Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 15 Oktober 2019 jam 12:45 AM
Bajet 2020 atau Belanjawan 2020 akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia pada hari Jumaat 11 Oktober 2019 dijangka bermula jam 4 petang oleh Menteri Kewangan, YB Tuan Lim Guan Eng
Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan dijangka menjadi belanjawan bersifat komprehensif dengan mengutamakan kepentingan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau kaum sekaligus mampu mencerminkan perancangan sistematik sebuah kerajaan yang bertanggungjawab
Penekanan utama kerajaan untuk belanjawan 2020 adalah terhadap tanggungjawab dalam memacu pertumbuhan ekonomi yang dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak. Untuk mencapai hasrat tersebut, kerajaan akan terus komited untuk menguruskan perbelanjaan secara berhemah dan kreatif demi menjamin kualiti perkhidmatan kepada rakyat
RINGKASAN TEKS UCAPAN INTIPATI KANDUNGAN BAJET 2020 BELANJAWAN MALAYSIA
Pembentangan Belanjawan 2020 adalah cukup penting buat rakyat di mana pelaksanaannya perlu berlaku dalam keadaan yang cekap dan berkesan agar setiap rakyat dapat merasai faedahnya. Rakyat amat berharap kerajaan dapat mengagihkan belanjawan secara bijaksana
Berikut MYsumber sertakan ringkasan intipati penting kandungan Bajet 2020 yang dikemaskini sepanjang pembentangan belanjawan 2020 berlangsung
RINGKASAN TEMA DAN PERUNTUKAN BAJET 2020 | |||
Tahun | 2020 | 2019 | |
Tema | Kemakmuran Bersama: Menjana Pertumbuhan Inklusif yang Berkualiti ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi | Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera | |
Peruntukan Bajet | ![]() | ![]() |
PERINCIAN PERUNTUKAN BAJET 2020 | ||
![]() | ||
BELANJA MENGURUS | BELANJA PEMBANGUNAN | SIMPANAN LUAR JANGKA |
241 Bilion | 56 Bilion | 2 Bilion |
![]() |
GST |
Kerajaan tidak berhasrat untuk mengenalkan semula GST |
Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 |
![]() |
Bantuan Sara Hidup akan diteruskan bagi tahun 2020 |
Individu bujang yang berumur 40 tahun ke atas dan individu OKU akan layak menerima BSH sebanyak RM 300 |
Mereka secara automatik akan menjadi penerima Skim Takaful MySalam |
![]() |
![]() |
MySalam Dan PeKa B40 |
MySalam ialah skim perlindungan kesihatan takaful percuma bagi semua isi rumah penerima BSH yang berumur 18 hingga 55 tahun. Bayaran tunai sebanyak RM 8 ribu serta elaun hospital kerajaan harian RM 50/hari (maksimum 14 hari) akan diberikan kepada mereka yang disahkan menghidap penyakit kritikal |
Mulai 1 Januari 2020, perlindungan skim ini akan diperluas kepada 45 penyakit kritikal dan had umur dinaikkan sehingga 65 tahun |
Individu yang mempunyai pendapatan kasar tahunan yang sehingga RM 100 ribu (bukan penerima BSH) akan menerima bayaran penyakit kritikal sebanyak RM 4 ribu dan elaun hospital kerjaan harian RM 50/hari (maksimum 14 hari) apa |
![]() |
![]() |
Skim PeKa B40 akan diperluas kepada individu 40 tahun ke atas pada 2020 berbanding 50 tahun ke atas pada tahun ini |
![]() |
Tol |
Diskaun 18% di tol PLUS mulai tahun 2020 |
Pengambilalihan lebuhraya utama di Lembah Klang; KESAS, LDP, SPRINT dan SMART |
Caj kesesakan akan diperkenalkan pada waktu puncak yang akan menurunkan kadar tol sehingga 30% dari kadar tol semasa dan tol percuma pada waktu bukan puncak |
Konsesi tol tidak akan dilanjutkan oleh kerajaan |
Kadar tol Jambatan Kedua Pulau Pinang bagi kereta persendirian akan diturunkan dari RM 8.50 kepada RM 7.00 |
Program Subsidi Petrol (PSP) |
Kerajaan akan memperkenal Program Subsidi Petrol (PSP) bagi menggantikan sistem subsidi secara pukal |
Harga runcit RON95 dan Diesel akan diapungkan berdasarkan mekanisme APM secara berperingkat bermula Januari 2020 |
Dibawah PSP, terdapat 2 kategori kelayakan iaitu penerima BSH dan bukan penerima BSH |
Penerima BSH yang menepati kriteria kelayakan PSP akan menerima bayaran sebanyak RM 30 sebulan (kereta) dan RM 12 sebulan (motor) tunai yang akan dikreditkan terus ke bank akaun setiap 4 bulan bermula April 2020 |
Bagi mereka yang bukan penerima BSH dan termasuk dalam kategori B40 pula, Program KAD95 akan dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama 2020 |
Penerima program KAD95 ini akan menikmati subsidi petrol sebanyak 30sen/liter, terhad kepada 100 liter sebulan (kereta) dan 40 liter sebulan (motor) |
Kereta mewah tidak layak untuk menikmati subsidi ini |
![]() |
Tiada subsidi jika harga pasaran RON95 kurang daripada harga RM2.08 seliter |
Pemandu di Sabah dan Sarawak akan kekal menikmati subsidi petrol secara pukal pada harga siling RM 2.08/liter bagi RON95 dan RM 2.18/liter bagi diesel |
Bonus Bayaran Khas Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan |
![]() |
Bantuan khas sebanyak RM 500 kepada penjawat awam bergred 56 dan ke bawah |
Pesara kerajaan dan veteran tidak berpecen akan menerima bantuan khas sebanyak RM 250 |
Bantuan ini akan diberikan sebelum akhir tahun |
![]() |
Penambahbaikan Perkhidmatan Awam |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Cuti Bersalin |
Cuti bersalin akan dinaikkan dari 60 hari kepada 90 hari berkuatkuasa bermula tahun 2021 |
Gaji Minimum |
Gaji minimum akan dinaikkan dari RM1,100 kepada RM1,200 di bandar-bandar utama |
Inisiatif Rumah Mampu Milik |
![]() |
Pemohon akan menyewa rumah bagi tempoh sehingga lima tahun bagi pembelian rumah pertama di bawah RM 500 ribu |
Selepas setahun, pemohon akan diberi pilihan untuk terus menyewa atau membeli kediaman pada harga yang ditetapkan dalam perjanjian |
Cukai duti setem akan dikecualian bagi skim ini |
![]() |
Mulai 1 Januari 2020 sehinggan 31 Disember 2021, jaminan pinjamab sebanyak 10% melalui Cagamas bagi membolehkan peminjam mendapat pembiayaan penuh serta bantuan ansuran bulanan sebanyak RM 200 sebulan bagi 2 tahun pertama (terhad kepada 10 ribu unit rumah) |
![]() |
Sejak 1 September 2019, kriteria kelayakan Dana Rumah Mampu Milik BNM bagi golongnan berpendapatan rendah yang ingin membeli rumah pertama pada kadar faedah pinjaman sehingga 3.5% telah dipertingkat dengan penetapan nilai hartanah sehingga kepada RM 300 ribu isi rumah berpendapatan maksimum RM 4,360 sebulan. |
![]() |
![]() |
Pemaju menawarkan sekurang-kurangnya diskaun 10% atas nilai hartanah dan pengecualian cukai duti setem bagi rumah pertama. Tarikh akhir kempen ini adalah sehingga 31 Disember 2019 |
Inisiatif Malaysia Kerja |
![]() |
Direka bagi pengambilan graduan yang menganggur melebihi 12 bulan |
Graduan yang diterima bekerja akan menerima insentif gaji RM500 bulan selama dua tahun |
Majikan yang mengambil graduan yang menganggur melebihi 12 bulan bekerja akan menerima insentif sebanyak RM 300 sebulan selama dua tahun |
![]() |
Direka bagi wanita yang telah berhenti kerja selama 12 bulan atau lebih berumur 30 hingga 50 tahun |
Wanita yang kembali bekerja semula akan menerima insentif gaji RM500 bulan selama dua tahun |
Majikan yang mengambil wanita yang kembali bekerja akan menerima insentif sebanyak RM 300 sebulan selama dua tahun |
Pengecualian cukai juga akan diberikan kepada wanita yang kembali bekerja sehingga tahun 2023 |
![]() |
Direka bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah |
Warganegara yang menggantikan pekerja asing akan menerima insentif gaji RM350 atau RM500 bulan bergantung kepada sektor selama dua tahun |
Majikan yang mengambil rakyat tempatan menggantikan pekerja asing akan menerima insentif sebanyak RM 250 sebulan selama dua tahun |
![]() |
Direka untuk menggalakan lebih ramai belia menyertai kursus TVET dengan pemberian elaun tambahan sebanyak RM 100 sebulan |
![]() |
Elaun Nelayan |
![]() |
Elaun sara hidup nelayan akan dipertingkat sebanyak RM 50 kepada RM 250 sebulan |
Elaun Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) |
Elaun guru KAFA akan dinaikkan sebanyak RM100 sebulan |
Bantuan Khas Imam/Bilal/Tok Siak/Noja/Merbot dan Guru Takmir |
Bayaran one-off sebanyak RM 500 akan diberikan kepada setiap Imam, Bilal, Tok Siak, Noja, Merbot dan Guru Takmir yang berdaftar |
Rangsangan Digital (E-Wallet) |
Rangsangan secara one-off sebanyak RM 30 untuk rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berpendapatan kurang RM 100 ribu setahun. Ianya boleh ditebus dan digunakan dalam bermula 1 Januari 2020 sehingga 29 Februari 2020 |
Pas Mutiara |
Kerajaan telah memperkenalkan Pas Mutiara di Pulau Pinang dengan bayaran RM50 sebulan bagi memberikan perjalanan tanpa had bagi perkhidmatan Rapid Bus dan Rapid Ferry |
Insentif Kesuburan |
KWSP akan memperkenalkan kategori pengeluaran baru bagi pasangan yang menjalani rawatan kesuburan seperti IVF |
![]() |
i-Suri KWSP |
Program ini ditambahbaik dengan membolehkan suami menyumbang secara sukarela sebanyak 2% daripada 11% caruman ke akaun KWSP isteri |
![]() |
![]() | ||
![]() ![]() | ||
![]() |