mesyuarat diadakan bersama dan dijual menerusi Tickethotline.

MFL telah memperkenalkan pelbagai dek tiket mengikut kedudukan dalam stadium yang menarik. Tiket terbuka mempunyai dua kategori iaitu General Admission (GA50) berharga RM50 bagi dan General Admission (GA70) berharga RM70. Kategori Premium tiket yang baru diperkenalkan iaitu Premium GrandStand RM150 dan VIP Grandstand RM200.

Pengumuman berhubung dengan maklumat peruntukan dan penjualan tiket rasmi perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 telah dibuat oleh mesyuarat jawatankuasa pengelola perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 hari ini iaitu 17 November 2022.

Mesyuarat berlangsung bagi memastikan kelancaran pada hari perlawanan. Antara isu yang dibincangkan adalah pembahagian tiket yang akan dibahagikan sama rata antara kedua-dua pasukan kepada penyokong Selangor FC dan penyokong JDT.

Harga Tiket Final Piala Malaysia 2022 JDT Vs Selangor FC

Berikut adalah ringkasan maklumat berhubung dengan peruntukan dan tarikh penjualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 antara JDT dan Selangor FC.

  • Johor Darul Takzim Vs Selangor FC

Stadium Nasional Bukit Jalil, 26 November 2022, 9:00PM

Harga TiketDewasa
General Admission (GA50)RM50.00
General Admission (GA70)RM70.00
Premium GrandstandRM150.00
VIP GrandstandRM200.00

1. Tiket akan dijual secara online sahaja
2. Tiada tiket bagi kanak-kanak berumur bawah 12 tahun
3. Harga tiket termasuk perlindungan insurans

Berikut adalah infografik berkenaan kategori dan kedudukan tiket Final Piala Malaysia 2022 sebagai rujukan:

info tiket final piala malaysia 2022 Harga Tiket Final Piala Malaysia 2022 JDT Vs Selangor FC

Jumlah Peruntukan Tiket Setiap Pasukan

JDT

  • Dewasa : akan dikemaskini

Selangor

  • Dewasa : akan dikemaskini

Lokasi Pembelian Tiket Secara Terus

  • Penyokong JDT : tiada
  • Penyokong Selangor FC : tiada

Jumlah Peruntukan Tiket Penjualan Online

  • akan dikemaskini
  • Penyokong JDT : akan dikemaskini
  • Penyokong KL City FC : Akan dikemaskini

Bilangan Tiket : 2 tiket untuk setiap transaksi

PENJUALAN TIKET ONLINE MELALUI tickethotline.com.my

Pembelian tiket secara online (2 tiket untuk setiap transaksi) boleh dilakukan bermula pada 23 November 2022 hari Rabu di laman web www.tickethotline.com.my

Tarikh Penebusan Tiket Online Melalui tickethotline.com.my

akan dikemaskini

Penjualan Tiket Online Melalui shopee.com.my

Bermula 31 Oktober 2019 Jam 10 pagi, tiket GA50 boleh didapati denga harga rm52.00 melalui shopee.com.my. Lebih 2000 keping tiket disediakan untuk penyokong pasukan Kedah dan Johor Darul Takzim secara berasingan. Penyokong perlu mengikuti langkah yang diberikan bagi mengisi maklumat diri selepas pembelian sebagai langkah pengesahan tiket. E-tiket boleh dicetak dan akan diimbas sebelum memasuki pintu stadium mengikut kedudukan penyokong masing-masing.

Penonton yang hadir ke stadium boleh menggunakan perkhidmatan Rapid Rail dan Rapid Bas untuk ke perlawanan Akhir Piala Malaysia. Prasarana Sdn Bhd mengumumkan lanjutan perkhidmatan MRT, LRT dan bas sehingga jam 1.00 pagi bagi memudahkan penonton untuk pulang dan mengurangkan kesesakan lalulintas pada hari berkenaan.

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan